Hebat Dengan Dzikir: Hidup Sebagai Abdi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah... 

Terima kasih Ya Allah atas nikmat Mu yang sangat hebat. Rasa tenang sangat bila setiap masa dapat rasa Dia ada bersama kita. Pagi ni mula cuti sekolah, mula keluar rumah seperti biasa ke uni dan hantar adik ke tadika. Daddy pergi kerja.... Kakak ikut saya pergi jogging dan ke perpustakaan. 



Bila hari ni kakak ikut saya, saya tak boleh nak jogging, saya hanya berjalan. 2.9 km jauh juga badi kanak-kanak 8 tahun macam kakak. Masa duk berjalan, tengok tumbuhan saya ajar kakak tentang Allah Ya Muhyi, Allah Ya Nuur, Allah Ya Aziz, Ya Qawiy, Ya Matin... 

gambar ni saya ambil 2 tahun yang lepas, sekarang pokok teh ni dah besar meninggi

"Kakak!..... Bagi salam pada rusa-rusa tu. Mereka semua tengok kita". "Assalamualaikum".... Kat sini ada taman rusa je ke mama".... 


"a aa... ada taman rusa sahaja".... tapi kat uum ni ada lagi taman lain, taman burung unta dan sebagainya. Laluan yang saya dan kakak lalu cuma ada taman rusa. 

Kami mula pukul 10 pagi samapai di pusat sukan kembali pukul 11.00.... Sempat kami berhenti dulu di cafe tempat penginapan pelajar. Kakak kepenatan. Selepas rehat dan berhenti minum kami menerukan perjalanan kami menghabiskan 2.9km. 

Sampai di pusat sukan sekumpulan cycling baru sampai di pusat sukan. Saya tanya makcik cleaner. Mereka tu dari Thailand ke? sebab saya dengar mereka cakap bahasa Thai. "ye", jawab makcik cleaner. "300 orang semuanya".... erm ramai... 

Bila siap mandi saya dan kakak terus keluar meneruskan urusan harian. Ke perpustakaan la kakak hari ni. Saya malas nak masuk ofis. Allhamdulillah ada tempat untuk kami. Saya dan kakak buat kerja di bilik bacaan sehingga Zohor. Kami break jap. The sambung semula kerja saya. Tungga dady habis kerja then ambil adik kat tadika balik rumah. 

Bialasa la bila dah sampai rumah banyak pula kerja rumah.

Hebat Dengan Dzikir
Allhamdulillah, kakak dan adik tolong saya kemas rumah. Dari ruang tamu sehingga ke dapur kakak mop lantai. Penat saya tengok dia, tapi dia terus buat juga. Siap mengemas, masak pula.... Hari ni walaupun nonstop, cuma berhenti mandi dan solat asar tapi rasa bertenaga, kerana bila buat kerja dengan zikir, kosongkan minda, sucikan hati dan yang penting "no thingking"... Subhanallah hebatnya tenaga yang Allah berikan.... Semua kerja akan beres!

Doaku Untuk Semua
Alhamdulillah, kepada semua orang saya doakan yang terbaik. Masa buat kerja dengan zikir saya akan selalu doakan mereka di luar sana, dan anda juga para pembaca blog saya. Kawan-kawan saya, keluarga saya di luar sana jauh mahupun dekat, yang ingat mahupun lupakan saya, yang sayang mahupun bencikan saya, saya cleanklan hati saya tanpa sedikit pun rasa benci dan dendam. Saya daokan kalian dirahmati dan diberkati sentiasa dalam hidup ini.

Allhamdulillah, terima kasih Ya Rabb..... ketenangan yang teramat ini tidak dapat digambarkan melainkan anda sendiri yang akan merasainya.....

Jalan Hidup Seorang Abdi
Allhamdulillah.... hidup ini sebagai abdi. Terima Ya Rabb menysunkan hidup saya di jalan seorang abdi yang orang lain tidak macam saya, saya rasa sangat hebat dan ada semuanyanya. Walaupun saya tak pernah ada apa yang anda di luar ada, tidak pernah bergembira seperti anda di luar sana gembira, namun saya ada "ketenangan" yang hanya mampu saya rasa bahagia....

Ayuh sahabat, pembaca blog saya, kita jalani hidup ini di atas landasan seorang abdi!



3 comments:

  1. In shaa Allah kak. Really inspiring! :)

    ReplyDelete
  2. Amin...syukur atas setiap izinNya untuk kita nikmati walau sementara cuma...

    ReplyDelete
  3. Insha Allah moga istiqamah melazimi zikir...

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.