Bila Hati Terdetik dan Berbicara

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bila hati terdetik dan berbicara, 
Apa nak di kata, kaki selalu di beri kasih sayangNya melangkah dan melangkah, nadi berdenyut dan berdenyut, takkan nak skip mulut dari berzikir. Zikir di hati bukan di bibir mulut. Susah nak buat. Kalau dibibir senang dialunkan. Bila dihati mau tak menangis jika tidak terhijab.


Bila hati terdetik dan berbicara,
Membisikkan alunan nyanyi tiupan angin, kicau burung yang sentiasa menemani dan memahami. Sentiasa berbicara berdoa dan mendoakan. Sungguh indah di rasai, susah hendak digambarkan. Satu gambaran hebat Dia Yang Maha Kuasa melimpahkan nikmatNya.


Bila hati terdetik dan berbicara,
Tangan menggapai menarik ke depan ke belakang dengan dayaNya, tanpa sediki pun daya diri. Mahu disedar diri yang terlupa kerana daya itu milikNya Yang Esa. Jangan diambil daya itu mengaku hak sendiri. akan binasi di hari kelak.


Bila hati terdetik dan bebicara,
Menghulus rasa enak dek senang nikmatNya. Walaupun dipinjam seketika. Jangan ada riak dan ujud. Itu belaka selendang Yang Maha Kuasa. Jangan diambil rasa itu, jangan biar ia membara dihati kelak neraka habuan diri. 


Biar hati terdetik dan berbicara,
Sayu sungguh panggilanNya, menyedap dan sangat mendayu. Enak tanpa digambarkan dengan hiburan lain yang merosakkan minda. Mahu disuruh abdiNya rukuk dan sujud sebenarnya rukuk dan sujud. Mahu disuruh abdiNya memegang tanggungjawab. Di dalam rahim sudah terjanji, bila dapat menghirup udaraNya janji hanya tinggal janji.


Bila hati terdetik dan berbicara,
Dunia ditinggalkan dikatakan gila dan bodoh. Ramai yang hilang sekeliling diri. Mahu menggapai nawaitu yang satu. Hanga Dia tempat kembali. Sebaiknya tempat dan negeri kekal abadi. Melihat dunia penuh hina, bukan di hati malah di genggaman. Walaupun perit rasanya hinaan. Dia yang satu sangat memahami. 


Previous
Next Post »

2 Give your inspiration

Click here for Give your inspiration

Give your inspiration here and thank you. ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment