Goft Trainning

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hari Jumaat kakak Amani ada latihan golf. Pagi-pagi, kejut anak-anak bangun solat subuh dan bersiap untuk latihan golf. Belum miss saya pergi, teman sekali. Walaupun tak tengok mereka buat latihan. Semalam saya cakap saya tak nak pergi. Mula la encik daddy gelisah. Di mana sahaja harus saya menemaninya. Nak pergi dekat jer saya juga kena teman walaupun duduk dalam kereta. Katanya saya ni jadi la macam mommy saya, ke mana saja papa saya pergi mommy saya ada saja teman papa. Papa saya bukan boleh keluar sendirian. Kalau dia keluar sendirian pun nak pergi beli surat khabar atau pergi gunting rambut. hehehehe.... 

Pagi-pagi saya pergi jogging pun encik daddy teman, walaupun dia tak jogging dia duk dalam kereta. Hingga kan ada staf tegur baiknya teman bini jogging. Adakala mereka tegur, "panggil abe jogging sekali, dia duk tidur dalam kereta".... kata saya dia penat, jap lagi nak masuk kerja.... 

Berbalik pasal latihan golf hari ni.... Allhamdulillah..... semua ok ja anak-anak ni, walaupun saya tak tengok. Mereka bersemangat! walaupun menahan panas dek mencecah kepala...


Saya dan adik ke cafe pelajar berdekatan untuk membuat kerja di sana. Di mana sahaja kerja. Hari ni juga ada dua kumpulan klinik golf. Erm... mereka semua berbayar, Allah Ya Karim Ya Barr Ya Razaq, anak saya join latihan golf tanpa bayaran, tapi tadi pengendali bersepakat dengan ibu bapa bagi RM5 seorang untuk bayar jurulatih yang bersusah payah ajar anak-anak kami. Tak la banyak hanya dapat mereka makan tengahari... Allhamdulillah.... 


Murahkan rezeki mereka Ya Allah Ya Razzaq Ya Rahman Ya Rahim Ya Fattah..... baiknya Engkau Ya Allah datangkan mereka mengajar anak-anak kami tanpa mengambil apa-apa bayaran setiap minggu. Dan Engkau murahkan juga rezeki pengendali, penganjur, dan ibu bapa anak-anak golf ini semua. Satukan hati kami dengan kasih sayang Mu Ya Rahman Ya Rahim Ya Jaami'... 


All the best untuk semua.... 

Allah Ya Baari'. Signifikan golf dan Asmaul Husna belum saya uraikan lagi. Sudah ada apa yang Allah ilhamkan tapi belum ketemu secara detail lagi. InsyaaAllah, ilmu Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid yang luas mohon dipinjamkan dan dapat dikongsikan. 



1 comment:

  1. baiknya depa.. alhamdulillah , rezeki kan... dalam rezeki kita pasti ada rezeki org lain

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.