Enter your keyword

Tuesday, January 26, 2016

Hamba Allah Cuma Ada 3 Helai Pakaian

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Tersentak dan terus tersentak bila memikirkan bagaimana sebenarnya abdi Allah....

sumber google

Rentetan seminar akan datang.... Dia seorang hamba/abdi/khadam Allah cuma ada 3 helai pakaian (jubah). Itulah yang diulang pakai. Cuma 3 ke? Ye cuma 3!

Almari ku
Banyak lagi baju-baju ku... itu pun rasa masih tak cukup walaupun dah cleaning, rasa perlu diganti. Nak pakai tak ada baju lah! Baju smua tak padan la.... macam-macam alasan!

Ya Allah,,,,,

Tiada lain yang Dia nak cuma Allah, Allah dan Allah!

Tiada lain yang difikirkan hanya Allah, Allah dan Allah!

Tiada tempat untuk kembali hanya syurga, syurga, syurga!

Duit diberi "ini rezeki kucing di rumah, dapat beli makanan kucing"....
Bila diberi hadiah sejadah yang cantik, diberikan hadiah kembali kepada seorang hamba yang menolong mengangkat begnya.....

Pesannya, kalau tak mahu zikir pun, ingatlah Allah?

Macamana nak buat tu? Ingat Allah tanpa zikir! Apa yang dimaksudkannya! Bagi hamba yang jahil lagi dangkat seperti saya ini lagi keliru yang kosong!

Sebagai hamba 24 jam kena ingat Allah!

Balik rumah kelmarin, semalam dan pagi tadi, saya fikir, Ya Allah, kalau begini lah caranya, bagaimana mungkin saya nak jadi abdi pun belum lepas lagi, inikan lagi khalifah Mu di muka bumi ini!.... betulalah kata Rasulullah saw..... untuk masuk syurga 1000 orang yang melintasi titian sirat hanya seorang yang lepas..... Subhannallah!!! Saya bermohon dan berlindung kepada Mu untuk kuatkan hati ini sebagai seorang hambaMu, hidup sebagai hamba,,,,,,

Bukan ku seorang yang pening dengan 3 pakaian hamba Allah itu, ada lagi rakan yang turut pening memikirkannya. Hebat Allah bagi dia rahmat!. Kita mungkinkah seperti dia? Di dunia sebegini cara hidupnya, bagaimana di akhirat kelak? Mesti besar rumahnya di syurga,,,, pakaian di syurga penuh dengan sutera lembut, bertahta batu permata hijau.... bergemerlapan.... tiada di dunia! 

Tiada apa yang dia rasa hebat di dunia walaupun dia memang hebat Allah pinjamkan, dunia di jelajahi membawa seruan Ilahi.... tapi semua dipandangnya tiada nilai.... Baginya nilai hanya di syuga!

Kita???

Cara Makan
Ini belum lagi cara kita makan! Dia makan terlalu sedikit hanya untuk alas perut. Tak boleh makan banyak katanya. Nanti resah gelisah! Subhanallah....

Saya mana??? 
Berapa kali sehari????
Berapa banyak????

Saya faham apa yang dikatakan! Sudah lama diajar oleh Rasulullah saw.... makan sebelum lapar, berhenti sebelum keyang. Dan cara Rasulullah saw makan??? Tiga hari ikat perut dengan batu! Tak pernah kenyang dengan gandum dan tepung....

Allahuakhbar!

Syaitan akan masuk dalam urat saraf kita melalui makan dan minum sebab itu dia tak boleh makan kerap dan makan terlalu sedikit. Akan resah gelisah jika syaitan bergerak dalam tubuhnya....

Ya Allah, hebatnya Engkau jaga dia!

Dari seminar kelmarin!
Siapa pun anda, pangkat tinggi mana pun anda, kaya banyak mana pun harta anda, berjaya tinggi mana pun pelajaran anda, ANDA TETAP SEORANG HAMBA!

HAMBA?
Asal usul Mu tanah, yang dipijak-pijak, jelik, air mani yang hina! 

Jangan sedikitpun ada riak dan ujud, kerana tidak akan masuk syurga hamba yang adalah secebis riak dan ujud!


Bila Tak Sedar Akan Dajjal Di Hadapan
Sebab Yahudi Ingin Menakluki Baitulmaqhdis



2 comments:

  1. salam kak! tersentak baca tajuk sebab beberapa hari lepas buka almari penuh tak boleh nak letak baju dah . :(

    ReplyDelete
  2. Ya rabbi..penuh baju cik akak dalam almari ni kak..tak.tahu nak bagi siapa dah..tunggu anak sedara ppuan besar sikit...nak bagi dia...
    Tu lah raya cik akak beli sepasang dua je...

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Popular

Follow by Email