Cenderamata Dari Famf Tower Sampai Ke Teratak

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah...


Hari Rabu lalu, bila sampai dari rumah saya menjengah peti surat. Erm... ada surat bersampul coklat. Jarang-jarang sekali saya dapat surat sampil coklat. Encik daddy yang bukakan. 


Rupanya souvenirs darai sis Farah FAMF Tower. Terima kasih Farah, hehehe.... cantik dan kiut sangat. Akak jarang guna book mark,,,, bila akak tengok kawan-kawan akak guna memang kemas jer nampak. Bila nak tengok apa-apa matlumat sangat senang untuk dibelek muka surat yang dicari.

Tak sangka dapat dari Farah.... comel sangat. Sayang nak guna. Akak simpan je la, kalau waktu perlu akak akan guna juga. Gigih betul Farah buatkan semua ni, memang Allah Ya Khaliq Ya Baari' Ya Mussowwir bagi Farah benda-benda kreatif ni.


duk berebut dengan anak-anak akak, sampai adik Zara menangis. Akak terus sorokkan. Anak-anak ni tak boleh tengok benda-benda comel. Nak main saja la mereka. Kotak pensel akak asyik hilang jer pen. Adik la memang suka main kotak pensel, semua barang stationary dia nak main. Daripada banyak stationary akak jadi sikit.

Allhamdulillah... terima Farah juga sentiasa datang menjengah blog akak yang merapu meraban ni.... hehehe... eh..... Tapi akak ada bagi alamat ke? Rasa macam tak pernah bagi... hehehe... ntah la memang akak ni jenis pelupa. Tak a la....

Apa yang penting perhubungan virtual yang dijalinkan semoga kekal till jannah. Walaupun kita tak pernah bersua. InsyaaAllah ada rezeki Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Jami' akan mempertemukan kita, dan semua keluarga besar blogger yang sudi menjengah blog ini. Terima kasih. 

Salam sayang untuk semua. 



6 comments:

  1. salam kak lamanya yana tak singgah sini..
    cantik .. hadiah kak farrah memang cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pa yana.... biasa la akak pun lama tak singgah teratak yana... a'aa... cantikkan...

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Sis Sheila,
    Alhamdulillah dah selamat sampai. Hihihi memang akak tak beri alamat masa kita correspond via email tempoh hari. Saya korek balik kertas2 yg diasingkan utk recycle, cari sampul surat pos ekspress yg sis guna masa hantar hadiah GA dulu :)

    ReplyDelete
  3. Aminnnnn. Mudah2an ukhuwah yg terjalin ini akan sentiasa dirahmati Allah. Terima kasih sebab ajar saya banyak benda. Terima kasih juga sebab selalu memeriahkan FAMF TOWER :)

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.