Enter your keyword

Thursday, December 31, 2015

Kuliah Allah Ya Mummit Yang Maha Mematikan

By On 5:22:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah...

Pagi tadi saya pergi mengunjung hambaNya dijemput ke Ilahi. Dua hari lepas, baharu saya dan sahabat-sahabat pergi menziarah di CCU hospital Alor Setar. Kelmarin, arwah menghembuskan nafaz terakhir sakit tua, selepas potong kaki, arwah terus tidak sedarkan diri.

Ya Allah, sayangNya Dia pada hambaNya, dipotong kaki, tanda diringankan hisab hambaNya.

Bila menziarah adat dan etika, kadang-kadang dalam menunggu jenazah dimandikan, pengunjung tak tahu nak buat apa hanya bersembang. Mula-mula sampai ada yang membaca yasin dan sebagainya. Namun, kelompangan dapat di rasakan setelah menunggu lama.


Terus-terang saya tanya, bila dah habis bacaan al Quran dan mungkin dalam satu jam menanti, di saat itu "apa anda akan buat?". Saya tengok ada yang bersembang.

Kuliah Allah
Kata sahabat saya, inilah masa kita dikuliahkan oleh Allah swt. Menghayati kematian itu. Merasai kematian itu. Mengenang siapa kita. Sudah cukupkah amal yang kita akan bawa ke kampung akhirat nanti? Ya Allah sangat takut saya rasakan. Dikuliahkan oleh Allah swt sendiri pada masa itu, jika pintu hati terbuka, hijab terbuka anda akan dapat merasai kuliah oleh Allah swt. Serius ni saya cakap..... Betul dan betul sekali, kuliah Allah sangat hebat! Selama ni duk dengar kuliah dari alat Allah, tapi masa mengunjung tu, Allah swt sendiri bagi kuliah. Semua malaikat berkumpul masa tu. Bayangkan! bayangkan!
Ya Allah Ya Affu, Ya Ghoffar, Ya Tawwab, Ya Allah kami yang hina ini membawa banyak dosa, maafkan kami ampunkan kami terima lah taubat kami yang hina ini. Ya Allah Ya Muhyi, Ya Mummit, Kau menghidupkan kami, degupan jantung kami Kau degupkan, aliran darah kami Engkau alirkan, nafas kami Engkau yang berikan, namun kami sering lupa engkau dekat dengan kami lebih dekat dari urat leher kami. Ya Allah Ya Mummit dan Engkau juga yang mematikan kami, akhirilah kematian kami dengan kebaikan, dan segala amalan baik kami akan dihisab oleh Engkau Ya Hasib, seadilnya Ya Adl. Jadikan kematian itu, memberi peringatan, kesedaran, kepada kami yang hidup ini kerana bila-bila masa pun Engkau jua akan menjemput kami, supaya kami sedar tugas kami di dunia ini untuk mengabdikan diri kepadaMu. Lindungi, jagalah kami Ya Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin dari dosa, hawa nafsu, bisikan syaitan, syirik, berhala dunia yang boleh membuatkan kami lalai dan ingkar.



Jom Kenal Allah Al Khaliq (Yang Maha Pencipta)

By On 12:34:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Jom Kenal Allah Al Khaliq (Yang Maha Pencipta)

Ya Allah Ya Khaliq ketika kami tiada di dunia ini, Kau jadikan kami dengan semudah Kun Faa Yaa Kun

Ketika kami berenang-renang di dalam rahim ibu kami, Engkau Ya Nuur Ya Basith Ya Waasi' Ya Razzaq memberikan kami cahaya, meluaskan melapangkan dan memberikan makanan kepada kami.


Ketika kami kesunyian di dalam rahim, Engkau Ya Ya Rahman Ya Rahim memberikan kasih sayang menghiburkan kami.

Sejak itu setelah kami dimasukkan roh semasa di alam rahim kami telah berjanji tujuan kami dijadikan oleh Engkau Ya Khaliq untuk menjadi abdi Mu/hamba Mu/ khadam Mu serta khalifah di muka bumi. Sepertimana dalam surah Al A'raf ayat 172 : "Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman), "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab, "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di Hari Kiamat kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)."


Berikan kami didikan sewajarnya Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid apa yang Engkau ajarkan kepada Rasul dan Nabi Mu supaya kami sedar kenapa kami dijadikan oleh Mu Ya Khaliq.

Engkau Ya Khaliq "tuan" kami! Bukan kami 'tuan' di dunia. Biar kami sedar kami khadam/hamba/abdi Mu. Jika Engkau Ya Razzaq beri kami makan, kami makan, jika Engkau beri kami pakai kami pakai. Bukan kami yang menentukan apa kami nak makan dan nak pakai kerana Engkau Ya Khaliq "tuan" kami! Kami abdi.

Bagaimana hidup abdi yang sebenar jangan dilalai dan dibutakan hati kami! kerana dunia adalah persinggahan sementara, biar kami sedar sifat abdi sebenarnya abdi hanya untuk mengabdikan diri kepada tuannya. Tidak sedikit pun merungut kepada tuannya. Tidak marah sedikit pun kepada tuannya atas apa yang tuannya tentukan kepada kami.

Ya Allah Ya Affu, Ya Ghoffar Ya Tawwab, maafkan kami, ampunkan kami, terimalah taubat kami kerana kami lupa kenapa kami diciptakan di dunia ini. Kami tidak paham tugas kami di dunia ini. Kami tidak pernah disematkan dipahatkan dipakukan dalam hati kami untuk memahami di mana rumah kami sebenarnya. Yang selama ini kami sentiasa mencari dan mengejar rumah dunia. Kami lupa rumah akhirat itu kekal abadi kerana di hati kami semua dunia. 

Membuatkan kami bergembira, bersenang linang, berkejar-kejar mengumpul segala hal dunia yang bukannya milik kami. Kami tak tahu tugas kami didunia ini sebenarnya untuk menolong orang susah, fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal yang langsung kami tidak dijar di ini tugas hakiki.  

Anggapan kami kalau kami ada duit baharu kami dapat melakukan kerja itu! Sedangkan Engkau Ya Khaliq Yang Menciptakan kami semua untuk melakukan tugas akhirat! 

Dari: hamba yang hina!



Wednesday, December 30, 2015

Doa Buat Sahabat

By On 11:59:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Marilah Mengenal Allah.


Hati yang penuh kasih kepada ya Rahman ya Rahim tidak punya walau sebesar zarah pun kebencian kepada sahabatnya, namun seringkali dia bertindak tegas sekiranya sahabatnya tersasar, bukan kerana benci sesama manusia, tetapi kerana tersangat kasih kepada Allah, dia menjadi alat Allah ya haadi dalam membimbing sahabat-sahabatnya, walaupun tidak disukai sahabat2nya dan ramai menjauhinya, kasihnya kepada Allah membuatnya terus melakukan tugas menegur dan membimbing kerana taat kepada ya sami', akur dengan agenda ya Baari' dan kehendak ya Qodir ya Muktadir.

Tidak ada lagi kecik hati, terasa hati, jauh hati antaranya dan sahabatnya kerana hatinya penuh dengan kasih kepada ya Rahman ya Rahim.

Bagaimana pun tindakannya terhadap sahabatnya walau nampak negatif oleh semua orang, kerana tiada sezarahpun benci dlm hatinya, tetap hubungan sesama manusia terpelihara dan syaitan akan berputus asa dalam memecahkan hubungan itu.

Kekuatan merubah manusia sekeliling memerlukan 99 energy dihati, energy utk terus memikul amanah ya Nuur ya Haadi ya Haq dalam menunjuk jalan, energy kebijaksanaan ya Alim ya Hakim ya Rashid dalam mengatur setiap langkah, energy kekuatan jiwa ya Aziz ya Qowiy ya Matin dalam menembusi halangan2 yang dibentangi oleh syaitan.

 Jiwa waja yang penuh cahaya kebijaksanaan ini menakutkan yahudi dan syaitan kerana dia tidak mengenal takut dan bimbang, perkataan putus asa dan kecewa sudah tiada dalam kamus hidupnya, yang dia tahu, bergerak dan bekerja utk Allah setiap saat setiap ketika.

Ingatlah sahabatku, semakin sempit dadamu dalam perjuangan, semakin luas jalan menuju kepada Allah ya Wasi', semakin miskin hidupmu, semakin dekat dan sangat hampir dirimu kepada Ya Razaq ya Ghoni ya Mughni, setiap saat redhamu kepada Allah ya Qodir ya Muktadir, mahligai2 syurga terbina utkmu.

Semakin dicemuh orang, semakin cinta dan rindu ya Wadud kepadamu, semakin bawah jatuhmu, semakin tinggi darjatmu disisi ya rafi', ya muiz, ya majid, ya hamid.

Semakin tertutup jalan hidup dan jalan rezeki dunia, semakin dibuka oleh ya Fatah kehampiran kpNya.

Oleh itu sahabatku, nikmati kesempitan, kemiskinan, kebencian manusia, kejatuhan kerana itu semua jalan mengenal Allah ya qobidh, ya khafidh, ya muzill yang mendatangkan kelazatan sujud dan zikir terus memuji dan memuji, jangan berhenti walau apa jua peristiwa yang dibentangkan dalam hidupmu.



Always Connected To Our Creator

By On 11:47:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Jom hayati perkongsian indah daripada Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid Ya Qareeb melalui sahabat saya!

Lets always stay connected to our Creator


Ya Allah ya Rahman ya Rahim ya Jaami' ya Baaqi, kurniakan kami kasih dan sayangMu. Kekalkan ingatan kami sentiasa kpdMu tanpa putus2..di mana saja kami berada..dlm aktiviti apa saja yg kami lakukan...Kau tak pernah melupakan kami walau sesaat...jantung kami sentiasa berdegup..darah kami terus mengalir..udara terus masuk ke dlm saluran pernafasan kami...Kau sentiasa dekat dgn kami ya Qoreeb...Kau ya Waliy ya Wakil ya Baari' sentiasa menguruskan ciptaanMu ini..kamilah yg selalu menjauhiMu...tariklah kami ya Qoreeb..bawalah kami hampir kpdMu...di dunia, di alam barzakh sehingga ke syurgaMu...



Bila Saya Membebel Tanpa Mulut Tapi Dengan Tangan

By On 1:39:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Allhamdulillah.... dah lama tak beraktiviti dengan masyarakat sedangkan memang tugas saya sebagai abdi Al Khaliq mesti menjaga ummah...

Kelmarin, ada aktiviti dengan pelajar sekolah, sebagai alat kepada Al Baari' harus dijalankan tugas dan tanggungjawab itu jika berkesempatan. Ada juga hari yang tidak berkesempatan.

Allhamdulillah semua berjalan lancar. Sahabat-sahabat ustazah, sebagai alat Allah Ya Baari menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin.

Rasa tenang sangat bila dapat tolong dan menjadi alat Al Baari'....

Ya Allah Ya Baari' sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengatur hidup makhluk Mu, aturkan hidup hambaMu ini dengan kehendak Mu dan agenda Mu....

99 Energy Asmaul Husna
Allhamdulillah para pelajar tadi yang datang pun sangat mudah menerima dan mudah memahami apa itu, Asmaul Husna, dengan 99 energi Allah, insyaaAllah tiadak apa yang diperlukan dalam dunia ini selain mengikut kehendaknya.... Tak perlu energi dan motivasi daripada Yahudi dan Barat. 99 Energy Asamul Husna sangat energetik dalam kehidupan ini. Bila kenal Allah Ya Khaliq, anda akan mula tenang dengan hidup ini. Dunia seperti najis, nanah, ulat yang busuk, jijik untuk diletak di hati. Maaf jika anda para pembaca saya tidak dapat menerima apa yang saya katanya. Saya cuma umpamakan supaya saya tidak lalai dengan dunia, kuasa, wang ringgit, harta, pangkat dan segala macam yang diberi didikan dalam otak saya sejak kecil....

Sakit dan Penyembuhan Agenda Barat Yahudi
Petang tadi sesi usrah, banyak kami bincangkan tentang bidang perubatan! Sejak berapa bulan saya dah tak ambil panadol dan takkan ambil ubatan. Madu, habatus sauda, minyak zaitun, kurma, susu kambing, adalah makanan ubatan terbaik. Apa pun ubatan, suplement banyak diasah dengan batu, terutama jenama daripada luar negara. Walaupun mereka orang Barat/Yahudi cakap ubatan mereka berasas tumbuhan semulajadi, 100% jangan disemat percaya dalam otak kita. Agenda mereka ingin musnahkan orang Islam secara halus dari segenap apa bidang sekali pun, hiburan, duit, pangkat kuasa, fesyen, pendidikan sekular sekarang ni, consultant dan sebagainya banyak memesongkan kita daripada ajaran sunnah dan Al Quran.

Allah Ya Somad
Harus hati-hati, biarlah saya dikata kolot dan sebagainya. Saya cuma mahu belajar bergantung sepenuhnya dengan Allah Ya Somad.... tiap hari baca surah Al Ikhlas, faham dan semat betul-betul maksud surah itu!. Tiada apa ubat yang boleh sembuhkan sakit melainkan Allah Ya Fattah, Ya Salam Yang Maha MEbuka jalan penyembuhan. Suci hati, jernihkan hati, emosi akan tenang sakit pun tiada.... Kena faham kenapa Allah berikan sakit? dan sebagainya!

Hidup Lawan Arah Jam
Hiduplah ikut lawan arus jam, kerana urutan jam itu ikut Barat dan Yahudi yang buat. Kita sebagai orang Islam hidup mesti lawan arah jam sepertimana mengelilingi kaabah, dan cakrawala di atas sana yang juga ciptaan Al Khaliq seperti kita semua beredar di atas paksi tanpa tiang bergantung perpusng dengan lawan arah jam.

Hidup lawan arah jam, maksudnya sebagai contoh: 
kalau anda sakit, jangan sedih, gembira dengan sakit itu kerana sakit itu mensuci dosa, kasih sayang Allah pada anda, nikmat kerana masa sakit doa sangat makbur, sakit untuk menghapuskan dosa, menaikkan makan, meninggikan darjat, yang pertama kali bila sakit lafaz redha. Malaikat datang 70 ribu mendoakan anda. Bila sudah lafaz redha anda akan rasa tenang! itu lah hidup lawan arah jam. Tidak putus asa. Allah uji hambaNya kerana Dia mahu menambahkan pahala buat hambaNya, mahu sucikan hati hambaNya. Bila redha dengan apa yang berlaku, emosi tenang, dan seterusnya energy positif akan terpancar di dalam diri, anda akan sihat! Boleh sihat tanpa ubatan dadah itu!

Bila saya membebel laju jer tangan ini menaip, walaupun mulut saya ni susah nak bercakap.... hikhikhik



Bila Lelaki Nigeria Belanja Makan

By On 12:59:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Hari tu saya pernah cerita pasal lelaki Nigeria ni. Al maklum la, mana-mana universiti pun ramai foreign student.... tak terlepas la dari Nigeria dan Arab ni.

Hari Isnin, masa saya duk beli nasi, duk pilih lauk apa nak ambil, saya perasan seorang student Nigeria ni tengok lauk yang saya ambil. Bila saya ambil nasi yang ketiga dia belum siap ambil lagi. Dia angkat tangan tanya orang kat cafe sayur apa. Memandangkan orang kat cafe tak bersahut saya pergi dekat dia dan bagi tahu sayur sekian-sekian.... Dia setuju untuk rasa dan ambil.

Saya ke kaunter nak bayar, dia datang. Lalu terus mahu bayar saya punya. Saya cakap tak perlu kerana nasi saya tiga bungkus. Dia berkeras nak bayar juga, sampaikan kakak tauke cafe pun pening. Muka dia dah semacam bila berkali saya tolak. Akhirnya saya mengalah dia bayar juga nasi saya!

Kakak cafe tanya saya. Kenal ke? student ke? Tak kenal kata saya, baru jer kenal tadi, dia tanya sayur apa? Rasanya student baru, macam dia belum selesa dengan masakan Melayu.

Hehe.... bial balik saya cakap kat encik husband Nigeria student belanja nasi ni! Dia tanya kenapa? Ntah! Allah Ya Razzaq, Ya Rahman, Ya Rahim....



10 CPUV 29 Disember 2015

By On 12:15:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah... baru sempat buka blog, kelmain yang pax saya sangat gembira sekali dengan urusan yang Allah susunkan...

Bila buka nuffnang, saya lupa berapa nilai terakhir.... bila tengok ada CPUV baru kelmarin 29 Disember 2015....


Terakhir sebelum ni ada 6 biji kali ni dapat 10 sangat menarik pada saya yang baru dapat status glitterati ni...

Terima kasih Allah Ya Razzaq....



Melabur Saham Akhirat

By On 12:07:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum....

Tawaran !!!

SAHAM AKHIRAT UNTUK SAHABAT2
MEMBANTU Pusat Pentarbiyahan Warga Emas (BAITUL HANAN) Di Beserah, Kuantan, Pahang.

Buat pengetahuan sahabat2 sekarang penghuni Baitul Hanan seramai 7 orang dan akan bertambah dari masa ke semasa..
Kami memerlukan dana untuk menampung kos Operasi di Baitul Hanan..

Setakat ini kos bulanan Baitul Hanan:

Elaun pengurus #RM1000
Elaun warden #RM1000
Elaun pmbtu am #RM700
Duit dapur #RM800
Bil utiliti #RM500

Sumbangan Dibuat Atas Nama :
Pertubuhan Darul Hanan
Bank Islam 06019010095086

Untuk Keterangan lanjut sila Hubungi :
Rafidah (013-3923150)
Suhana (014 5324862)

Allahumma Ya Fattah Ya  Razaq Ya Ghoniy Ya Mugni

Semoga Allah Membuka Rezeki Untuk sahabat2 semua.
Amiin..



Monday, December 28, 2015

Kelebihan Zikir Asmaul Husna

By On 11:07:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Rutin nak tidur saya akan bacakan terjemahan Asmaul Husna untuk anak-anak saya.... Bila duk baca saya yang sebak sedu sedan....


Semalam saya baca nama Allah Al Fattah (Yang Maha Membuka), Al Alim (Yang Maha Mengetahui/Berilmu) dan Al Qhobidh (Yang Maha Menyempitkan).... Indahnya nama Allah..... Apa nama yang dominant dengan kita? ------>>>> baca sini 

Kelebihan Zikir Nama Allah
Antaranya dapat menghilangkan perasaan risau
Menyembuhkan penyakit kalbu

sepertimana dalam surah Ar Rad ayat 28, "ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram".
Nabi SAW sendiri menggalakkan kita supaya mengingati Allah kerana zikir kepada Allah adalah syifa al-qulub (penawar hati) dan alat pencuci hati. Lagi nabi menegaskan "perbanyakkan kalian mengingati Allah dalam segala hal. Sesungguhnya tiada amal yang menjadikan lebih cinta kepada Allah serta tidak ada amal yang dapat melepaskan hamba Allah dari kejahatan dunia dan akhirat melainkan zikir kepada Allah", (hadis dilaporkan oleh Tabrani)




Sunday, December 27, 2015

Nama 25 para rasul dalam 3 bahasa, Arab, Inggeris & Ibrani

By On 10:09:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Nabi Adam nabi pertama dana Nabi Muhammad saw nabi terakhir sama ejaannya...

Nama 25 para rasul dalam 3 bahasa, Arab, Inggeris & Ibrani

Ibrani ialah bahasa yang dipertuturkan oleh kaum bani Israel

Ni just sekadar info bahasa saja, sbb kita pernah dengar nama nabi yang digunakan oleh orang Inggeris,

Bagaimana pula nama nabi disebut oleh kaum bani Israel?

Nama nabi Muhammad S.A.W masih sama sebutannya dari 3 bahasa ni smile emoticon

Sumber : Wiyaz Mihaz



Replika Rumah Baginda Rasulullah SAW

By On 2:12:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Replika rumah baginda Rasulullah SAW.... sebagai tatapan, keinsafan, renungan kita semua....




Sumber: facebook


Aziz Desa Meninggal Dunia

By On 1:47:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



LANGKAWI: Bekas wartawan Berita Harian (BH) dan bekas pengacara TV3, Aziz Desa, 50, meninggal dunia kira-kira jam 10.50 pagi ini akibat masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis.  Perkara itu disahkan adik kandungnya, Azri Desa, ketika dihubungi sebentar tadi.

Sumber :beritaharian





Saturday, December 26, 2015

Rasulullah SAW Memuliakan Golongan Miskin

By On 12:25:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

sumber google
Ini saya ambil daripada kuliah Dr Wan dalam Entry ini

Sifat Rasulullah adalah pancaran Nur Makrifat, pancaran nama-nama Allah

Ar Rahman, Ar Rahim, Al Baab

Baginda menunjuk belas kasihan kepada semua sama ada para sahabat, atau pun musuh. Orang yang mencaci, melempar najis, ranting berduri, batu dan dahagakan darah baginda juga mendapat limpah kasih sayang dan simpati baginda.

Sikap Raslullah terhadap orang Miskin
Bagaimana kesantunan Rasulullah terhadap orang miskin sentiasa mendekati orang miskin
Melebihkan orang miskin daripada orang kaya. Mengajar cara pembahagian zakat kepada orang miskin.

Pesanan daripada baginda:
Khabarkan kepada orang miskin kaum muhajirin bahawa mereka juga akan memasuki syurga firdaus 40 tahun lebih awal sdaripada orang kaya. Sebab mereka masuk awal kita mesti memuliakan mereka.
Jika seluruh dunia ini penuh dengan orang kaya lelaki miskin adalah lebih baik daripada kesemua. Bagaimana mulianya orang miskin kerana Rasulullah dalam doanya pernah minta :  
Dilahirkan dalam miskin, hidup dalam miskin dan dimatikan dalam miskin dan esok dibangkitkan dalam miskin juga bersama golongan-golongan orang miskin.
Jangan menghina orang-orang miskin.
Jangan rasa terhina ketika kita miskin. Bagaimana nak rasa terhina sedangkan kita dalam kelompok Raslullah kumpulan miskin. Kemiskinan itu mulia tetapi miskin jasmani, hati itu kaya.

Kaya Hati
Kaya hati maksudnya boleh memberi apa yang kita ada, taka da duit berilah doa, berilah senyuman, berilah salam. Allah tak melihat duit ringgit sebanyak mana sekali pun. 



Friday, December 25, 2015

Hidup Mu Untuk Ummah, Hidup Ku Untuk Diri Sendiri

By On 11:42:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

sumber google
Ya Rasulullah kami ini ummah mu Ya Rasulullah
Namun cara hidup kami perjuangan kami tak seperti cara hidup mu perjuangan mu Ya Rasulullah
Ahklak kami tak sepertimana akhlak mu 
Mungkinkah kau akan mengenali kami di padang masyar kelak.
Ya Rasulullah hidup mu untuk ummah, kemiskinan, penderitaan, duri ranjau
Hidup kami untuk diri sendiri, keluarga, bersenang-senang, bergembira, bermewahan
Ya Rasulullah Engkau engkau hidup dengan kelaparan malah mengikat perut dengan batu
Malah kami sering mengejar kekeyangan
Tidur mu di atas pelepah kurma, bila bangun berbekaslah badan mu, untuk bangun sujud di pagi-pagi hari
Tidur kami di atas tilam yang empuk tanpa sedar hingga ke pagi
Oleh itu, Ya Allah Ya Majid, Ya Hamid Yang Maha Budi Pekerti Mulia, Yang Maha Terpuji kurniakan kami budi pekerti mulia dan sifat yang terpuji sepertimana Kau kurniakan kepada Nabi Mu Ya Allah agar kami dapat membuat kebaikan sepertimana Kau kurniakan pada Nabi Mu Ya Allah
Perjalanankan hidup kami dengan sederhana sebagaimana perjalanan hidup Nabi Mu Ya Allah dan
Jadikan perjuangan hidup kami sepertimana perjuangan hidup baginda membawa manusia sujud dan rukuk, membantu fakir miskin,,,, 




16 Sekeluarga Tidur Bergilir Dalam Sebuah Flat Satu Bilik

By On 10:01:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Sebahagian daripada ahli keluarga Abdol Wahab Musa yang terpaksa tidur bersesakan dalam flat kecil di Sentul, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 25 Disember, 2015.
Sebahagian daripada ahli keluarga Abdol Wahab Musa yang terpaksa tidur bersesakan dalam flat kecil di Sentul, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 25 Disember, 2015.
Disebabkan kesempitan hidup, Abdol Wahab Musa serta keluarganya terpaksa bersempit di dalam sebuah flat satu bilik di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sentul yang didiaminya sejak hampir 4 tahun lalu bersama 16 orang ahli keluarganya.
Wahab, 53, mempunyai 15 orang anak dan sebahagian daripadanya sudah berkahwin serta menetap di tempat lain.
Dia menyara kehidupan mereka sekeluarga dengan menjual air, makanan ringan dan buah-buahan tanpa lesen berdekatan Dataran Merdeka pada setiap malam dengan menggunakan bantuan daripada Baitumal sebanyak RM700 setiap bulan sebagai modal perniagaan.
"Anak-anak saya akan mula berniaga setiap malam dari pukul 10 malam sampai 6 pagi.
"Selepas habis berniaga, ada di antara kami – anak lelaki saya – akan tidur sekejap sebelum pergi bekerja pada siang hari," katanya ketika dikunjungi The Malaysian Insider di rumahnya.
The Malaysian Insider menemui Wahab dengan bantuan sebuah organisasi bukan kerajaan yang melakukan khidmat masyarakat dikenali sebagai Urusetia Menangani Gejala Sosial (Unggas) Kuala Lumpur.
Wahab berkata, setiap malam anak-anaknya akan menolak 3 hingga 5 buah troli berisi barangan perniagaan mereka dari Stesen LRT Sentul ke Dataran Merdeka.
Katanya, dia dan isterinya Ruslelawati Mohd Ali, 43, kini tidak dapat membantu berniaga seperti sebelum ini kerana menjaga isterinya yang perlu diawasi sejak wanita itu mengalami ketidakseimbangan mental 2 tahun lalu.
Ia berpunca daripada kejadian mereka dihalau berniaga oleh pihak berkuasa, ketika mana isterinya turut mengalami kecederaan di tangan.
Katanya, Ruslelawati mengalami ketidakseimbangan mental kerana trauma dengan tindakan keras pihak berkuasa berkenaan.
Abdol Wahab Musa mula berhijrah ke Kuala Lumpur sejak berusia 16 tahun dan tidak bercadang kembali ke tempat kelahirannya walaupun berhadapan dengan kesukaran. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 25 Disember, 2015.
Abdol Wahab Musa mula berhijrah ke Kuala Lumpur sejak berusia 16 tahun dan tidak bercadang kembali ke tempat kelahirannya walaupun berhadapan dengan kesukaran. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 25 Disember, 2015.
Doktor sarankan isteri saya duduk di rumah dan saya perlu sentiasa ada bersamanya supaya dia tidak melakukan apa-apa yang tidak diingini kepada anak-anak kami yang kecil dan 2 orang cucu kami," katanya.
Selain daripada itu, Ruslelawati turut menghidapi kencing manis dan darah tinggi.
Dia perlu mendapatkan rawatan untuk kesemua penyakitnya itu sebanyak 4 hingga 5 kali sebulan di hospital kerajaan, pada kos RM5 bagi setiap kali rawatan.
Namun pada bulan lepas, mereka akhirnya berjaya mendapatkan kad orang kurang upaya (OKU) mental untuk Ruslelawati selepas 2 tahun membuat permohonan.
Tidur bergilir dalam rumah tidak selesa
Ketika The Malaysian Insider mengunjungi kediaman mereka pada jam 10 pagi baru-baru ini, seramai 11 orang terdiri daripada anak menantu serta cucunya sedang tidur bergelimpangan di ruang tamu yang hanya sebesar kira-kira 11 x 12 kaki persegi itu.
Barangan perniagaan mereka turut dimuatkan di ruang yang sekangkang kera itu.
Wahab berkata, kerana keadaan rumah yang sempit, mereka terpaksa tidur bergilir dan kadangkala beberapa orang anaknya terpaksa menumpang tidur di masjid, surau, dataran atau kaki lima berdekatan.
"Mereka cakap, tak selesa tidur sempit-sempit macam ini. Tapi mereka akan balik ke rumah, sambung tidur, lepas salah seorang daripada mereka yang tidur di rumah bangun (daripada tidur)," katanya.
Keperitan hidup itu juga ditambah dengan bilik air yang mengalami kerosakan sebelum ini sehingga mereka sekeluarga terpaksa menggunakan tandas di stesen minyak berdekatan rumah itu.
Namun, selepas dibantu Zurianty Sudin dari Unggas baru-baru ini, bilik air di rumah itu kini dapat digunakan semula.
Anak berhenti sekolah seawal 13 tahun
Menurutnya, anak-anaknya memilih untuk menamatkan persekolahan pada usia 13 tahun kerana keadaan rumah yang tidak selesa untuk belajar dan kos perbelanjaan sekolah lain yang perlu ditanggung.
Seorang anak perempuan Abdol Wahab Musa menggunakan troli untuk menjual minuman dan makanan ringan di Dataran Merdeka. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 25 Disember, 2015.
Seorang anak perempuan Abdol Wahab Musa menggunakan troli untuk menjual minuman dan makanan ringan di Dataran Merdeka. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 25 Disember, 2015.
"Anak saya yang umur 12 tahun mendapat 3A 2B dalam peperiksaan percubaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Keputusan sebenar belum tahu lagi (ketika temu bual diadakan).
"Dia pun tak mahu sambung belajar, sebab susah belajar di rumah ini," katanya.
Bagaimanapun, Wahab berkata, anak sulungnya Nor Hanisah, 30, berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di peringkat ijazah sarjana muda.
"Dia tidak tinggal dengan kami. Tak datang melawat kami. Cuma hubungi kami sekali-sekala bertanya khabar. Mungkin dia malu dengan keadaan keluarga. Kami pun tak paksa," katanya seolah-olah menyembunyikan rasa sedihnya.
Perniagaan jaja makanan dan minuman mungkin pupus
Ditanya sampai bila mereka sekeluarga bercadang menjalankan perniagaan seperti itu yang berisiko dari segi keselamatan, Wahab berkata, anak-anaknya akan berhenti menolongnya berniaga selepas mereka berkahwin dan mendapat pekerjaan.
"Anak-anak saya yang sudah berkahwin kini mempunyai kehidupan sendiri. Manakala, mereka yang masih membantu saya berniaga setiap hari akan mendapatkan pekerjaan tetap dan akan meninggalkan pekerjaan ini.
"Contohnya, anak saya yang bekerja sebagai penjaga tempat letak kereta dan yang bekerja di pasar raya Speed Mart 99 sudah jarang membantu saya. Mereka banyak fokus pada kerja mereka.
"Lama-kelamaan, perniagaan tolak air (jual makanan ringan dan minuman) ini akan pupus. Mungkin hanya saya dan isteri sahaja akan mengusahakannya, kerana ini perniagaan kami," katanya.
Katanya, mereka menjana hasil jualan kira-kira RM300-RM400 sehari daripada perniagaan itu dan RM50-RM60 keuntungan bersih selepas membayar upah anak-anaknya serta menyelesaikan kos lain.
Isterinya kini turut memulakan perniagaan kecil-kecilan menjual nasi campur untuk menambah pendapatan mereka sekeluarga.
Tidak bercadang pindah ke luar bandar
Walaupun terpaksa menanggung kos kehidupan yang tinggi di bandar serta menanggung tunggakan hutang rumah sewanya sebanyak RM3,000, Wahab yang berasal dari Melaka itu nekad meneruskan kehidupannya sekeluarga di Kuala Lumpur.
Katanya, dia tidak mempunyai sebarang harta atau tanah peninggalan dan berpendapat kos kehidupannya di negeri kelahirannya akan berjumlah lebih kurang sama dengan sekarang.
Dia berhijrah ke Kuala Lumpur sejak usia 16 tahun manakala isterinya berasal dari Perak dan dibesarkan di bandar raya ini.
Zurianty yang kini membantu keluarga itu berkata, pihaknya tidak menyumbang dari segi kewangan tetapi sebaliknya dari segi membaiki kehidupan mereka.
Contohnya, dengan menyara pendidikan anak-anak Wahab, menanggung kos pembaikan rumahnya dan turut berusaha mencari rumah sewa lebih besar dan selesa untuk mereka.
"Setakat ini, saya rasa apa yang paling penting adalah pendidikan anak-anak mereka, sebab hanya pendidikan dapat mengubah kehidupan keluarga itu," katanya.
Beliau berkata, bagi 4 orang anak Wahab yang berumur 11, 9, 8 dan 6 tahun, pihaknya akan cuba mendapatkan mereka tempat di asrama anak yatim dan miskin.
Manakala, salah seorang anak Wahab yang berusia 15 tahun akan dihantar ke sekolah latihan kemahiran.
"Saya akan cuba dapatkan tempat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk anaknya yang mengambil UPSR itu, sekiranya dia dapat keputusan cemerlang.
"Bagi saya, untuk mereka meneruskan pelajaran, mereka perlu tinggal di asrama supaya dapat belajar dalam keadaan yang selesa," katanya. – 25 Disember, 2015.



Jagat, bukan filem 'biasa-biasa' - Hassan Muthalib

By On 9:12:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


KUALA LUMPUR: Bermula dengan filem The Journey, kini sebuah lagi filem tempatan bukan bahasa Melayu mendapat tempat di hati pencinta filem.

Sebuah filem Tamil, Jagat yang mula ditayangkan 17 Disember lalu dikatakan penuh dengan maksud tersirat dan pendekatan sinematik yang lain dari yang lain selain divisualkan cukup cantik di mata penonton.

“Bagi saya Jagat bukan filem 'biasa-biasa', ia filem luar biasa,” hambur pengkritik filem terkenal, Hassan Muthalib sewaktu ditanya pendapatnya mengenai filem arahan Shanjey Kumar Perumal itu.

Hassan yang cukup terkenal dengan kelantangannya menelanjangkan baik buruk sesebuah filem tempatan, kedengaran cukup kagum dengan karya Shanjey.

“Filem yang baik ada tiga kriteria, sama ada filem itu menghiburkan, memperkatakan tentang bangsa dan negara atau menceritakan mengenai sesuatu  budaya.

“Ketiga-tiga ciri itu ada pada Jagat,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Hassan yang meletakkan Jagat antara tiga filem terbaik tahun 2015 turut memuji bagaimana watak-watak yang dimainkan dalam Jagat dipersembahkan dengan syot yang kontra sebagai penekanan kepada peranan watak.

“Teknik yang dibawakan adalah satu pembaharuan buat filem kita selain kaya dengan bahasa filem tersendiri.

“Pujian harus diberikan kepada Shanjey kerana tidak ramai antara penonton yang mempunyai ilmu dalam filem dan tanggungjawab karyawan untuk membawa ilmu itu kepada mereka yang menonton. Shanjay berjaya melakukannya,” katanya.


Hassan turut menyeru semua karyawan untuk menghasilkan filem yang lahir dari hati mereka sendiri demi memastikan nyawa industri filem Malaysia terus terbela.

“Ini filem yang perlu diberi perhatian. Banyak karyawan baru hadir memberikan impak yang baik kepada industri dan menghasilkan filem yang bukan hanya menterjemahkan teks kepada visual. Ini sesuatu yang bagus untuk industri.

“Mereka (karyawan baru) menghasilkan filem bukan semata-mata memenuhi kehendak penonton tetapi filem yang dekat dengan hati mereka sendiri. Itu sebab ia terhasil dengan lebih baik,” katanya.

Sebelum ini, filem Jagat dilaporkan diberi waktu tayangan yang tidak wajar oleh pempamer seluruh negara kerana mendakwa lebih tumpuan diberikan kepada filem luar negara.
Kata Hassan, kerajaan juga perlu mewujudkan sebuah panggung wayang khas untuk filem-filem tempatan agar sistem monopoli yang selama ini membebankan karyawan tempatan terhapus.

“Sudah berpuluh tahun industri filem luar negara ‘membuli’ industri kita. Sudah tiba masa kita perlu ada panggung sendiri,” tegasnya.

Bagi tahun 2016, Hassan turut memberitahu beliau menantikan dua filem tempatan menyeri industri.

“Saya tunggu filem ‘Redha’ karya pengarah baru Tengku Mona dan 'Highway To Hell' arahan Mamat Khalid.”

Sumber : astroawani


Tips Minum Sunnah Rasulullah SAW

By On 12:48:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

sumber facebook
Minum Cara Sunnah
  1. Membaca "Basmallah" sebelum, memuji Allah selepas minum.
  2. Minum duduk.
  3. Minum dengan tangan kanan.
  4. Minum dengan 3 nafas.
    •  Abra' (Melepaskan penyakit)
    •  Arwa' (Menghilangkan kehausan)
    •  Amra' (Menguatkan sistem pencernaan)
  5. Minum air selepas minum susu (atau minuman yang berlemak)
  6. Membaca doa selepas minum. 
 الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَهُ عَذْبًا فُرَاتًا بِرَحْمَتِهِ  
 وَلَمْ يَجْعَلْهُ ملحًا أُجَاجًا بذنوبنا 

"Segala Puji bagi Allah yang telah menjadikan air yang baik dan segar dengan rahmatNya, dan tidak menjadikan ia masin dengan dosa-dosa kami"

Sumber : Farid108


Thursday, December 24, 2015

Rasulullah SAW Ketawa Sehingga Menangis

By On 1:44:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

sumber google
Umar bin Khattab  adalah salah  satu sahabat Rasulullah  Saw ketika  sebelum masuk Islam sangat ditakuti pengikut Muhammad. 
Namun  setelah  masuk  Islam paling ditakuti musuh-musuh  Islam pada zamannya. Bahkan dari hadits diriwayatkan Turmiziy  dikatakan syaitan pun  takut berpapasan dengan Umar.
Kisah Umar dan Rasulullah 
Suatu ketika Rasulullah berkumpul dengan para Sahabatnya, beliau bertanya : 
“Siapa di antara kalian yang boleh membuat aku tertawa ?,” 
maka  jawab Umar : 
"Saya ya Rasulullah ,” kata sayyidina Umar.
Umar  di hadapan Rasulullah dan  sahabat lainnya berkata, "dahulu sebelum aku mengenal Islam, aku pernah membuat patung  berhala  dari manisan. Sewaktu lapar,  aku memakan berhala tersebut mulai dari kepalanya, tangannya hingga tak tersisa.” Mendengar cerita itu, Rasulullah tertawa  hingga kelihatan gigi gerahamnya.
Rasulullah bertanya lagi, ”di mana akal kalian waktu itu?,”  
Umar menjawab, “akal kami memang jenius tapi waktu itu yang menciptakan alam menyesatkan kami”.
Kemudian kata Rasulullah, ”ceritakan kepadaku hal yang membuat aku boleh menangis."
Umar menuturkan, “dahulu aku punya seorang anak perempuan, aku ajak anak tersebut ke suatu tempat. Tiba di tempat yang aku tuju aku mulai menggali sebuah lubang, setiap kali tanah yang aku gali mengenai bajuku, maka anakku membersihkannya. Padahal dia tidak mengetahuinya bahwa sesungguhnya lubang yang aku gali itu adalah untuk menguburnya hidup-hidup, sebagai  persembahan berhala. Setelah selesai menggali lubang aku kubur anak perempuanku hidup-hidup,” Cerita Umar.

Mendengar cerita itu Rasulullah meneteskan air mata, sementara Umar terlihat dari raut wajahya menyesali  perbuatan  jahiliyahnya sebelum mengenal Islam. Sebelum Umar masuk Islam, Rasulullah pernah berdoa untuk keislaman Umar.

"Ya Allah, muliakanlah/kukuhkanlah Islam ini dengan salah seorang dari dua orang yang paling -Engkau cintai, Umar bin al-Khaththab atau Abu Jahal bin Hisyam" (HR  at-Turmuziy (dan dia menshahihkannya) dari Ibnu Umar , ath-Thabraniy dari Ibnu Mas'ud dan Anas).

Ternyata, yang paling dicintai Allah adalah Umar . Wallohu a’lam bishshawab.
Sumber : harianterbit


Popular

Follow by Email