Doa dan Bicara Hati Asmaul Husna Gerhana Matahari Separa 9 Mac 2016

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Alhamdulilah, syukur baru dapat bersua kembali. 
Alhamdulillah, nikmat Allah yang luas, menghitung hari cuma tak sampai 48 jam lagi gerhana matahari separa akan dapat dilhat di negara kita.

Kejadian Gerhana Matahari Separa ini berlaku akibat daripada terdapatnya tiga jasad yang besar di angkasaraya dengan kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari berada di kedudukan selari. Oleh itu, kedudukan ketiga jasad bulan akan menutupi jasad matahari dan seterusnya akan menghasilkan gerhana matahari kerana ia menutupi jasad matahari. Di lokasi tertentu ia akan kelihatan menutup semua jasad matahari itu, dan di Indonesia kedudukan paling tepat bagi melihat gerhana matahari penuh. 

Sumber di sini

Di Malaysia, sentuhan pertama jasad bulan mula menyentuh jasad matahari bermula lebih kurang lima ke enam minit setelah matahari terbit. Lokasi ini di Utara tanahair seperti di Kangar dan Alor Setar. Kemuncak gerhana pada pukul 8.35 pagi. Lokasi di Selatan akan dapat dilihat dengan lebih banyak peratusan litupan matahari. 

Semenanjung Malaysia
Kangar – 8.25 pagi (67%)
Kuah – 8.25 pagi (67%)
Alor Setar – 8.25 pagi (68%)
Georgetown – 8.25 pagi (70%)
Ipoh – 8.24 pagi (73%)
Kuala Lumpur – 8.24 pagi (79%)
Shah Alam – 8.24 pagi (79%)
Putrajaya – 8.24 pagi (80%)
Seremban – 8.24 pagi (81%)
Melaka – 8.23 pagi (83%)
Johor Bharu – 8.24 pagi (86%)
Kuantan – 8.25 pagi (77%)
Kuala Terengganu – 8.26 pagi (71%)
Kota Bharu – 8.26 pagi (68%)

Sumber di sini

Rjah 1 dan 2 menunjukkan proses dan masa gerhana matahari yang akan berlaku pada 9 Mac nanti. Manakala di Sabah dan Sarawak dijangkakan gerhana matahari ini akan dapat dilihat bermula pada pukul 8.29 pagi di Kuching. Boleh rujuk jadual di bawah dan gamrajah di atas. 

Sabah & Sarawak

Kuching – 8.29 pagi (87%)
Sibu – 8.31 pagi (85%)
Bintulu – 8.33 pagi (82%)
Miri – 8.36 pagi (78%)
Kota Kinabalu – 8.40 pagi (73%)
Sandakan – 8.42 pagi (75%)
Tawau – 8.41 pagi (81%)

Sumber rujukan di sini
InsyaaAllah anda boleh melihat gerhana ini, namun hendaklah memakai cermin mata gerhana kerana jika melihat daripada mata kasar boleh membuatkan mata menjadi buta.

Saya kongsikan doa dan bicara hati Gerhana Matahari ini dari Prof Wan Maseri

Bicarahati gerhana matahari:
Allahumma ya Kabir ya Mutakabbir, sesungguhnya Engkau maha Besar dan memiliki seluruh kebesaran dan layak dibesar2kan, Engkau dibesarkan kerana kekuasaanMu dlm mengatur perjalanan alam dan isinya. Setiap peristiwa termasuk gerhana adalah agar kami manusia merasa kerdil dan kagum dgn kehebatanMu. Gerhana ini juga menunjukkan kekuatanMu ya Aziz ya Jabbar ya Mutakabbir dlm mengawal bulan, bintang dan setiap sesuatu agar kami manusia merasa lemah dan dhaif dan Engkau mampu memadam matahari dan menghancurkan segala makhluqMu di langit dan seluruh alam ini adalah dlm genggamanMu ya Qoobidh, Ya Qohhar ya Jabbar. Ya Allah, masukkan rasa membesarkanMu, mengagongkanMu, meninggikanMu, kagum dan gerun kpMu setiap saat..
Perkara lain yang sunat dilakukan semasa gerhana matahari adalah solat sunat gerhana matahari,  dan bersedekah. 


Previous
Next Post »

2 Give your inspiration

Click here for Give your inspiration
Abdul Qayyum
admin
March 7, 2016 at 11:50 AM ×

Salam ziarah..

Informasi menarik..

Jom singgah di
www.kluangtoday.com

Reply
avatar
Maria Firdz
admin
March 9, 2016 at 5:45 AM ×

moga berpeluang utk tgk esok

Reply
avatar

Give your inspiration here and thank you. ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment