Penyebab Demam

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kelmarin, tengahari dapat panggilan dari tadika adik Zara, yang adik Zara demam. Kami pergi ambil dia kat  tadika dan bawa pergi pusat perubatan ambil ubat. Semalam demamnya makin teruk. Memang dia tak nyenyak sangat tidur. Hampir pukul 3 pagi dia kejutkan saya nak minum air. Pukul 4 pagi saya mandikan dia dengan air suam. Dia meracau macam-macam benda pelik dia sebut. 

Pagi ni pergi hantar kakak ke seolah, bawa adik ke pusat perubatan sekali lagi. Doktor yang lain pula check up dan bagi ubat lain pula.... Doktor kata suhu dia tinggi adakala dia akan meracau.... betul la semalam dia duk cakap bukan-bukan.... Kata doktor, kalau dulu nak turunkan suhu kena selimut tebal-tebal. Sekarang ni kena duk tempat sejuk. Ada juga yang buh dalam peti penyejukkan untuk turunkan suhu.... 


Kalau kelmarin pergi check up dia masih lagi boleh jalan, hari ni kena saya dukung dan muram saja. Mengantuk katanya. Adik Zara jarang demam... ni paling teruk saya rasa dia demam sejak kecil. 

Lepas ambil ubat sekali lagi, saya bawa masuk ofis saya. Dalam ofis sejuk sikit dengan aircond, harapan boleh turunkan suhu badannya dengan daya Allah Ya Khofidh Yang Maha Menurunkan.

Dia bangun kejap nak p toilet dan sambung tidur semula. Allah Ya Fattah Ya Salam, Yang Maha Membuka Penyebuhan.... 

Penyebab Demam

Demam yang tidak berhubungan dengan kondisi kesehatan yang serius biasanya disebabkan oleh:
  • Kesan virus
  • Kelelahan karana panas
  • Kesan bakteri
  • Terkena Panas Matahari Terik
  • Kondisi radang
  • Imunisasi atau suntikan vaksin
  • Ubat-ubatan tertentu dan antibiotik yang digunakan untuk mengubati kejang dan tekanan darah tinggi

Kelmarin, masa kat pusat perubatan adik minta beli vitamin. Dia ingat saya pernah beli vitamin kat farmasi. Saya pujuk dia, tak payah beli vitamin la adik. Mama belikan madu. Bila dipujuk dia nak makan madu. Dia pun suka makan madu. stok madu kat rumah dah habis. Bagus juga untuk demam madu ni kerana ia mempunyai kandungan vitamin C dan antiseptik yang tinggi... 



Previous
Next Post »

6 Give your inspiration

Click here for Give your inspiration
January 12, 2016 at 4:05 PM ×

great sharing

Reply
avatar
Keladi Ubi
admin
January 12, 2016 at 4:16 PM ×

betul tu...saya pun diserang demam selesama....hihihii

Reply
avatar
PeRdU cINta
admin
January 12, 2016 at 4:30 PM ×

Moga cepat sembuh ya adik Zara...Allahu...

Reply
avatar
Nao Mei
admin
January 12, 2016 at 5:21 PM ×

Ala..kesian adik zara...
Cik akak cepat demam kalau ada orang yang demam duduk bersebelahan..kiki

Reply
avatar
Asha Lya
admin
January 13, 2016 at 2:06 PM ×

Cian zara..moga cpt sembuh ya
lya klau demam x beani nak mndi

Reply
avatar
January 13, 2016 at 2:57 PM ×

So far setakat ini beum ada lagi tanda demam cuma keletihan saja.. :)

Reply
avatar

Give your inspiration here and thank you. ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment