Kanak-kanak Memang Ada Sifat Allah Al Basir

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allah Ya Basir, Yang Maha Melihat!
Anak-anak kecil ni memang mereka peka tang penglihatan dan juga pendengaran.


Kelmarin kami pergi kenduri, adik dan kakak tanya
"mama kenapa pengantin perempuan tutup mulut"
(mereka tak pernah tengok pengantin pakai jilbab)

"mama kat pokok tu asmaul husna kan mama"
(adik dan kakak nampak banner besar nama-nama Allah AsmaulHusna! nampak jer diorang ni, saya tak nampak lak) yang bwah ni,,,


Lepas tu bila balik masuk dalam kereta adik tanya lagi
"mama, kenapa makcik tu mata dia nampak lain?" 
(sebelah mata nenek tu sakit)

Petang, bila balik dari taman, adik cakap:
"mama tadi adik nampak orang perempuan hisap rokok kat taman"
Kakak lak terang "perempuan tu pakai tudung, tapi dia bukan macam mak-mak, muda macam kakak-kakak, tapi dia pandai cakap cina"
(tak apa la kakak doalah kat Allah supaya dia tak hisap rokok)

Haduiiii... adik n kakak ni memang ada sifat Allah Al Basir. ada sajaha yang mereka nampak.

Ya Allah Ya Hafiz, Ya Muhaimin, Kau dilidungilah jagalah dan peliharalah pandangan mereka daripada perkara-perkara yang buruk. 



1 comment:

  1. sebab tu mereka perlu berada dalam kawalan kita selalu supaya tidak terpengaruh ..

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.