Signifikan Golf dan Asmaulhusna

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bila dah hantar anak tiap minggu main golf, mak ayah yang tak tahu apa ni pun terpaksa terjebak sama. Ye la kan anaksaja nak main. Bila buat tak tahu tak ambil tahu, nampak macam tak support lak. Terpaksa juga ambil tahu selok belok permainan golf ni.


Aktiviti kelmarin, tak ramai yang datang berbanding dengan klinik golf 3 minggu lalu. Tapi masa klinik golf ada peserta dari sekolah luar. 


Kata rakan, join la kelab golf kalau persendirian kena bayar RM4500 tuk permulaan, bila bila staf tak kena bayar cuma bayar RM30 setiap bulan. 


Tiap minggu coach lain-lain. Mereka ni juga pelajar UUM yang aktif dalam sukan golf. Bila saya duk menunggu mereka main golf saya banyak fikir apa yang Allah nak sampaikan dalam keterjebakan anak saya dalam skan golf ni.

Hamba Al Naafi'
Tiap hari saya doa semoga saya jadi hamba Allah Al Naafi', sepertimana tiap pagi saya tengok alam, pokok-pokok, rumput, saya rasa makhluk Allah alam dan binatang ni banyaknya kebaikan faedah mereka untuk manusia. Mereka mengeluarkan oksigen kepada manusia. Sistem peredaran oksigen dan karbon monoksida itu erupakan salah satu sistem ciptaan Allah yang sangat hebat memberi kebaikan kepada makhlukNya yang lain.

Mungkin juga Allah nak tunjukkan sesuatu dalam sukan ini. Saya percaya setiap apa yang Allah ciptakan bersebab dan berkesan seperti juga dalam kajian saya cause and effect.

Saya juga ada baca dalam kitab hikam oleh Imam Ibnu Athaillah, kitab ni adalah kitab tasawuf
bab dua tentang apa yang Allah jadikan dengan sebab dan akibat. Kadang-kala hijab tebal sangat manusia tak nampak.

Saya mula mengkaji apa nama Allah Asmaulhusna di sebalik sukan golf ini secara terperinci? InsyaaAllah bila saya dapat saya akan kongsikan!

Allah Ya Baari'




No comments

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.