Enter your keyword

Friday, January 29, 2016

Mari kita merenung 2 ayat dalam surah Ar-Rahman

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum. 
Mari kita merenung 2 ayat dalam surah Ar-Rahman.

Ar-Rahman ayat 26 & 27:
Semua makhluk yang ada di bumi ini hanya fatamorgana (boleh dilihat dgn mata zahir namun hakikatnya tidak kekal). Yang kekal hanyalah Allah Ya Dzal Jala li Wal Ikram.

Kupasan berasaskan penghayatan Asmaulhusna:
Kedua-dua ayat ini menerangkan dengan jelas akan kewujudan sifat Allah AL-BAQI yang bermaksud Allah Maha Kekal. Hanya Allah sahaja yang kekal di dunia ini, semuanya yg lain secara tidak langsung, bersifat tidak kekal. Segala kemuliaan yang ada pada manusia tidak bersifat kekal, boleh datang dan boleh pergi, ikut aturan Allah Ya Mu'iz yang Maha Mengurniakan Kemuliaan kpd sesiapa yg dipilihNya. Kasih sayang manusia juga tidak kekal, yang kekal hanya kasih-sayang Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud. Maka, tagihlah kasih Allah, pasti kasih makhluk akan menyusul. Allah akan menghantar alat2Nya utk mengalirkan kasihNya kpd hamba pilihanNya.
Doa bicara hati kepada Allah Al-Baqi:
Allahumma Ya Baaqi yg Maha Kekal, hanya Engkau yg kekal, yg lain dariMu akan musnah, hilang dan fana'. Ya Baaqi, kami semua akan musnah, mati dan meninggalkan segalanya walaupun suami dan anak2 yg disayangi, kami akan pergi meninggalkan harta benda dan wang ringgit walau jutaan. Tiada sesuatu yg kekal di dunia ini melainkanMu ya Allah Ya Baaqi. 

Ya Allah ya Baaqi, hanya cintaMu yg kekal, cinta manusia akan musnah dan hilang. Maka, oleh itu kami memilih utk mencintaiMu ya Baaqi ya Wadud. Kami insaf, hati ini dicipta olehMu ya Khaliq hanya utk satu cinta, oleh itu kami memilih cintaMu dan mengeluarkan cinta manusia di genggamanku. Cinta manusia tidak kekal, ia seumpama fatamorgana, pada hakikatnya tidak wujud sama sekali, hanya persangkaan dan tipudaya syaitan semata2.
Cinta sejati yg kekal abadi adalah cintaMu ya Wadud ya Baaqi. Ya Allah Ya Baaqi, hanya Engkau yg kekal, wang ringgit dan hartabenda yg ada pd kami akan musnah dan hilang, ia semua spt fatamorgana yg tidak pernah wujud, makin dikejar makin hilang. Maka ya Allah ya Baaqi ya Wadud, kekalkan cintaMu dihati kami, kekalkan iman kpMu dihati kami ya Baaqi ya Mukmin. Kekalkan kami dlm kebenaranMu ya Baaqi ya Haq. Kekalkan kami dlm kebaikanMu ya Baaqi ya Barr, kekalkan kami dlm perlindunganMu ya Baaqi ya Hafiz ya Muhaimin.
Kekalkan kami dlm bimbinganMu, ya Baaqi ya Haadi. Kekalkan roh kami dalam mandian cahaya makrifatMu agar setiap saat kami dapat merasai kehadiranMu dalam hidup kami, agar kami kekal dlm ingatan kpMu, sesungguhnya setiap kehendak itu adalah kehendakMu ya Qodir, setiap peristiwa itu ciptaanMu ya Khaliq, setiap yg berlaku itu agendaMu ya Baari', setiap sakit itu tanda cintaMu ya Wadud. Ya Qobidh, setiap kesempitan dunia itu adalah utk kelapangan akhirat ya Basith. Ya Allah ya Baaqi Ya Nuur, kekalkan kami dlm cahaya makrifahMu.


3 comments:

Give your inspiration here and thank you.

Popular

Follow by Email