Nasi Berlauk JJ

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Port breakfast kami kalau balik kampung kena pekena nasi belauk JJ.... perghhh.... Kalau JJ tak buka baru kami cari nasi belauk Kak Wok yang lain (cawangan lain). Tapi antara tiga tempat nasi berlauk Kak Wok ni yang cawangan JJ paling melekat di hari. Nasi putih biasa, kuah kari, dan lauk ayam goreng yang dipotong kecil.

sumber saji.my

Tempatnya kalau dari Kota Bharu (Jalan Kuala Krai) ambil Jalan traffic light telipot jalan sekolah Menengah Sutlan ISmail, Maktab, Sultan Ismail College... Bila Nampak Sultan Ismail College ada traffic light ambil kanan, sebelah pejabat pelajaran daerah Kota Bharu.

sumber picture screen google

Kepuasan tidak dapat dibayangkan bila dapat pekena nasi JJ ni. Orang Kelate makan pagi biasanya makan berat nasi berlauk. Bila pergi kedainya saya memang suka tengok telatak JJ owner kedai tu bersembang. Hehehe... telatah dia memang mencuit hati saya. Walaupun saya tak pernah bersembang dengannya. Menarik minat saya untuk ke sana ditambah pula nasi gulainya sedap, makan pukul 11 keyang sampai petang lagi... Sebungkus, kalau yang biasa harganya RM4, kalau special (nasi lebih + ayam lebih) harganya RM5.

sumber facebook kedai nasi JJ
Anda di Selangor juga boleh merasai nasi JJ ni. Ini taste masakan ore Kelate, hopefully ore lain pun boleh rasa juga. Ada tapi juga yang tak minat masakan
kelate ni sebab manis. It's ok masing-masing punya selerakan... Alamatnya seperti di bawah:

Cawangan Shah Alam

Facebook Kedai Nasi JJ
50, Jalan Opera J U2/J, TTDI Jaya, Shah Alam
Waktu Operasi : 8.30pagi – 6 petang (Isnin ke Jumaat), 
8.30pagi ke 3petang (Sabtu dan Ahad)
60 12-685 7674




2 comments:

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED