Mengenali Allah Al Latif

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah, Rabu lalu sempat saya pergi usrah. Kali pkedua untuk tahun ni saya p usrah. Sangat gembira di hati dapat join.... Allah Ya Baari' apa jua yang saya hadapi masa tu kerana tak dapat pergi, tapi bila Allah kata pergi ja dengan semudah 'kun faa yaa kun' Dia hantar saya pergi usrah.... sebenarnya saya tak nak miss usrah setiap minggu tapi apa kan daya saya.... Allhamdulillah...


Hari tu kami bincang tentang nama Allah Al Latif (Yang Maha Lembut / Teliti)
Cuba lihat bagaimana Allah lembut dengan kita, walaupun kita solat tak kusyuk tapi Allah tetap berikan rahmat, nikmat dan rezeki pada kita. Alam spiritaul menggambarkan Allah Mah Lembut. Sebagai comtoh lagi virus Zika yang meyerang dunia sekarag, menggambarkan Allah Ya Latif Maha Lembut dan bijaksana yang sangat halus ciptaanNya sehingga virus itu secara halus boleh menembusi bayi dalam kandungan. Hakikatnya Allah swt mahu manusia bergantung 100% kepadaNya.

Kisah Nabi Yusof Dengan Kelembutan Allah Al Latif
Dalam buku Sulaiman Al Kumanyi memaparkan contoh kisah Nabi Yusof sejak dari kecil yang tidak disukai oleh adik-beradiknya, dibuang di dalam perigi, dipisahkan dari ayahnya. Bila dewasa dia difitnah sehingga dia sendiri mahu dipenjarakan. Di dalam penjara Nabi Yusof menyucapkan syukur kepada Allah swt dengan mengatakan apa yang Allah takdirkan kepadanya sangat lembut.
"Tuhanku berbuat baik kepada ku, ketika dia membebaskan aku dari rumah penjara dan ketika membawa kamu dari dusun ke padang pasir, selepas syaitan merosakkan ku dengan saudara-saudara ku. Sesungguhnya Tuhan ku Maha Lembut terhadap apa yang dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui dan 
Maha Bijaksana."
Dan di dalam penjara Allah swt memberikan rahmat dan nikmat kepada Nabi Yusof dengan kebijaksanaan mentakwil mimpi.

Contoh lain kelembutan Al Latif yang dialirkan kepada Rasulullah saw:
Rasulullah saw lembut dan tegas dalam melaksanakan hukum hudud. Seperti dalam surah Ali Imran ayat : 159
Sifat lemah lembut Nabi dapat dilihat ketika kaum Muslimin kalah dalam perang Uhud. Kekalahan ini disebabkan sebahagian kaum Muslimin terutamanya pasukan memanah tidak mentaati perintah yang ditetapkan oleh nabi.  Nabi tidak marah terhadap mereka, bahkan Nabi menunjukkan sifat murah hati. 

Allah Maha Besar,
sedangkan kita manusia jika di perli atau disindir pun kita sangat terasa,,,,, Ya Allah semoga kami mengikut contoh-contoh yang dialami oleh Nabi dan RasulMu dan juga para sahabat.

Kisah Benar Mengamalkan Zikir Asmaulhusna
Kisah benar hamba Allah yang baru dua minggu mengamalkan zikir Asmaulhusna Ya Aziz, Yz Qowiy, Ya Matin. Dalam masa dua minggu mengamalkan tiga nama itu keajaiban berlaku kepada diri hamba Allah ini. Dia menjadi keras hati daripada telatah manusia sekeliling.




Previous
Next Post »

Give your inspiration here and thank you. ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment