Enter your keyword

Thursday, January 28, 2016

Penghayatan Asmaulhusna Dalam Surah Al Fatihah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


A001
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Segala puji dan puja hanya layak bagiMu Ya Hamid yg Maha Terpuji, 
A002
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
Tuhan Pemilik sekalian alam, Ya Malik Ya Maalikul Mulk, 
A003
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Seluruh kurniaan adalah kurniaanMu ya Rahman Ya Rahim, 
A004
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
Sesungguhnya seluruh alam dan isinya milikMu dan seluruh kerajaan langit, bumi, alam ghaib, alam akhirat adalah milikMu. 
A005
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Engkau layak dipuja kerana seluruh khazanah di alam buana ini adalah kekayaanMu ya Ghoni ya Mughni, 
A006
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Seluruh perlindungan adalah perlindunganMu ya Hafiz ya Muhaimin,
A007
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Seluruh kekuatan adalah kekuatanMu ya Aziz ya Qowiy ya Matin, seluruh ilmu dan kebijaksaan adalah milikMu ya Alim ya Hakim ya Rashid.




No comments:

Post a Comment

Give your inspiration here and thank you.

Popular

Follow by Email