Perkembangan Anak-anak

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allahmdulillah...


Anak-anak cinta hati, tapi saya dah lepaskan mereka digengaman saya. Anak saya bukan anak yang bijak dan pandai. Kedua-dua karekter lain. Akak Amani anak sulong saya dah dua bulan masuk darjah 2 dan anak masuk tadika berumur 4 tahun. Saya bangga dengan kakak masuk darjah 2 dia dah pandai buat kerja rumah seperti menggosok pakaian sekolahnya sendiri dan pandai masak nasi. Walaupun dia bukan pelajar yang bijak, dalam mataepelajaran matematik dia belum menguasai nilai sepenuhnya. Tapi saya bersyukur dia dan pandai mengenal Al Quran dan dah boleh baca jawi. Dia selalu minta dengan saya nak baca Al Quran besar, sedangkan saya tahu dia baru iqra' 4. Adakala saya bagi dia baca dan adakala saya suruh dia baca muqaddam. Allhamdulillah dia dah faham dah tahu guna Asmulhusna dalam kehidupan. Nama-mana yang sesuai dengan situasi yang berlaku.


Adik, dua bulan masuk tadika, dah banyak sangat dia belajar. Allhamdulillah. Adik ni cepat pick up. Sejak umur dia sepuluh bulan lebih baru nak berjalan, tapi masa tu dia belum boleh bercakap, dia dah faham apa yang kita cakap. Masa tu saya suruh kakak ambil remote tv, tapi dia yang ambil bagi saya. Namun, kerisauan saya pada adik berbanding kakak. Balik rumah dia dah boleh faham hari apa? Dia memang elert masa cikgu mengajar. Cikgu kata walaupun dia diam tak cakap, bla tanya dia boleh jawab. Kadang-kadang cik kerap tanya dia nak bagi dia banyak bercakap. Balik rumah stu persatu la dia cerita perihal cikgu dan kawn-kawannya kat sekolah.

Bak kata kakak dan daddy kat rumah adik murai kat sekolah adik siput... hehehe

Semoga Allah sentisa melindungi mereka daripada dunia yang hina dan sementara ini untuk mereka faham mereka itu adalah abdi dan khalifah. Hidup hanya sementara, semua yang ada bukan milik mereka hanya pinjaman semata. Cara hidup seorang abdi seperti Rasulullah saw dan khalifah menyambung tugas-tugas Rasulullah, para sahabat tinggalkan dalam apa jua bidang yang diceburi. Itu adalah platform.




Previous
Next Post »

4 Give your inspiration

Click here for Give your inspiration
Keladi Ubi
admin
February 22, 2016 at 1:45 PM ×

Dewan mas, UUm ke belakang tu...hihihii teringat pulak time konvo dulu

Reply
avatar
najwa zahid
admin
February 22, 2016 at 5:38 PM ×

alhamdulillah. ilmu akhirat tu pntg utk ajar wktu kecik2 kan. btuah akak

Reply
avatar

Give your inspiration here and thank you. ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment