Adat dan Kepercayaan Melayu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Secara peribadi saya dibesarkan bukan dengan kepercayaan, adat resam Melayu. Seperti contoh tidak boleh letak pinggan bertindan depan orang makan kalau tidak rezeki tak masuk. Saya tersentak bila mana umur saya 23 tahun baru tahu pasal tu. Itu pun ada hamba Allah marahkan saya, padahal pinggan depan saya tu orang lain yang letak. hahaha... begitu rupanya. Contoh lain anak-anak kecil kena pakai tali cacing, walaupun sekarang ni memang jarang dah orang percaya. Sekarang ubat cacing dah banyak. Dan,,,, banyak benar la adat-adat dan kepercayaan Melayu yang saya tak tahu.

google image ini tiada kena mengena dengan topik
Adat Perkahwinan
Bila dan dewasa kini cara fikir saya dah lain, kepercayaan dan adat resam itu memang masih ada dalam masyarakat Melayu sebagai contoh majlis perkahwinan. tetapi adakah masih releven dalam masyarakat sekarang. Memandangkan ekonomi semua meningkat. Kadang-kala membebankan. Walaupun, tunjang utama dalam agama hanya ijab dan kabul. Maka sah la perkahwinan. Kalau naka adakan majlis pun boleh bagi tetamu meraikan dengan sederhana. Kalau praktikkan Islam yang betul memang mudah lagi wastiah.

Modenisasi Mengubah Arus Pemikiran
Namun, meriahan, elegant, penjenamaan, ingatan abadi menjadi impian semua. Majlis kahwin mesti meriah. Mesti sampai mati orang ingat. Padahal, pada hari perhitungan kelak Allah tanya semua tu? Tidakkah pernah terfikir? Mungkin itu bukan kesalahan melebih-lebih dan bermewah-mewah adanya. Yang penting niat sesebuah perkahwinan itu untuk membina masjid. Membina masjid itu meramaikan umat Rasulullah saw. Supaya di masjid penuh dengan uamatNya yang bertqwa.

Tidak Boleh Duduk Atas Bantal
Berbalik kepada adat dan kepercayaan. Masa kecil saya cuma tahu tidak boleh duduk atas bantal nanti naik bisul. Simbolism itu sebenarnya supaya bantal itu tidak koyak. Kalau masa dahulu, susah nak dapat bantal kena cari kekabu dan sebagainya.

Namun, jika ada dan kepercayaan itu tidak bercanggah dengan ajaran agama dan tidak tersempang dari akidah ia tiada masalah untuk diamalkan. Bak kata pepatah Melayu Adan dan Budaya jangan ditinggalkan.

Bila dikaji adat-adat dan keparcayaan ini memang seronok untuk pengetahuan dan pengembangan ilmu baharu saya yang dangkal ini. Namun, bukan menjadi ikutan. Tersalah ikut dan percaya boleh mendatangkan syirik.

Berhati-hati dalam kepercayaan tersebut.



Previous
Next Post »

Give your inspiration here and thank you. ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment