Drama Tundukkan Playboy Itu Yang Tak Logik

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Drama tv yang hot sekarang "Tundukkan Playboy Itu".... Tak tahu episod keberapa tapi semalam 17 Mac 2016. Saya juga penonton dan menonton. Semalam saya ada terperasan konti babak dalam drama tersebut tak sama. Dalam babak pertemuan Harraz dengan Nurin di hadapan lif. Masa ketika itu pagi, Harraz nak pergi breakfast. Ada stu babak mencelah Nurin baru lepas solat dan berdoa,,,, Kemudian, babak lunch hour Nurin jumpa Elfira dengan konti yang sama pakaian yang sama dan mungkin hari yang sama. Namun, babak Nurin solat dan berdoa tu ada ditengah-tengah. Adakah anda perasan penyuntingan drama ini dari aspek time and space ia sudah terpesong. 


sumber google

Saya melihat kelogikan cerita terutama naratif, time and space. Mungkin ini hanya drama bukan filem. Namun ia tidak boleh dicincai bagai dalam aspek penyuntingan dan pengarahan.

Harap maklum, sekadar pandangan penonton yang jahil, kerana Allah Ya Basir Yang Maha Melihat dan Allah Ya Baari' Yang Maha Mengatur segala perjalanan cerita itu. 

Tips Melakukan Kerja Artistik
Serulah namaNya ketika membuat apa-apa kerja bukan sahaja permulaan mahu melakukan kerja tetapi all the time biarlah hati kita sentiasa mengingatiNya. InsyaaAllah, Dia akan menolong kita membuat apa pun kerja, kerana kita hamba yang tidak ada sedikit pun daya melainkan dayaNya..... 

Penyuntingan dan Pengarahan
Nama yang senonim dengan pekerjaan ini adalah Allah Ya Khaliq, Ya Baari', Ya Musowwir.... Dia Ya Maha Mencipta semuanya, menjadikan drama itu, pengarahkan drama itu, Dia Ya Baari Yang Maha Menyusun atur perjalanan cerita itu, seperti mana teraturnya planet-planet di angkasa raya berpusing di atas paksi masing-masing tanpa ada yang menokong, dan Dia Ya Musowwir Ya Maha Merekabentuk atau Maha Kreatif membuat finishing secantiknya setelitinya. Sepertimana bangunan tinggi Allah Al Khaliq buat dan Allah Ya Baari menyususn atur kejadian bangunan itu dan akhirnya Allah Al Musowwir akan membuat finishing dengan setelitinya. Begitu juga dalam penyntingan drama, filem dan pengarahan.... 

Saya cuma berkongsi apa yang saya fikir kena dengan nama Allah Asamul Husna. Kerana saya yakin dzikir dengan namaNya akan memberi impak yang besar dalam kehidupan seharian kita. Sebab Dia ada di mana sahaja, Dia tak pernah tinggalkan kita, Dia dekat dengan kita lebih dekat daripada urat leher kita. Dia sentiasa ingat kita. Maka ingatlah Dia selalu.... InsyaaAllah Dia Ya Wahhab Yang Maha Memberi Menolong....



Previous
Next Post »

2 Give your inspiration

Click here for Give your inspiration
March 19, 2016 at 12:32 AM ×

waw cool :D http://kamumaster.blogspot.com/

Reply
avatar
Maria Firdz
admin
March 20, 2016 at 3:04 PM ×

tak minat layan drama tv

Reply
avatar

Give your inspiration here and thank you. ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment