Banyak Cerita Drama TV Lari Konti

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bila Husband Dah Pandai Sebut Conti Lari Cerita Ni


Tak tahu la sejak kebelakangan ni cerita drama tv, telemovie yang di tengok banyak betul kesilapan teknikal. Sebagai contoh drama "Aku lah Balqis". Dalam satu babak tu saya perasan kereta yang dinaiki oleh mak dan ayah angkat Balqis semasa nak cari Balqis di rumah ayah kandungnya, bila sampai di rumah ayah kandung Balqis, keluar jer dari kereta, tup tup kereta lain lak.... haduih... saya mula merungut, bab teknikal saya elert sangat. 

Encik husband dah selalu dengar saya merungut bab konti ni... "Contingency" atau kesinambungan itu penting dalam sesebuah cerita. Tidak kira dalam apa aspek, kerana ini menunjukan kepakaran, kehalusan, seseorang pembikin cerita. Dari konti pakaian, make up, lighting, camera shot, prop, sangat penting. Sebagai contoh dalam drama "Inikah Cinta", saya juga perasan konti lighting tidak sama. Mungkin penggunaan dua kamera atau lebih pengambilan syot yang berbeza membuatkan bila syot lain diambil dari angle yang berbeza, syot kecerahan cahaya akan berbeza.  

Encik daddy tengah tengok drama "Maried Tapi Benci", saya kat dapur, terdengar dia cakap "konti lari cerita ni". Saya tak tengok saya tak tahu. Ada dengar dia cakap pasal basikal. Warna lain..... haduih.... harus pembikin cerita dari pengarah, sehingga la sekecil peranan ambil perhatian bab konti ini....

Saya bukan pandai nak bersuara tapi dari kaca mata audien itu jelas, maknanya di situ mesti harus diteliti.... Allah Ya Lathif Ya Maha Teliti Yang Maha Lembut.... sebut namaNya Ya Lathif semasa membuat sesuatu pekerjaan. Kerana kita hamba yang lemah sedikit daya pun tiada, dengan bersandanr kepadaNya, insyaaAllah Dia akan melicinkan kerja kita. 



1 comment:

  1. Heheh betullah, sis. Cerita Inikah Cinta tu memang lighting dia lari :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.