Cantiknya Putaran Kehidupan Ini

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah....

Pada 4 hingga 7 Ogos yang lalu buat kali pertama saya dan keluarga kecil empat beranak menjejakkan kaki di bumi Allah swt di Cameron Highland... Terima kasih Allah Ya Fattah Ya Razzaq membawa kami ke sana dengan kasih sayangNya Ya Rahman Ya Rahim yang dialirkan pada jiran-jiran kami membawa kami ke sana dengan tujuan pergi kenduri....


Kasih sayang Allah yang di alirkan melalui jiran-jiran kami membuatkan kami sangat terharu serba salah pun ada dengan kebaikan mereka. Kebaikan dan kasih sayang Allah yang tidak dapat digambarkan melalui mereka. 

Sembilan tahun berkawin berkeluarga saya jarang bercuti, kalau pergi bercuti itu namanya pergi bekerja.... Mungkin realitinya orang tengok kami senang tapi itu memang luaran.... tiada apa yang senang, dan sangat bersyukur dengan apa yang ada..... Allah memang pengasih penyayang pada kami..... Dia tahu apa yang terbaik bagi kami.... 

Kalau ada yang mampu naik kapal terbang namun memilih menaiki bas, namun kami bas dan keretapi pengangkutan utama. Melainkan dapat tiket flight lebih murah daripada keretapi.... Kuala Lumpur tidak pernah kami pergi ke sana dengan kereta..... pengangkutan utama train, lrt, bas.... berjalan berpimpingan mendukung anak ke sana ke mari itu lah perjalanan kami.....

Ke Cameron sudah lama dirancang..... atas belas kasih sayang Allah melalui jiran-jiran, kami sampai ke sana..... Namun, Allah Ya Muqit mencukupkan rezeki kami untuk ke sana.... walaupun pulang dari Cameron hanya tinggal RM200 dalam bank untuk melalui 3 minggu sebelum gaji itu kami memang membuatkan bergantung hidup pada Allah Ya Somad.... Betul saya katakan, bila hidup seratus peratus dengan Allah saya tidak risau walaupun kesempitan wang ringgit. Saya tahu Allah menentukan yang terbaik buat saya dan keluarga.... walaupun tiap hari saya kena mencatu untuk makan, itu memang bahagian saya dan keluarga..... Saya bersyukur kerana saya dapat merasakan semua ini.... 


Kalau ada yang diet mengikut sunnah dan dan dapat makan makanan yang baik walaupun berdiet, tapi saya diet ikut Rasulullah kerana kesempitan.... cerita Rasulullah saw ikat perut dengan batu tidak makan tiga hari kerana sempitan, baginda mengajar saya, makan bukan untuk hidup..... Mungkin ada yang dapat membeli makanan yang terbaik untuk anak-anak, tapi Allah berikan saya, anak saya cuma mahu makan nasi sahaja tanpa kuah dan lauk..... dan berkali tambah..... Hebatkan Allah..... Dia tahu setakat mana kemampuan saya, Dia beri itu kepada saya..... Dan saya sedar itu semua bukan aturan saya! Semua itu aturan Allah Ya Baari'.... Kalau ditanyakan siapa nak bagi anak makan nasi putih sahaja tanpa lauk dan kuah..... tapi itulah makanan yang anak saya nak makan.... mak ayah mesti nak bagi makanan berzat yang terbaik untuk anak-anak membesar..... 

Dan saya malu untu demand apa-apa dunia pada Allah, kerana dosa saya pun banyak! Saya cuma mohon syurga buat kami sekeluarga dan para pembaca.... Bila saya membaca dan belajar, doa yang utama ialah syurga, masyar, titian sirat, alam barhzah dan akhir sekali baru dunia... Dan dunia itu hanya sedikit untuk diminta,,,, kerana kampung halaman yang abadi adalah akhirat kelak..... harus diminta dengan banyak sekali..... walaupun ada yang kata harus minta dunia yang banyak, sebab hanya dunia yang banyak boleh membawa ke syurga dengan amal dan pertolongan bagi mereka yang susah... itu benar sekali! Namun, Allah tahu siapa kita! Allah berikan atas kemampuan kita. Jika kita tdak mampu urus dunia untuk sampai ke syurga harus diabai untuk minta dunia yang banyak..... Jika mahu kedua-dua seimbang harus difikir dengan mata hati yang bersuluhkan Nur Ilahi.... apakanh dunia yang dimahukan itu adakah benar untuk dibawa ke syurga?

Dan,,,, bila saya baca kita Al Hikam Ibnu Atailah.... apa yang penting kita dengan allah adalah penyucian hati.... suci hati daripada dunia, nafsu, syaitan. Dunia itu ibarat kudis yang berlumut berkerak busuk dan hina..... Apa maksudnya???? tiada nilai dunia di sisi Allah.... Rasulullah saw memberikan contoh untuk kita bila Jibril mahu menukarkan gunung kepada emas, bukan kah itu mudah untuk baginda saw menyebarkan agama dan membuat kerja-kerja dakwah.... Rasulullah menolak.... tidak.... tidak..... Rasulullah saw menunjukkan satu mesej kepada kita baginda tidak mahu dunia, baginda cuma mahu Allah...... itu kata guru saya.....

Namun, jangan di salah faham,,,,, kini, dunia boleh digapai namun kena betul nawaitunya...... ada yang kata harus itu dan ini untuk menolong orang susah...... tapi harus disucikan hati terlebih dahulu.... orang yang sentiasa mensucikan hati seperti mana Allah menyebut dalam suarh As Syam ayat 7-10:

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).


Semalam, Allah hantar kan rezeki makanan daripada jiran-jiran yang membantu, bagi tilam dan meja study.... Baiknya Allah Ya Rahman Ya Rahim.... saya sangat terharu!.... Kami memang kekurangan dari segi wang ringgit, tapi Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang menghantar alatnya membantu kami.... 


Bila membelek haribulan, dengan kekangan wang yang ada sudah tidak sempat untuk saya ke USM minggu ni. Terpaksa saya menunggu minggu hadapan untuk mengambil surat pengesahan pelajar di USM untuk saya mohon keluarkan duit KWSP untuk bayar yuran semester hadapan.... KWSP proses dalam dua minggu..... sedangkan tarikh akhir pembayaran yuran pada 5 September..... Bukan kawalan itu semua! Semua Allah yang tentukan.... Saya hanya mampu berserah..... Dalam masa bebarapa hari yang ada saya cuba untuk menyiapkan tesis saya sbelum ke USM menghatar draf tesis ini dan penyelesaikan perkara lain.....

Cameron!!! bila pergi sana dengan hati bergantung penuh pada Allah Ya Somad, saya tidak ada rasa apa-apa untuk shopping, kerana Allah memberi saya rezeki hanya untuk makan, bukan untuk shopping.... memang susahkan kalau tak biasa..... tapi itulah saya! ke mana sahaja saya pergi memang nafsu untuk shopping sudah dipotong oleh Allah.... saya mengajar anak, kita ada duit tapi Allah bagi kita hanya untuk makan,,,,, kita boleh guna duit hanya untuk makan sahaja...... dan makan yang perlu sahaja..... 


Namun, malu menyelubungi diri,,,,, semasa perjalanan pulang..... jiran-jiran mahu berhenti makan. Dalam hati saya terdetik malunya Ya Allah, jiran-jiran selalu belanja kami.... kalau ada rezeki untuk kongsikan Ya Allah Kau susunkanlah..... Beberapa minit selepas hati saya terdetik, husband saya bertanya saya ada berapa duit..... Saya cakap saya cuma ada RM20.00 sahaja.... perjalanan pulang ke Kedah saya cuma ada RM20.00.... Husband saya kata segannya dengan mereka. segan nak makan mereka asyik belanja kita..... Minta la ada ATM nak ambil duit..... Husband call kereta jiran untuk berhenti di ATM.... sampai di Juru kalau tak silap.... husband turun ambil duit.... Lama saya di dalam kereta.... Saya asyik zikir, mohon Allah bagikan kami rezeki untuk dikongsi.....

Allhamdulillah..... Allah Ya Baari, Ya Syakur..... sangat memahami......

Dapat kami belanja jiran-jiran tiga sekuarga makan char kue teow di Sg. Dua..... Terima kasih Ya Rabb.... dengan rezeki Mu.....

Murahkan rezeki mereka Ya Allah..... Saya selalu pesan pada diri saya, mungkin hari ini hari mereka esok lusa, mungkin hari saya dan keluarga pula untuk sentiasa belanja mereka.... Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk saya dan keluarga!

Saya malu untuk deman apa-apa denganNya..... kerana saya bukan sekadar hambaNya yang hina banyak dosa....

Apa yang Allah bagi itu terbaik buat saya dan keluarga,,,,, Allhamdulillah..... secantik bunga-bunga ciptaan Al Khaliq, secantik itu lah Dia Ya Khaliq menciptakan hidup saya.... :) 

Saya mohon maaf jika ada terguris dengan catatan ini, bukan untuk meraih simpati dan sebaginya, cuma sekadar mahu berkongsi putaran hidup saya mungkin tidak seperti yang lain. Dan,,, saya sedar ini bukan seberapa kerana di luar sana saya tahu ramai yang lebih susah daripada saya..... MEngenal hidup beerti mengenal Allah.... ada dua golongan yang mencari dan dicari..... saya golongan yang mencari, golongan yang mencari mungkin dua, tiga empat tahun baru smapai ke gerbang makrifat.... lain dengan golongan yang dicari mungkin dua tiga bulan sudah sampai ke gerbang makrifat....

Salam sayang dari saya.....




5 comments:

  1. REZEKI ALLAH MAHA LUAS SYUKUR KPD-NYA

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Jiran yang baik adalah rezeki juga..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...

    Rezeki itu dari ALLAH bukan dari manusia..
    Selagi mana kita bergantung kepada ALLAH..Insyallah akan selamat di dunia dan selamat di akhirat..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, seronok baca catatan Sis berpeluang bercuti dan berkongsi rezeki. Moga semuanya sentiasa dalam dakapan rahmat kasih Allah :)

    ReplyDelete
  5. Cantik gambar bunga kat atas tu :)

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED