Hakikat Kehidupan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sayang... I love you.... (good sound)


Dah berapa hari tinggal blog ni sunyi sepi membataskan penulisan yang tak seberapa ini. Dalam seminggu ni banyak betul rahmat Allah yang Semuanya boleh saya katakan hebatnya Allah, Maha Besarnya Dia Ya Kabir Ya Mutakbbir.... 


Allah Ya Alim
Dia Yang Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati setiap hambaNya. Dia Yang Maha Mengetahui apa keperluan dan kehendak hambanya. Walaupun seringkali hambaNya mereasa ini tidak cukup dan "kenapa hidup ini tak adil ke, orang lain ada, kita tak ada, orang dapat, kita tak dapat". Dah ada dua nak lagi tiga, dah ada yang cantik mantik nak lagi yang lebih canggih. Dan Dia sangat mengetahui tahap mana, seseorang hambaNya. Adakala orang ini diberi ujian berat, dan orang ini diberi ujian sebegini. Ujian adalah rahmat Allah bagi mereka yang tidak terhijab. Ujian adalah penghapus dosa bagi mereka yang celik. Ujian adalah kecintaan Allah bagi mereka yang sayang kasih dan cinta kepada Allah. Allah datangkan ujian kepada setiap hambaNya dengan kesesuaian hambaNya kerana Dia Yang Maha Mengetahui kekuatan dan kelemahan seseorang hambaNya. Dan, kekuatan dan kelemahan tersebut juga dengan izin Allah yang sedar atau tanpa sedar yang ada dalam diri pada etiap hambaNya. Ini kerana setiap hambaNya yang bernyawa "tidak ada daya sedikit, pun melainkan dayaNya".... Jangan duk nak mengaku pula ini itu kerana akulah yang hebat! ini itu berjaya kerana aku lah yang pandai..... 


Allah Ya Hakim
Dan seringkali hambaNya melupakan Dia Yang Maha Mengetahu setiap kejadian yang menimpa? Sebagai contoh,kenapa saya sakit? Kenapa saya jatuh? Kenapa itu? dan kenapa, kenapa, kenapa? Semua rasa tak puas hati hambanya. Merungut dan merungut di bibir di hati! Kebijaksanaan Allah Ya Hakim dalam menetapkan segala takdir sesorang hambaNya disalah sangka. Hakikat sebenar setiap apa yang Allah tetapkan pada hambaNya adalah bukti kebijaksanaan hambaNya, supa hambaNya kembali berserah diri kepada Dia Al Khaliq. Setiap apa yang berlaku ada rahmatnya kerana Allah Yang Mahabijaksana mahu hambaNya mendekatkan diri, menghambakan diri, mengabdikan diri kepadaNya sepenuhnya kerana itu adalah janji hambanya sejak dari dalam rahim....

Kau jadikan aku ini Ya Allah, untuk aku menjadi abdiMu, sepertimana janjiku dalam rahim ibu ku. Tapi aku lalai Ya Allah. Dalam hati ku ada banyak dunia, ada banyak keseronkan, ada banyak kuasa, pangkat, harta yang mahu aku genggam. Ampunkan aku Ya Allah.... Aku melampaui batas, aku tewas dengan janji-janji ku. Sepertimana Kau jadikan makhlukMu yang lain hanya untuk menabdikan diri kepadaMu, tapi aku tidak Ya Allah, aku tewas dengan kerja dan hal dunia. Kerja aku kata nak tolong agama, kerja aku kata nak tolong orang susah, kerja aku kata nak bayar zakat. Tapi sedar mahu pun tidak kerja itu sedikit sebanyak mahu mnguntungkan, sedikit sebanyak aku fikirkan untung sini dan situ.... Ya Allah, kerja ku kata mahu membantu orang susah tapi aku tak sedar sistem piramid yang aku gunakan. Orang yang di atas semakin kaya, yang di bawah bertungkus-lumus tulang empat kerat sehingga adakala melupakanMu dengan solat dan kuliah agama demi perniagaan itu..... 
Di manakah nilai seorang hamba, mahu mebantu mereka yang susah? jika usaha disalah gunakan dengan nama agama. 

Kejayaan dicanang dengan hasil perniagaan, bagi mempromosi kehebatan kegigihan kejayaan hamba. Namun, hakikatnya semua itu daripada Mu Ya Razzaq. Dan Engkau Ya Razzaq akan sentiasa menguji manusia dengan nikmat kekayaan dan dunia. 

Jika ada dalam hati dunia yang membara Allah Yang Maha Bijaksana, akan mendatangkan musibah dan dugaan dalam segalam macam keadaan sakit, mahupun susah dan sebagainya kerana Dia Ya Raqib mahu menarik semula hambaNya kembali mengabdikan diri sepenuhnya kepadaNya.... 

Sedangkan engkau sudah memberitahu kami dalam Al Quran Mu "jika kamu menolong agama Allah, kami akan memudahkan segala urusan dunia mu",,,, namun kami buta dengan kalimah Mu. Kami juga mahu memilih dunia. Dan kata kami dunia perlu 50 dan akhirat 50.... Subhanallah....
Saya bermohon semoga apa yang berlaku dalam seminggu ini akan membuatkan saya yang hina dan lemah ini akan berfikir rahmat Allah dan membawa ke jalan keredhaanNya.

Ya Allah, kami sering tersalah sangka dengan ayat, "Berusahalah untuk duniamu seolah kamu akan hidup selamanya, dan beramallah untuk (kepentingan) akhiratmu seolah kamu akan mati besok". Walaupun Engkau telah mengajar kami dunia tidak boleh dibawa ke akhirat. Sepertimana yang telah Engkau turunkan kepada Rasul kami sebagai pesuruhMu, yang menjadi contoh mahu hidup dalam miskin, dan dibangkitkan sebagai miskin. Namun kami buta dengan ayat ini mahu mengejar dunia sering akhirat! 

Allah Ya Adl
Dia Yang Maha Adl, setiap apa yang Allah tentukan pada hambaNya dengan keadilan dan penuh kerahmantan. Mungkin bukan adil di sisi hambanya yang buta, jika hijab tertutup namun Allah Yang Maha Mengetahu tahu keadilan itu di mana? dan bagaimana? Mungkin adil di sisi manusia sangat terhad dengan undang-undang ciptaan manusia yang tidak mengenal siapa Allah Ya Adl? 


Renung dan fikirkan!


1 Give your inspiration

  1. Kita hamba Allah yang kedil. Tidak ada daya dan upaya melainkan keizinan dari Allah SWT. Oleh kerana kita sekarang ni dilalaikan dengan banyak perkara DUNIA. Kita nampak DUNIA BESAR, AKHIRAT KECIL.
    Zaman NABI SAW dan sahabat, mereka sibuk dengan urusan akhirat, siang malam pagi petag dengan akhirat. Dunia sekadar keperluan eje bagi mereka. Sebab tu mereka suka dengan HIDUP MISKIN, MATI MUDA, TAK ADA HARTA untuk di tinggalkan. MEREKA nampak, AKHIRAT BESAR, DUNIA TAK ada apa apa. DUNIA kecil aje pada mereka. Semoga ALLAH SWT bantu kita semua jadi hamba ALLAH yang sayangkan ALLAH dan Rasulnya lebih dari segala-galanya..Wallahulam.. (panjang pula..hehe)

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Certificate from myideakini.com