Keajaiban Ku Seru Nama Mu Ya Allah Kepada Saya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah...
Ahad lalu saya mendapatkan buku ini. Buku yang sangat simple bagi hambaNya yang mula-mula mahu mengenal Allah dengna lebih dekat lagi... Maafkan saya kalau tersilap tulis,,,,, kita sememangnya dah kenal siapa Al Khaliq kita, mungkin secara tidak mendalam. Jadi, saya rasa buku ini sangat penting menelusuri keindahan nama-nama Allah yang baik (Asmaulhusna) sebagai hambaNya serta khalifahnya.


Ku Seru Nama Mu Ya Allah daripada Prof Madya Dr Wan Maseri Wan Mohd setebal 64 mukasurat tidak temasuk kulitnya pun ada isi penting "penyusian jiwa".

Malah, jika kita menyeru dan mengingati setiap namaNya justeru mendalami akan dijanjikan syurga.
Bila belek muka usrat awal seperti di bawah saya membaca dengan berhati-hati, dan sangat tersentuh hati ini....


"Sahabatku, akhirilah penderitaanmu, kesunyianmu, kebuntuanmu dan kegelisahanmu selama ini. Marilah melangkah bersamaku, kita berjalan di atas permaidani Makrifatullah. Seluruh Asmaul Husna Allah mampu menciota keajaiban kepada yang ikhlas bergantung kepada-Nya."

Keikhlasan Kebergantungan KepadaNya
Benar, benar dan benar,,,,,
Jika Dia adalah kebergantungan hakiki kita, kita takkan takut risau malah sangat tenang menghadapi segala apa masalah....

Pengalaman Saya
Masalah kewangan/rezeki keluarga.... 
Memang tidak dapat lari dengan ekonomi yang semakin tinggi, duit kita jatuh, minyak turun tapi harga barang naik kerana nilai duit yang mengecil memerlukan duit yang banyak untuk mendapat barangan keperluan harian, perbelanjaan keluarga dan sebagainya. Secara jujur saya pun begitu, menanggung keluarga sendirian, tanpa income suami.... Tapi saya sangat bersyukur kerana saya tahu semua ini adalah percatuan, peraturan, perancangan hidup yang Allah tetapkan kepada saya. Saya tak perlu bershopping bagai.... Naluri perempuan tak dapat nak lari dari shopping, tapi dengan izin Allah apa yang dilalui saya dah tiada hati untuk bershopping. Cukuplah apa yang Allah bagi.... Dapat lihat orang shopping dan window shopping pun jadi la.... Tak larat nak kena hisab oleh Allah Ya Hasib Ya Muhsi di akhirat kelak dengan banyaknya pakaian dan semuanya.

Kisah Tak Cukup Duit Nak Balik Kampung
Kisah nak balik kampung! Dah lama sangat tak balik. ayah saya demam berlarutan, saya tak boleh nak balik. Minggu lepas saya tekat nak balik, walaupun tak ada duit sampai sekarang.... Duit hanya ada 5 ratus pada awal bulan, dan gaji pun minggu depan. Namun saya sangat yakin Allah ada, tekat nak tengok mak ayah tanpa halangan..... Hari terakhir saya di rumah sebelum balik kampung beras pula habis, hati terfikir kita kena beli beras nanti bila balik rumah kita tiada beras. Allahukhbar... bila balik kampung emak kirimkan beras untuk kami 10kg.... lima hari di kampung, pelbagai rezeki Allah bagi sehinggakan semasa nak balik semula ke rumah, macam-macam Allah kirim kan rezeki untuk kami, mak saya bagi nasi, mak mertua saya bagi nasi.... Sehinggakan malam kami sampai rumah boleh makan lagi nasi tersebut, tanpa mengeluarkan duit poket saya.... Hebatkan Allah.... Dari rm500 yang saya ada, kini tinggal RM100 untuk kami empat beranak membelanjakan keperluan harian sehingga minggu depan gaji....Semasa perjalanan saya tahu saya tak ada duit yang banyak, tapi saya yakin dengan rezeki Allah.... Derma dan pemberian untuk anak-anak kecil semasa balik kampung didahulukan, kerana itu rezeki mereka juga... Setiap bulan gaji saya terus dipotong untuk mak ayah..... namun adakala mak bagi saya rm50 seperti baru ni.... dengan RM50 saya boleh membuat sedekah beli buah tangan kepada jiran-jiran di taman saya. Mereka suka keropok losong dan satar. Semasa perjalanan balik tu saya berhenti beli keropok losong dan ada satar frozen.... Ya Allah memang rezeki kawan saya tu, mereka suka makan satar. Dan ini juga kali pertama saya makan sata frozen.... Banyangkan Allah sangat hebat! Dia tahu urus kita.... Semua perbelanjaan itu Dia Ya Baari Yang Maha Mengaturkan....  Allhamdulillah.... Mesti awak tertanyakan macamana saya empat beranak nak hidup dengan rm 100 dalam masa 7 hari mulai hari ni??? Bergantung padaNya, seyakinnya, sekuat hati seikhlas hati,,,,, InsyaaAllah Dia akan tolong kerana Dia Ya Wahhab Yang Maha Memberi Pertolongan.... pertolongan Allah akan membuat kita terkedu, tersungkur.....

Allah Ya Razzaq Beri Baju Raya 
Bayangkan balik kampung dengan duit yang terhad, tapi Allah berikan rezeki yang banyak, sehinggakan kain untuk baju raya pun Allah bagi lagi..... Allahukahbar, dan saya dan juga anak-anak dah ada baju raya tahun ni dari kain pasang yang Allah bagi tahun lepas, dah siap dijahit.... Walaupun raya berapa bulan lagi! Dan ditambah pula kain pasang baru yang Allah Ya Razzaq bagi dah jadi dua pasang.... Semua tu saya tak beli.... Bayangkan kasih sayang Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Razzaq... Cukup la apa yang ada! Hebatnya kecintaan Allah Ya Waddud pada kita ni.... Hanya kita sahaja yang sering melupakanNya.... Berharap pada makhluk! Mengejar dunia wang ringgit dan sebagainya! Tidak pernah merasa cukup dengan apa yang ada! Dah ada ini nak lagi dan lagi.... itu la saya dahulu....

Pengajian Saya
Ahad lalu juga saya mendapat berita gembira, dari Allah swt..... pengajian saya dilanjutkan sehingga bulan September ini.... kalau tak awal bulan 3 saya dah kena report duty! Dan Allah Ya Razzaq, membayar yuran saya pada semester ini.... Allahuakhbar!!! Memang bersyukur sangat dan memang tersungkur! Kalau tak memang saya nak pergi pejabat KWSP la isi borang keluar untuk bayar yuran pengajian ini.... Saya sangat rasa Allah memang sayangkan kita sangat-sangat.... Tapi saya ni yang lemah tidak terdaya selalu mengecewakan Allah....

Astro Kena Potong
Tadi pasal beras dah habis, ini pula pasal ASTRO kena potong. Kata adik "YES". Bila kembali dari kampung, dapat mesej pemotongan Astro kerana tertunggak 3 bulan.... Saya ingatkan bulan pertama dah banyar dan cuma 2 bulan kerana bil Astro tak sampai.... Rupanya mesej diterima dari telefon husband saya, dah tiga bulan tertunggak dan dibuat pemotongan..... Allhamdulillah.... lega rasa anak-anak dan husband tak boleh tengok tv.... Semalam saya ada cakap kat husband tak payah guna Astro la, guna ja saluran biasa.... sebab anak saya tak boleh tengok kartun banyak-banyak dan lama-lama.... sebab utama televisyen ni syaitan terbesar dalam rumah.... Maaf saya katakan ia syaitan terbesar, kerana memori kita ni mudah menangkap apa yang ditengok dan dilihat, orang putih memang terror dengan "cultivation theory" yang dipelopori oleh George Gebnor..... sekali tengok aurat sekali titik hitam timbul dalam hati. Banyak kali tengok aurat siang malam banyak la titik hitam dalam hati. Lama-lama hati akan jadi kebal kalau tak di cucikan..... Bahaya untuk anak-anak walaupun mereka tengok kartun, dan rancangan lain juga mereka akan terjebak tengok sama..... Solat pun tak kusyuk dan sebagainya, inilah lagi nak mengaji Al Quran tiap hari.... dan mata akan mudah capture perkara yang tak senonoh....

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu"

Konklusi
Keajaiban keajaiban Allah tunjukkan untuk kita jika kita dengan penuh keyakinan bergantungan padaNya tanpa ada dunia di hati!

InsyaaAllah anda juga boleh melakukan.... dan anda jua juga akan mengalami keajiban tersebut... Dalam hidup saya satu yang dimahukan iaitu "KETENANGAN"... Dalam buku ini disarankan langkah pertama yang perlu dibuat untuk mendapat keajaiban tersebut dengan zikir.... supaya Allah Ya Baari mengaturkan semua hidup kita, agenda hidup kita hanya unuk menjadi abdi dan khalifah Allah....

Allhamdulillah....

Wallauhualam,...




Previous
Next Post »

Give your inspiration here and thank you. ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment