Program Pelajar Cemerlang Dengan Penghayatan Asmaul Husna

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah... Allah Ya Baari'...

Selasa yang lalu, saya hantar anak-anak saya ke program "Tips Pelajar Cemerlang dengan Penghayatan Asmaul Husna".... Pada mulanya, malam tu encik daddy tak bagi pergi, bila saya dengar dia borak dengan kakak supaya tak pergi saya mula dzikir.... saya kin Allah Ya Baari' yang susunkan semuanya... Akhirnya kedua-dua puteri saya pergi... Sebelum ni apa-apa tranning Asmaul Husna saya belum bawa mereka join bersama. 


Program tersebut berjalan lancar. Terima kasih Allah Ya Rabb... Anak-anak pun seronok dan yang penting kakak sangat bermotivasi dengan amalan dzikir Asmaul Husna. Sebelum ni saya hanya ajar dia di rumah. Bila dia sendiri yang menyertai dan tahu bagaimana nak guna dzikir tersebut dia sangat cepat dapat. Sehinggakan dapat jawab soalan kuiz yang ustazah bagi.


Kakak mengengeh saja.... bila tengok kamera....


Adik kusyuk dengar ustazah ajar....

Camerawoman vs Fasilitator
Tugas saya menolong dalam tangkap-menangkap gambar dan juga fasilitator. Sesi LDK (latihan dalam kumpulan), pada mulanya saya jadi fasi pada kumpulan anak saya. Bila masuk sesi petang saya tukar dan jadi fasi pada pelajar tahap dua darjah 4 hingga 6 tahun. Tak boleh mak jadi fasi pada anak sendiri. Mereka tak dengar cakap. Kena ustazah lain yang ajar mereka baru dengar. 


Latihan Dalam Kumpulan
Dalam LDK, kami biasanya suruh para peserta praktik dzikir Asmaul Husna dan matchkan dalam apa masalah yang mereka hadapi dan apa yang mereka mahu serta buat bicara hati (doa) menggunakan nama Allah yang dipilih. 

Sebagai contoh untuk mereka nak jadi pandai. Dzikir untuk pandai ialah Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid. 

"Ya Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid, alirkan ilmu, kebijaksanaan dan kepintaran serta kecerdasanMu untuk aku menjadi pandai".... 

Kerjasama Dalam Kumpulan
Kumpulan saya paling excited anak-anak tu, sampai dua kertas majung digunakan. tapi ada sedikit malu bila nak present. Apa pun saya bangga dengan kesungguhan mereka. Yang penting mereka tahu bagaimana nak guna dzikir-dzikir Asamulhusna dan membuat bicara hati. 


Sesi tamat hampir azan asar. Program ditamatkan dengan pembahagian sijil penyertaan dan juga door-gift. Kami bersolat berjemaah bersama di masjid tersebut. 


Dari pagi sampai ke jam 6 petang kami baru bertolak pulang.... Sangat kepenatan. Malam tu lepas solat isyak saya terus tidur, rasa nak demam sakit tekak. Mungkin kepanasan. Allahmdulillah hari ini dah kembali ok. Allah Ya Salam Ya Fattah. 


ps: semua gambar-gamabr ini adalah milik Allah Ya Malik dan dikredit pada International University of AsmaulHusna




Previous
Next Post »

Give your inspiration here and thank you. ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment