Klinik Golf UUM

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Klinik Golf

3 minggu lepas, Jumaat pagi 26 Feb kakak ada klinik golf, pagi-pagi kami bergegas ke UUM.


Ramai kali ni yang join ada 32 orang. Ramai lagi yang nak join tapi sudah penuh. Klinik ini diadakan secara percuma.


Allhamdulillah.... klinik berjalan lancar. Ada yang sudah wakil kelab dan negeri. Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Jaami' menyatukan dan mempertemukan di padang golf UUM dengan rahmat kasih sayangNya.


Bagi kakak Amani yang baru pegang ion pun tak berapa nak betul lagi ni, harus la banyak lagi kena practice kalau dia betul-betul nak main.


Kayu golf pun belum beli lagi. hehehe.... tak apa la kakak... Allah Ya Baari'.... InsyaaAllah.....

Allah Ya Baari' dan berikan Kakak Amani set golf di sini!


Seronok tengok telatah parents masing-masing berperasaan tersendiri menghantar anak-anak.  Saya?erm... tiada apa nak berperasaan... muahahaha..... no feeling. Bukan apa biar la depa duk main duk belajar, saya bukan tahu apa pasal golf ni. Kalau parents yang main golf itu sudah menjadi kelebihan kepada mereka dan anak-anak. Allhamdulillah.


Pukul 12 lebih baru tamat. Masa yang sangat gembira bagi anak-anak ini bila dapat sijil masing-masing.


Dan bergambar dengan pengarah Akademi Golf UUM, coach yang profesional. 


Semoga anak-anak ini semua terus cemerlang dalam apa jua yang mereka ceburi! Terima kasih kepada semua tenaga pengajar, penganjur yang menguruskan klinik percuma ini dan juga Akademi Golf UUM. Allah Ya Syakur! Rahmati mereka semuanya.

InsyaaAllah... Allah Ya Baari'.




No comments:

Post a Comment

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED