Enter your keyword

Tuesday, March 29, 2016

Duit Hantaran Segalanya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah... salam sayang...

Semoga Allah swt melimpahi rahmat kepada pembaca blog ini. Saya sudah dengar dalam radio semasa dalam perjalanan ke ofis tentang pergaduhan dek kerana wang hantaran tak cukup. Baru sat tergerak nak tahu apa ceritanya. 

Bila Dunia Di Hati
Saya sangat merasa kesian kepada mereka kerana meletakkan duit di hati! Allahuakhbar... Di manakah Allah jika duit di hati. Kejadian pula berlaku dalam kawasan rumah Allah. Mungkinkah ada perasaan malu dengan Allah swt. Allahu....



Malu Dengan Manusia
Tak apa lah kalau tak malu dengan manusia, tapi takkan tak malu dengan Allah kot. Tempat suci tu rumah Allah.... Allah pula duk tengok dan dengar jer gelagat kita, apa yang kita cakap. Sampai dalam hati detikan kecil kita pun Allah dengar dan tahu! Kalaulah mereka tahu Allah Maha Melihat Lagi Maha Mendengar tentu mereka malu dan terhina dengan perbuatan mereka sendiri.... Apa pun semoga mereka diberi petunjuk dan hidah. InsyaaAllah..... setiap yang berlaku juga ada hikmah yang Allah nak sampaikan kepada kita semua. 

Sedih
Sedih, tersangat sedih. Berlaku dek kerana duit. Memang ramai, bukan ini kes pertama saya rasa. Cuma ini kes yang Allah nak tunjukkan kepada kita aib manusia sekarang yang sangat mementingkan duit, harta dan dunia di hati! Manusia akan buat apa sahaja dek kerana duit. Duit boleh beli kebahagiaan dan ketenangan ke? Sebanyak mana pun duit kalau diri masih terhijab dan tidak suci dari dunia masih tidak tenang. Walau berapa tahun dan lama perkawinan tidak masih juga tak settle hutang kahwin rasanya. Anak dah sekolah pun masih duk bayar hutang kahwin. 

Syukur
Dalam keadaan itu juga saya bersyukur dan teringat perkahwinan saya dengan wang hantaran yang yang menjadi dan menjanjikan kebahgian. Dalam Al Quran ada mengatakan mas kahwin wajib untuk perempuan yang dinikahi. Saya yakin dan readha dengan ketentuan Allah. Dan saya juga halalkan kerana itu Allah dah tentukan kepada saya. Saya tahu Allah sayang saya. cukuplah dengan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang membenarkan saya kahwin. Nikmat Allah sangat besar, syurga abadi menjadi idaman. Tiada mas kahwin dan wang hantaran pun tak apalah, janji saya ada Allah, ada Rasulullah, ada suami yang baik dan sayang pada saya, ada keluarga yang bahagia. Dulu saya juga menganggap duit adalah segalanya. Nak makan, nak menyekolahkan anak, nak balik kampung, nak bagi mak ayah, nak beli pakaian, nak kenderaan, tapi sekarang tidak lagi kerana saya tahu Allah tentukan apa sahaja kepada hambaNya lebih daripada cukup. Yang merasakan tak cukup adalah nafsu kita yang tak pernah apuas dan selalu membandingkan dengan orang lain. Allah Maha Mengetahui apa yang perlu atau tidak kepada hambaNya kerana Dia Maha Bijaksana. Dengan syukur, Allah permudahkan semuanya. Memang saya tak dapat nak bagi kemewahan pada ibu bapa saya, tapi saya dapat menolong mereka sekadar kemampuan saya. Kadang-kala memang terfikir bila balik kampung nak bawa mak ayah makan-makan, tapi apa kan daya, saya dan saya dan anak-anak makan hanya sekadar cukup.... tapi Allah kata itu sudah cukup untuk saya dan keluarga, dan ia memang cukup! walaupun orang tengok tak seberapa. Walaupun juga tak mampu nak bawa mak ayah keluar makan. Hanya doa setiap hari saya hantarkan dan titpkan kepada mereka "syurga tanpa hisab". Kata guru saya mintalah "syurga tanpa hisab" pada mereka, setiap pagi saya akan doa "syurga tanpa hisab" kerana mereka layak mendapatnya. Budi mereka membesarkan saya tak dapat saya balas. Buat suami saya juga. Saya bukan isteri yang baik dan ibu yang mithali. Banyak dosa saya. Tiada apa yang boleh doakan mereka melainkan "syurga tanpa hisab" buat suami dan keluarga saya. Saya terima seadanya yang Allah tentukan kepada saya kerana saya tahu Allah Ya Baari', Ya Alim Ya Hakim.... Terima kasih Ya Rabb....

Mas Kahwin Wajib
Ada kawan mengatakan, "eh tak boleh, mas kahwin wajib bagi kerana itu hak wanita, mana boleh tak bagi.... haishhhh, dosa".... saya terdiam dan hanya mendengar mereka bersembang.... bila saya dengar ustaz cakap kalau suami tak mampu, boleh hutang sampai ke akhirat kena bayar ia memang wajib. Tapi kalau tak mampu juga terserah pada isteri.... saya tahu dan saya faham situasi tersebut! Suami mohon halal! Saya halalkan.... Ye la kalau kat Kelantan mas kahwin itu lah wang hantaran.... Kalau 15000, 15000 lah mas kawin.... 

Syurga Idaman
Saya bayangkan syurga itu milik saya, di sana ada semuanya,,,,, betapa indahnya syurga! tak apa lah bukan di dunia saya dapat, di syurga kekal abadi, tak boleh nak bayang rahmat Allah macamana..... cantik nya syurga saya rasa. Saya duk bayangkan bangunan-bangunan diperbuat daripada emas, batu permata yang sangat cantik, berkilau-kilau berwarna hijau zamrud dan sebagainya.... Nak apa semuanya akan dapat di syurga. Apa la sangat duit di duniakan tiada nilainya.... Itu kata saya. Tak tahu lah kata anda! Kerana cikgu saya kata dunia ini hina di sisi Allah.... Buat apa kita nak mengagongkan dunia melebihi Allah Ya Adzim. Tapi dosa saya juga banyak mampu ke nak cium syurga.... Apa pun saya hanya mampu mohon ampun, berdoa dan berdoa hanya Allah di hati, syurga Firdausi diidami.... 

Wang Hantaran Beli Apa?
Ada juga orang tanya saya wang hantaran beli apa? Anak saya beli itu dan ini.... saya cuma senyum dan diam.... Allah tak benarkan saya bercakap! Sekarang saya sedar dan mula mengenali Allah.... saya mula kenal siapa diri saya yang penuh kehinaan kejahilan dan tiada apa-apa daya  ini melainkan semuanya milik Allah al Malik.... tiada apa nak dibanggakan dengan wang hantaran itu. Melainkan mereka yang terhijab. 

Doa dan Harapan
Berdoakan supaya Allah pilih kita kembali kepada fitrah, menjadi hamba yang sejati dan khalifahNya bukan hamba kepada duit dan dunia! Jadilah hamba Allah yang sebenarnya! InsyaaAllah anda akan mendapat ketenangan dan kebahagian yang tidak mampu digambarkan walaupun tidak berduit. Betul saya katakan kerana saya dapat rasa. 




1 comment:

  1. viral tentang hantaran tu agak memalukan kan? berlaku didalam rumah allah plak tu...ada sebab allah bagai tak restu pernikahan mereka..apapun..semoga perkara itu dapat diselesaikan mengikut kebijaksanaan..buat apa bersuamikan lelaki yang tidak bekerja

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Popular

Follow by Email