Bebelan Tahun Baru

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana bebelan ini sangat keras. Saya sarankan anda yang telinga kebal, hati kebal baharu boleh membacanya! Kalau tidak panas jiwa raga. 

sumber di sini
Tadi saya terbaca tentang remaja kena culik, rupanya bukan diculik, dan terbaca supaya dihantar remaja bermasalah ini di sekolah agama rakyat! Sejujurnya saya tak setuju, anak remaja sekarang bila ada masalah sosial, disaran hantar sekolah pondok, tahfiz. Mak ayah yang tidak ada pilihan kerana sekolah kerajaan telah buang anak-anak mereka mengambil keputusan hantar anak-anak di sekolah tahfiz dan pondok.

Dimana silap, semua asyik salahkan mak ayah kerana tak ajar anak-anak. Guru-guru juga menjadi tempias. Apabila mereka di hantar di sekolah agama rakyat ini harapannya supaya mereka berubah! Sedangkan mereka tak tahu budak-budak ini membawa imej yang kurang baik di sekolah agama rakyat. 

Saya cuma nak marahkan sistem pendidikan Malaysia yang dari kecil saya alami, terlalu mengikut halatuju Barat. Selama ini saya buta! Sehinggakan cara hidup semua kebaratan, sebagai contoh kalau tak keje nak makan apa? Kalau tak belajar pandai nak keje pun susah. Yang belajar pandai sekarang ni keje bagus ke? 

Mentaliti masyarakat penuh dengan dunia. Masih ada pemikiran "no money, no talk", "no money, no food". Jangan salah paham, bukan saya benci kerja bagus, bijak pandai tapi saya benci dengan pemikiran kebaratan, kebergantungan hidup pada dunia dan DUIT! Rasululullah tak ajar semua ni. 

Bila Rasulullah saw dapat wahyu pertama dia ajar "bacalah", kena faham sebetulnya maksudnya. Baca untuk bijak dan pandai kenal Allah, bukan baca untuk bijak dan pandai kenal dunia! Hati-hati kalau hati kita terdetik atau tercakap sebagai contoh kalau tidak ada duit, nak makan apa! Hidup kat dunia sekarang ni semua perlukan duit, gerak sikit terus duit! itu adalah salah satu syirik khafi iaitu syirik kecil kerana hati kita tidak yakin dengan Allah Ya Somad. 

Saya yakin Allah dah berikah kita secukupnya rezeki tapi kita sahaja yang berlebih menggunakannya. Bayangkan hidup kita dengan hidup Rasulullah SAW. Rasulullah makan 3 hari sekali ikat perut dengan batu. Adakah cara kita makan begitu? Tapi anda kena faham sebetulnya cara hidup Rasullah saw. Kalau anda juga sebegitu, Allhamdulillah. Saya pun belum mampu. Bila terlebih sikit baharu ingat Rasulullah saw. Rasullah tak pernah fikir pasal dunia malah dunia mencari-cari baginda. Kita? Mencari-cari dunia siang dan malam. Bangga dengan dunia, anak dan sebagainya! 

Rasulullah saw mengajar sahabat kenal Allah! Bila kenal Allah, akan melahirkan rasa cinta hanya pada Allah. Sebab itu, para sahabat dulu berjuang dan mati syahid kerana Allah dan agama. Kita sekarang ada tak rasa macam tu. Kalau ada orang akan kata gila, bodoh, banggang!

Sistem pendidikan sekarang ajar mengenal dunia, tanpa CINTA pada Allah. Ajar kenal Allah ajar solat dan sebagainya, adakah mengajar kita CINTA pada Allah. Kalau semua CINTA Allah dah lama orang Islam dapat menguasai dunia! Adakah diajar tentang solat kusyuk. Hanya dibibir, saya pun belajar solat kusyuk tapi tak faham apa benda itu solat kusyuk?  Bagaimana solat kusyuk?. Kalau itu yang diajarkan oleh sistem pendidikan di Malaysia, tak ada gejala sosial dan sebagainya. Hanya solat yang kusyuk sahaja akan mencegah kemungkaran! 

Saya pun jahil dan hina, kerana itu yang Allah jadikan saya dari tanah! Siapa anda? Sultan ke raja ke menteri ke fakir miskin ke, kita semua sama TANAH! Sifat tanah adalah jijik dipijak-pijak jer. Sedangkan tanah lekat pada tapak selipar kasut pun, kita cari air untuk mencucikannya. Ini lagi kalau kena kereta mahal lagi cuci secucinya. 

Consultant pendidikan kita adakah orang Islam? Tapi, ini yang berlaku, saya menganggap ini adalah aturan Allah Ya Baari' Dia Yang Maha Mengatur hidup makhlukNya. Setiap yang terjadi apa sebab yang Allah nak bagitahu. 

Sebagai contoh lagi, kalau budak-budak lemah masuk darjah satu lagi akan diasingkan kelas. Mentaliti tenaga pengajar bagaimana? Adakah dengan redha dan penuh kasih sayang, penuh dengan kesabaran, penuh dengan kecintaan mengajar anak-anak ini yang ABC pun tak tahu? Kalau kecintaan mendalam, tidak ada rasa merungut dalam diri para pendidik? jika begitu, Allhamdulillah..... contoh yang diajar oleh Rasulullah saw.... bukan melebelkan kelas ini pandai, kelas ini lemah dan sebagainya. 

Kenapa saya katakan begini!
Masalah melebelkan tidak pernah diajar oleh Rasulullah saw. Rasulullah jarang sekali marah, mengajar dengan cinta dan penuh kesabaran. Masalah melebel ni berat, sekali kita melebel, dua tiga kali Allah buka aib kita. Sebab kita tanah! Allah tak pernah melebelkan kita melainkan orang yang bertaqwa. Allah jadikan bermacam-macam jenis orang pandai ke bodoh ke untuk kita berfikir mengenal kehebatan Dia Ya Khaliq. Suruh kita belajar pandai bijak bukan untuk menggenggam dunia, tapi memperjuangkan perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw. Adakah ini diajarkan di sekolah! 

Ke mana nak pergi selepas sekolah? 
Masuk Universiti kemudian dapat kerja bagus? Dapat beli rumah? Dapat beli kereta? Dapat kumpul harta? Emas? Itukah sasarannya! Dan ini yang saya belajar dan dididik sejak kecil.

Ada tak dalam sistem pendidikan kita tujuan belajar adalah SYURGA!

Kalaulah umat Islam paham tugas mereka didunia, penuh la masjid, tak adalah orang miskin, terbelalah anak yatim dan asnaf. Tiada lagi remaja dengan gejala sosial, riba, fitnah, berlumba-lumba mengumpul kekayaan dunia dan sebagainya.

Semoga Allah Ya Hafiz, Ya Muhaimin melindungi, menjaga sistem pendidikan negara dan umat Islam supaya tidak bergantung dengan dunia. 

Cuba check azam tahun baru anda banyak menghala dunia atau menghala ke kampung akhirat?

ps : luahan hamba yang hina


Previous
Next Post »

1 Give your inspiration:

Click here for Give your inspiration
January 2, 2016 at 9:01 AM ×

salam, kak terima kasih bebelan yang berisi.

Congrats bro The KehalusanKelembutan you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar

Give your inspiration here and thank you. ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment