Enter your keyword

Saturday, January 23, 2016

Mengajar Anak Dengan "Awaluddin Makrifatullah"

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Tadi saya marah anak saya supaya jangan tengok tv selagi kerja sekolah belum siap. 10 mkasurat kerja sekolah Matematiknya.... banyak tu....

Anak-anak saya tiada gadget, ipad atau tablet sebab saya pun tak guna smartphone. Salah satu sebab kenapa saya belum guna smartphone adalah anak-anak. Saya pun tak ada tablet, ipad atau apa-apa gadget. Tak kisah la anak-anak saya dan saya jahil tentang IT dan tak pandai tentang IT. Saya yakin Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid boleh mengajar dalam apa bidang janji bukan perkara yang boleh melekakan mereka. Kalau dah leka solat pun malas!

Saya juga tak menolak memang IT banyak dan cara senang bagi anak-anak zaman moden ini belajar. Kakak Amani dari setahun lebih dah hafal A, B, C, life dia masa kecil tengok youtube.... belajar dari youtube.... tapi masa adik Zara membesar walaupun tahun ni akan masuk 4 tahun dia belum hafal A, B, C,,,, Saya stop semua gadget dan saya sendiri tak guna. Hanya suami saja guna smartphone.

Saya yakin Allah ada, Allah akan ajar mereka....

Saya dah serah mereka pada Allah Ya Waliy, Ya Wakil, Ya Baari'.... yang akan mengatur, mentadbir dan mengurus hidup mereka.

Walaupun pada setiap ibu bapa anak-anak adalah lambang kemegahan, lambang kejayaan setiap ibu bapa itu mendidik anak-anak. Anak-anak berjaya itu lambang kejayaan ibu bapa juga!

Bila saya mengalami banyak situasi dalam hidup ini, banyak mengubah tatafikir saya terhadap semua ini. Saya ada Allah! Biar Allah di hati yang pertama-tamanya, Rasulullah saw di hati buat kedunya, dan baru suami dan keluarga....

Saya bukan tak kisah tentang anak-anak saya, saya marah mereka kalau mereka tak pandai tapi saya mahu mereka kenal Allah dahulu, letak Allah dihati mereka dahulu baru kenal dunia! Ajarilah mereka dengan "awaluddin makrifatullah" sebagaimana Rasulullah SAW mengajar keluarga baginda serta para sahabat dengan "awaluddin makrifatullah".... biar mereka dapat merasa Allah di hati bukan hanya dibibir mulut.

Budak sekarang pandai cakap.

Adik Zara tanya saya "mana Allah?, adik tak nampak pun Allah!"

Jawab saya: adik pandai cakap adik boleh gerak itu lah Allah yang gerakkan mulut adik untuk bercakap. Kita tak nampak Allah tapi Allah ada dengan kita.... Mungkin adik baru 3 tahun lebih tak faham lagi apa yang saya katakan....

Tapi bila saya cakap pada Kakak, dia dah faham... Kakak nak rasa Allah ada dengan kakak cuba kakak lompat banyak kali, jantung kakak bunyi kuat x,... Itulah Allah Ya Muhyi Yang Maha Menghidupkan degupkan jantung kakak....



No comments:

Post a Comment

Give your inspiration here and thank you.

Popular

Follow by Email