Enter your keyword

Sunday, January 31, 2016

Bila Mata Hati Terbuka

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Mata Hati?
Mata Bathin

Sama tu...

Tapi bagaimana kita tahu kita melihat sama ada dengan mata batin/mata hati atau mata zohir?

Sebagai contoh sekarang musim BRIM masuk. Kalau anda melihat dengan mata zohir sudah tentu anda akan kata "terima kasih kerajaan yang perihatin beri rezeki kepada saya"

Namun, bila mata hati anda bercahaya, anda akan nampak dengan menggunakan mata hati
"terima kasih Ya Allah memberikan rezeki ini kepada saya"

simple sangatkan!

Tapi kita biasa membenarkan apa yang zohir nampak tapi belum tentu ia betul!

Jika anda melalui proses dalam gambarajah di atas, mata hati terbuka akan memuji kebesaran Allah, kebaikan, kasih sayang Allah, keperihatinan Allah memberi rezeki kepada anda!

Dan rasa memuji memuja makhluk akan hilang, kerana buka makhluk yang memberi namun Allah yang memberi rezei tersebut. Oleh itu, rasa bangga diri, hebat diri juga akan terhakis sendirinya kerana diri sedar "bukan aku yang hebat, bukan aku yang pandai, bukan aku yang kaya" tapi AllahYang Maha segalanya!

Akhirnya, akan lahirlah akhlak mulia sebagai hamba/abdi dan khalifah Alah swt...

Semoga kita semua mencapai tahap ini....

"Mata hati terbuka tiada lagi hebat diri"



No comments:

Post a Comment

Give your inspiration here and thank you.

Popular

Follow by Email