Bicarahati Di Hadapan Piramid Giza

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum.

Ibrah lawatan dapatan ilmu dari lawatan piramid Giza Mesir.

Bicara hati yang dikirimkan dari sahabat di bumi Mesir


Bicarahati di depan Piramid

Allahumma Ya Zohir ya Fattah, sesungguhnya Engkau mengzohirkan rahsia disebalik piramid ini.

Sesungguhnya piramid ini adalah lambang kezaliman, penindasan dan kesyirikan Firaun. Batu-batu yang besar dan berat diangkut oleh rakyat firaun yg disiksa dan dipaksa oleh Firaun laknatullah, dan piramid ini dibangunkan atas penderitaan, air mata dan titisan darah rakyat yang diperasugut oleh raja yg zalim yg digelar olehMu ya Allah sebagai Taghut.

Ya Allah Ya Alim ya Hakim ya Rashid, Engkau mengajar kami pada hari ini, masih ada Firaun dan Piramid, iaitu orang-orang yang berniaga dengan sistem piramid yang berasaskan kekayaan dunia yg menindas orang2 bawah utk mendapat kekayaan peribadi dan menganjurkan perbuatan yang sama kepada orang lain.

Ya Allah ya Alim, Engkau memberitahu kami hari ini bahawa Mereka inilah Firaun zaman kini yang hidup menzalimi dan menindas orang lain, mencari jalan senang dan mudah untuk kaya dunia, sedangkan Engkau mengingatkan kami untuk mengabdi diri kepadaMu, berdakwah menegakkan agamaMu dan menjadi khalifahMu utk persiapan akhirat di hari pertemuan denganMu ya Muhshi, ya Hasib, ya Hakam, Ya Adl, Ya Muntaqim, ya Rozaq.

Oleh itu ya Allah ya Quddus ya Jalil, bersihkan jiwaku sekiranya ada ciri2 firaun dalam diriku dan keluarkanku dari sistem piramid yang menindas manusia itu dan lindungi kami dari diazab olehMu ya Muntaqim sepertimana Engkau mengazab Firaun dengan menenggelamkannya di laut merah.




6 comments:

  1. sejarah kezaliman firaun berulang sentiasa dlm bentuk berbeza kan..

    ReplyDelete
  2. masih ada tanda ..untuk manusia di dunia kenali siapa firaun tu..

    ReplyDelete
  3. Mayat tak diterima oleh bumi ..rasanya ada kenyataan begitu kan..

    ReplyDelete
  4. Cukup ia menjadi sejarah dan pengajaran...jangan tercontoh walau sedikit pun rentak dan cara mereka yang zalim...

    ReplyDelete
  5. kezaliman ala firaun masih ada sekarang ini

    ReplyDelete
  6. amin ya rabb.. jauhkan sifat2 buruk itu dalam jiwa dan hati kami =')

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.