Clever Girl Malaysia

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Rancangan realiti baharu?
Saya tak tengok pada mulanya, al maklum work station saya dah pindah ke ruang dapur. 

Tak Tahu Warna Bendera Malaysia
Saya hanya dengar encik daddy duk bising. "Warna bendera Malaysia pun tak tahu ke?" erm... mungkin juga hemuruh, gementar semua ada kan, Kadang-kadang yang duk sebut hari-hari pun boleh lupa. 

Objektif
Di minda saya hanya pelbagai persoalan yang bermain-main! Adakah rancangan ini akan membawa clever girl ini ke jannah? Apa tujuan clever girl ini? Adakah tujuannya untuk mengukur tahap kepintaran kepada dunia sahaja? Ke mana akhirnya hamba Allah yang bergelar clever girl ini? Disanjung di dunia atau bidadari surga! Adakah dengan kebijaksanaan mereka akan mendidik ummat ke jannah? huh!!!



Ketidaksamarataan Markah
Encik daddy pula komen, tak aci la markah tak sama! orang lain jawab banyak soalan baru sikit, yang tu jawab satu soalan markah dah seratus. Dia duk bising, saya jenguk juga. Sekali jenguk dah iklan.... saya terus berlalu. 

Dan minda saya masih berfikir perkara di atas?

Hanya sekadar pemikiran minda saya yang cetek dan dangkal, mohon maaf atas kejahilan penulisan ini. 



4 comments:

  1. Ermmm ada juga unsur kenegerian yang agak kurang manis...maaf kalau ada yang mungkin tidak berpuas hati dengan pendapat PC...takut nanti kerana setitik nila tercemar susu sebelanga...adalah lebih baik secara umum...maaf sekali lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. its ok sis... masing2 ada pendapat tersendiri, tiada apa yg salah...

      Delete
  2. uncle jeling2 tengok juga… sebab awek lawa lawa…

    hehehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.