BBq dan Puding Roti Cheese Oreo

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dua minggu lepas saya dan jiran-jiran buat bbq. Protien yang utama yang menjadi pilihan ialah kambing. Bab marinate dan black paper sos en daddy yang buatkan. Hari tu kami sampai rumah dah pukul 7 lebih. Al maklumlah kakak ada tekwando habis pukul 7.... Lepas magrib baru marinate dan buat sos. Jadinya kejap saja marinate, lepas isyak dh bakar.


Sambil daddy duk marinate dan buat sos, saya duk kalut buat puding roti cheese. Sebelum ni kalau buat puding roti ni saya tak pernah buh cheese. Puding Roti Kasih Sayang.


Kali ni baru rasa nak bubuh cheese. Saya guna cream cheese. Harga tak la mahal sangat RM7.++, kismis majerin, telur 4 biji. asen vanila, roti lapan keping. susu pekat saya guna sebab tak ada susu cair, masukkan sikit secubit garam dalam susu... Susu pekat saya guna 4 sudu besar sahaja dan gula 2 sudu besar. Boleh patah-patahkan biskut tu, kalau tak nak gedabak besar macam saya... hehehe


Bila dah susun dalam loyang, begini jadinya. saya main letak jer. Nak cepat. Cheese kismis boleh susun kat dalam roti tu.... Terpulang pada anda nak buat camana yang penting masak itu subjektif.... janji sedap dan boleh dimakan. 


Sementara tu, saya lak terus kukuskan puding roti. Kukus selama 45 minit atau 1 jam. Terpulang pada puding anda. Boleh sentiasa periksa kemasakannya... 




6 comments:

Powered by Blogger.