Kerja 3D Menjijikan di UUM

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah....

mercu tanda UUM koleksi perinbadi

Meletup-letop ni pasal ekje 3D, saya sebagai rakyat marhaen bangga dengan belia di Kedah Perlis kerana mojoriti di UUM yang bekerja kontrak 3D ini adalah orang kita, orang Malaysia. Sepanjang saya di UUM saya tak pernah jumpa pekerja asing yang duk sapu sampah, kutip pinggang mangkuk di setiap cafe, cuci longkang, mesin rumput dan sebagainya.

Tadi pagi, bila saya masuk ke UUM saya tengok muda-mudi lepasan sekolah (belia) ramai yang pakai baju t-shirt sama.... Mereka ni siapa? saya tertanya? tengok mereka muda lagi, sebab sebelum ni kalau yang sapu sampah kebanyakan golongan tua yang dah pencen.... Tapi hari ni ramai pula yang muda mudi.... Bila sampai di cafe, semasa menjamu selera mata saya terpandang  mereka sedang kutip ranting-ranting pokok dan sapu sampah....

Dalam hati saya berkata, sebelum ni memang kerja tu orang tua kenyakan yang buat tapi sekarang muda mudi.... Husband saya kata mereka kontrak baru.... Pekerja kontrak lama ramai yang berhenti kerja gaji sekarang diturunkan....

Erm.... gaji RM800 - RM900 duduk di Kedah boleh hidup lagi tak ade highway mahal.... Tapi kalau di bandar besar sepeti Kuala Lumpur, sangat tidak berbaloi dan sangat terkesan..... bagi yang dah kahwin, sangat terbeban.... duduk di rumah flat! Dengan semua keperluan harian yang mahal.... Rumah kena sewa segala macam. Kalau di sini mereka (belia) / muda mudi itu semua tinggal dengan keluarga sendiri.... Allhamdulillah.... mereka cekal dan bersemangat di mana jua untuk sesuap nasi tidak dipersia tukang empat kerat yang dikurniakanNya walaupun kerja 3D.

Saya bangga dengan UUM, kerana pekerja 3D semua anak Malaysia.... walaupun gaji mereka cuma 800-900 sahaja....

Pengalaman Kerja Saya
Mula-mula kerja walaupun ada master gaji saya hanya RM1400 sahaja. RM1400 sewa rumah RM150 share, ok la bagi saya yang single. Boleh simpan duit sampat RM2000 bila 4 bulan kerja.... sampaikan masuk gaji bulan kedua baharu sahaja masukkan cek bulan satu bulan dua.... bayangkan.... memandangkan saya tak buat buku bank, syarikat bagi gaji dengan cek.... Namun, semua itu lesap, Allah Ya Quddus Ya Jalil mensucikan gaji tersebut, walaupun siang malam saya bekerja tanpa mengenal apa itu shift.... Ada rahmat semuanya berlaku!
Dari gaji RM1400 sebulan, buat freelance 6 bulan pula, saya hanya di beri gaji dua kali. Kali pertama RM800 dan kali kedua RM500..... Bayangkan 6 bulan juga saya kerja gaji saya sebegitu.... memaksa saya buat kerja lain pada malamnya pukul 9 malam hingga 6 pagi. Dengan kerja di Mc Donald RM4 satu jam, gaji itu mampu menanggung saya membuat persiapan pertunangan.... Selepas bertunang saya mendapat offer di tempat sekarang. Kalau duit saya kerja kerana duit,,,,,,, dan kini saya bekerja bukan lagi kerana wang ringgit, tapi tanggungjawab saya dengan Allah swt sebagai abdiNya dan khalifahNya.... tiada lagi hati saya pada duit wangringgit, saya tak kisah orang cakap saya gila, bodoh banggang kerana saya rasa susah nak meraih cinta Allah swt..... perlu pengorbanan lari dari dunia menggapai cinta Allah.... cukup susah untuk saya mendapatkannya kerana kotoran dosa yang banyak....

Kerja 3D 
Tak kisahlah kerja apa, saya sanggup buat, sekarang pun saya juga mengalaminya, menitik peluh, menghayunkan kaki berkilo meter, hanya Dia yang tahu.... kata guru saya berjalanlah bersama orang ramai di kaki lima yang sesak tanpa penghawa dingin naik bas dan turun bas, kerana kita ini hamba! tak kisah! saya tahu hanya hanya hamba Allah saya tanah, dipijak-pijak oleh sesiapa sahaja.... kotor, jijik itu saya! Buat apa saya nak jijik pada diri saya sendiri.... cukup la makhluk yang menjijikkan saya janji saya dapat menggapai cinta hakiki..... tanpa duit dan kuasa bukan saya mahu....

PS: Kalau nak tengok keindahan UUM jom tengok drama "Inikah Cinta" jom.... uamh saya ASTRO kena potong... hikhik



1 comment:

  1. susah nak cari sekarang pekerja melayu especially klau kat kl ni majoriti warga asing yg bekerja kak.. Kalau di UIAM ni semua tukang sapu/cafe etc warga Indonesia yang bekerja...

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.