Kenapa Saya Terminate Insurans Takaful

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Sebulan yang lepas, saya dan suami membuat keputusan untuk surrender dengan takaful Insuran yang sudah 6 tahun saya, suami dan anak ambil polisi tersebut.

Kewangan 
Masalah kewangan membuatkan saya tak mampu nak bayar. Terus-terang saya katakan saya tak mampu dan bukan kuasa saya. Polisi tersebut belum pernah saya, suami dan anak saya gunakan dalam 6 tahun. 

Rugi?
Kalau fikir duit duit duit! Memang rugi. Namun bila saya swtich otak saya pada Allah tiada apa yang merugikan saya. Semua yang terjadi kehendakNya. Dan yang akan terjadi juga kehendak dan aturan Allah Ya Baari'.... Malah saya rasa lagi rugi duit itu kalau saya sedekah atau wakaf. Subhannallah banyak pahala di sana! Apakan daya saya yang lemah ini, masa dan tika itu tak nampak apa yang ada di sana (syurga Allah). Hanya nampak dunia yang mempersonakan..... 


Bersyukur!
Bersyukur kerana Allah memberi peluang hidup ini. Dia tempat kami bergantung! Dia segalaNya. 

Doa
Doa dan harapan semoga Allah Ya Baari' menusunturkan setiap sen perbel;anjaan saya dan keluarga hanya mengikut kehendakNya bukan ikut nafsu dan hati kami. Malah bukan ikut syaitan yang mendorong kami membuat pembaziran. 

Bila Ejen Insuran Call Saya
Dan pada masa yang sama saya mahu surrender takaful insuran, ada insuran lain yang menelefon saya menawarkan itu dan ini! Ya Allah..... Allahurabbi..... katanya "kalau patah kaki, kaki kena potong, siapa yang nak tolong? tiada siapa pun nak tolong kita cik? Tergamam saya mendengarnya! Saya menjawab sepatah! "Ada"... "Yer cik" "Allah Ya Wahhab ada" kata saya! Dia meneruskan promonya....

Bila di akhir perbualan saya bertanya. Adakah saya kena membuat keputusan sekarang di dalam talian ini. "Yer cik, kenapa cik tak berminat ke" kata saya "bukan tak berminat, tapi saya tak boleh nak buat keputusan sekarang".... dia tanya lagi "kenapa cik" "Ye saya tak boleh nak buat keputusan sesuka hati saya sebelum saya tanya Ya Nur Ya Haadi Ya Haq"..... "tanya siapa cik" "tanya Allah Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq"..... "Saya tak boleh nak buat keputusan saya kena tanya Allah dulu berbincang, apa pun keputusan. Sebab Allah Ya Somad tempat saya bergantung... Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin yang jaga dan lindungi saya....", yer cik yer cik, esok boleh saya telefon cik lagi,? "Boleh tapi tanya Allah dulu Ya Nur Ya Haadi Ya Haq"..... end......

Bodoh Lagi Dungu
Saya tak tahu la hidup saya dan keluarga macamana di masa depan? tapi saya tahu saya ada Allah! Sekarang saya yakin dengan Allah yang dulu saya tak tahu dan buta, tek kenal siapa pencipta saya!.... Bodoh lagi dungu...., Sekarang pun memang bodoh dan dungu! Bodoh dan dungu kerana masih tercari-cari Allah Ya Haq..... kerana yang cerdik pandai bijaksana itu hanya Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid sahaja.... 



7 comments:

  1. PC juga alami perkara ini kak..kawan kawan tanya ko kenapa tak ambil insurans..senang kalau sakit boleh masuk hospital yang lebih selesa..terutama bila tak ada duit...(part 1)

    kenapa ko tak nak cari kerja..orang perempuan wajib kerja sebagai persediaan masa depat kot-kot ditinggalkan suami..(selepas tamat kontrak bekerja)(part 2)

    menhghadi 2 situasi ini..yang bercakap itu seorang melayu beragama Islam..PC balas dengan senyuman..dia yang bercakap maupun PC tidak mampu meramal masa depan..waima esok apa yang bakal berlaku pun kita tidak tahu...kita usaha..ALLAH ada..

    ReplyDelete
  2. Semua terpulang pada individu tu sendiri kan. Tepuk dada tanya hati...

    ReplyDelete
  3. Saya juga sama. Dah tak ambil insurans. Saya pernah dengar orang alim bagitahu. Jika kita ambil benda ni. Allah akan lepaskan tanggung jawap dia untuk 'jaga' kita. Sebabnya kita lebih yakin kepada 'benda' tu yang boleh jaga kita selain dari Allah yang Maha Perkasa. Tak sampai setahun saya stop sampai sekarang. Allah ada, Allah SWT yang jaga kita dan semua perkara yang berlaku di alam ni. Jika nak jadi, itu semua kehendak Allah.

    ReplyDelete
  4. Insyaallah sis..Allah sebaik2 pelindung..Siapa tak nak kan perlindungan ni tp org kata ukur baju di badan sendiri..sy & family pn pernah alami situasi sama..Allah maha pemberi..DIA akan beri balik yg terbaik utk diri kita

    ReplyDelete
  5. bersihkan hati dengan istighfar :) dan subhanallah :)

    ReplyDelete
  6. Ada baiknya dan sebaliknya...ikut plan..boleh dijadikan saving juga rasanya kalau amik pakej saving vs takaful...kalau stop boleh ambil duit yang kita invest as saving... :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.