Hari Pertama Persekolahan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah...

sumber di sini
Hari pertama persekolahan kedua puteri saya. Kakak dah masuk darjah dua, adik pula masuk tadika 4 tahun.

Persiapan
Saya tak banyak beli barang sekolah mereka. Baju sekolah kakak pun last minute beli sepasang hari Khamis lalu. Alatan lain semua yang sedia ada. Kasut sekolah baru beli Jumaat lalu, dengan harga RM18 utuk dua pasang. Sepasang RM9. Sangat berbaloikan, jenama Carlton. Harga RM9.90, tauke kedai bagi RM 9 sahaja. Ok sangat la tu. Allah Ya Razzaq, Ya Baari' mempermudahkan. Kasut sekolah tahun lepas dah ketat. 

Adik pula, memang sebelum ni tak beli apa langsung saya tak prepare apa kat dia. Kelmarin beli beg sekolah kat dia itu pun bila saya tengok harga RM26.90 beg sekolah ada gambar robocop poli beroda, baru saya beli. Kalau tak adik pakai la beg kakak dulu yang mana ada. hehe

Beg sekolah tadika kakak 5 tahun yang lepas dulu dah koyak. Hari tu saya duk cuci beg sekolah kakak. Adik datang bawa beg sekolah tadika kakak yang lama. Adik cakap 
"mama... boleh tak cuci beg sekolah adik" "dah koyak la mama, dah buruk" (pandai lak dia cakap dah buruk).

"ok mama cuci"

"Tak apa la adik dah buruk, nanti mama jahitkan beg sekolah adik ni". 

Dia seronok bila saya nak jahitkan, terpengaruh dengan cerita kembali ke sekolah upin ipin, babak nenek nak jahit seluar sekolah tu...

Saya gunting semua tempat koyak dan jahitkan menggunakan seluar jeans terpakai. Belum sempat nak siapkan jahitan beg tu.. tak boleh guna ka beg tu?

Hehehe,,,, saya pun kesian juga kat dia! tapi ingat orang yang susah kat luar tu macam mana yer? Ramai lagi orang susah! Tanpa pembelaan tanpa dibantu anak-anak mereka nak sekolah! Macamana persiapan anak-anak mereka ke sekolah. 

Kelmarin, singgah kat kedai tu nampak ada beg sekolah beroda yang murah terus saya belikan untuk adik.

Pagi ini
Hantar kakak ke sekolah. Hari pertama sekolah ada perhimpunan selepas perhimpunan bawa dia masuk ke kelas baharu darjah dua. Guru kelas still guru kelas yang tahun lepas. Guru kat sekolahnya akan pegang kelas yang sama sehingga darjah 3. Darjah empat baharu mereka akan susun kelas semula. Allhamdulillah selesai yang kakak.

Gelagat Adik Hari Pertama! 
Hari pertama sekolah. Tak pernah berenggan. Tak pernah duk dengan pengasuh. Tak pernah semuanya. Dari kecil saya dan husband jaga dia sendirian. Jarang sangat bergaul. Masa kecil memang takut kat orang.

Bila hantar kat tadika, terus penyelia tadika bawa cari kelas adik. Nama dah disediakan dipintu kelas masing-masing. Jumpa namanya di kelas 4 tahun, masuk kelasnya. ada dua kelas untuk 4 tahun. Buka kasut terus dia masuk dalam kelas, saya hanya tunggu kat luar pintu. Kesian saya tengok dia, terpinga-pinga tak tahu nak duk mana. Nak duk kat kerusi ke nak duk kat bawah dengan kawan yang lain ke..... Ada beberapa anak yang lain sedang membotol.... Cikgu tanya dia dah tak pakai pampers? A'aa dah tak pakai!

"Kalau adik nak kencing cakap kat teacher tau!"

Mata terkebil-kebil sayu jer, terus duduk kat bawah tengok latop bersama kawan yang lain. Adik ni dari tahun lepas excited nak pergi sekolah. Encik husband risau, takut dia nangis tak nak. Allhamdulillah dia ok. 
Saya serahkan jer la Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin, Ya Waliy, Ya Wakil, Ya Baari'.... Ya Allah Kau jagakanlah, Kau peliharalah keselamatan mereka, Kau aturkan, uruskan, hidup mereka dengan kehendakMu, bukakan, luaskan, lapangkan otak mereka Ya Allah Ya Fattah, Ya Wasi', Ya Basith seluas alam dan alirkan ilmu makrifat untuk mereka mengenal Mu Ya Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid. 
Allahmdulillah, hati saya tiada kerisauan. InsyaaAllah mereka bersama Allah Ya Rahman Ya Rahim. Doa ibu makburkan..... 



No comments

Powered by Blogger.