Enter your keyword

Wednesday, September 30, 2015

Iklan, Copy Iklan dan Gender

By On 9:45:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Iklan tv...
aku tak tahu kenapa sejak kebelakangan hawa telinga ku amat sensitif dengan copy iklan.... nak marah pun ada gak.... walaupun aku sendiri mengajar subjek iklan, tapi tetiba otak aku swing bila dengar hebatnya produk itu dan ini....


kenapa perlu tukarkan pandangan masyarakat dan percayakan produk itu dan ini berkesan dan sebagainya.... bila jer dengar bebarapa iklan yang memuji produknya terbaik, aku tak boleh nak terima akal.... kerana bagi aku hanya Allah sahaja yang maha berkuasa bukan produk itu dan ini... kadang-kadang aku malu tengok pelakon iklan promosikan produk dengan pelbagai gaya.... ramai pelakon iklan dari gender wanita.... tak rasa ke eksploitasi wanita dalam pelbagai aspek....

maaf.... jika ada tersinggung dan kurang sependapat dengan ku.... itu hanya apa yang aku rasa tak semestinya betul kerana aku juga hamba yang hina tak boleh nak fikir tak ada ilmu, jahil, kecuali Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid.

Pertama Kali Ke Pendang : Motivasi Pelajar SPM

By On 7:23:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah....
Allah Ya Kabir Ya Mutakabbir

Hari ni Allah Ya Baari' agendakan saya dan sahabat ke Sek Men Keb Sg Tiang Pendang Kedah. Kali pertama saya ke Pendang ni. Selama ni duk lalu kat highway duk nampak papan tanda Pendang ja....

Bertolak dari Sekolah Sintok pukul 7.00 pagi selepas hantar kakak Amani ke sekolah.... Kali pertama juga kakak p sekolah awal lum pukul 7 dah bertolak dari rumah. Katanya kakak orang pertama datang kelas.

Walaupun sesat bila nak sampai Sg Tiang tu, aku sangat bersyukur dapat melihat keindahan Allah Ya Badi' sejuk mata memandang kehijauan bukit bukau ciptaan Ya Khaliq Ya Baari' Ya Musowwir.... menginsafkan diri yang hina ini.

Program motivasi untuk pelajar SPM Sek Men Keb Sg Tiang berjalan lancar, walaupun tujuan dan matlamat belajar mereka bercelaru pada mulanya. Allhamdulillah semoga mereka sedar matlamat sebenar mengapa perlu belajar? kerana..... untuk menuju syurga Allah sebagai abdi yang sejati serta khalifah Allah yang memperjuangkan ummah...... Semoga mereka semua berjaya dunia kahirat. Terima kasih buat semua warga pendidik, guru-guru SMK Sg Tiang....

Aku terpaksa balik awal bergegas ke Sintok ambil kakak balik sekolah. Petang ada satu lagi seminar di Unimap tapi tak tahu kenapa petang ni aku sangat penat, mengantuk.... tiba di rumah, aku terus landing sambil zikir terus terlelap. Rasanya aku lelap dalam 10 minit kot. Bila bangun aku rasa amat segar sekali walaupun dikejutkan oleh anakku.

Subhanallah, hebatnya Allah bagi rehat sedikit dengan rasa kepuasan yang cukup. Terima kasih Ya Rabb....



Tuesday, September 29, 2015

Saya Belajar Asmaul Husna kerana.....

By On 8:37:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Menjawab persoalan mak dan semua kenapa saya belajar Asmaul Husna....
Sebenarnya, pada mulanya saya juga tak tahu kenapa....
Allah Ya Baari' Yang Maha Menyusun semuanya....

Pada tahun lepas 2014 bulan Mac saya mula kenal dengan Asmaul Husna


tercatat kat buku ini, pada 4 Mac 2014 saya mula tertarik dengan tajuk seminar Cemerlang PhD dengan Penghayatan Asmaul Husna


Buku pertama saya beli dan di sini la bermulanya saya mengenal Asmaul Husna (dan Allah mempunyai nama-nama yang baik iaitu Asmaul Husna, berdoalah dengan menyebut-nyebut namaNya) surah Al A'araf ayat 180.....

Bila saya menghadiri seminar tersebut, saya tak jangka dan tak bayang, tak pernah terfikir dek otak saya yang cetek ini tentang apa yang saya sedang dengar ketika itu. Saya bukan diperkenalkan dengan ilmu Asmaul Husna untuk menjadi pelajar cemerlang, malah saya didedahkan dengan mengenal diri saya sendiri....

Ya Allah Ya Kabir Ya Mutakabbir....
Hidup saya 34 tahun tak pernah kenal diri saya siapa???

Tahun 2007 mula saya kenal  dan berjinak dengan blogging, saya selalu cakap dalam blog saya nak cari diri saya siapa???

Saya menangis tersangat semasa Prof Madya Dr. Wan Maseri membaca bicara hati membawa saya mengenal 

1. Siapa diri saya?
2. Kenapa saya dilahirkan dan apa tugas saya di dunia?
3. Kemana saya akhirnya?


Tiga persoalan ini memang tidak dapat lari daripada diri kita.....
Selama ini diri saya terhijab tak tahu apa matlamat hidup saya. Apa yang saya tahu belajar tinggi dapat naik pangkat, hidup senang, tolong keluarga.... that all....

Rupanya semua itu tak penting!!!

itu bukan matlamat hidup kita seorang hamba yang sebenar

JAWAPAN
1. Kita hamba/abdi/khadam & khalifah Allah swt

2. Tugas sebagai hamba/abdi/khadam & khalifah
hidup seorang hamba/abdi/khadam, jika tuannya beri makan ada la makan, jika tuannya beri pakai, ada la pakaian. Hidupnya hanya untuk tuannya sahaja.....

tugas khalifah mesti meneruskan perjuangan Ar Rasul.... Rasulullah saw. Memperjuangkan ummah, menolong fakir miski, anak yatim, ibu tunggal, memperjuangkan agama.... 

3. Menuju Syurga Allah swt

Namun, terhijab tak faham dan tak tahu tentang tujuan hidup kita sebenarnya di dunia ini, yang membuatkan kita merasa kita lah tuan di dunia..... Apa yang kita nak semua kita akan dapat.... 

Astagfirullahalazim....

Bila saya dah faham semua ni! saya tahu tujuan saya belajar bukan untuk naik pangkat naik gaji ada rumah besar kereta besar, tapi platform untuk menyambung kerja sebagai khalifah Allah yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw..... 



Buat Apa Belajar Asmaul Husna?

By On 12:13:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hehe.... tajuk entry cam soklan...
memang soalan pun
Soalan mak aku yang diajukan kepada ku!
Lebih kurang macam tu la bunyinya....

Aku belajar Asmaul Husna tu untuk aku guna mengajar ke?

Memula dengar soalan yang diajukan, aku memang terkejut, sedikit emosi...
Tak layak ke aku belajar kenal Allah dengan namaNya Yang Baik iaitu Asmaul Husna
mengikut surah Al A'raf ayat 180

Memag aku belajar filem, aku tak pernah belajar pendidikan arab. Aku sekolah basa alira satera lak sampai la tingkatan 6. Lamgsung tak belajar tentang ilmu agama melainkan pendidikan Islam.... lebih-lebih lagi bidang pengajian aku pengajian skrin. Apa masalahnya kalau aku nak kenal Allah.... aku akan guna Asmaul Husna semasa aku mengajar pada pelajar ku nanti..... InsyaaAllah....


Kesian mak aku!


bersambung........

Monday, September 28, 2015

Dugaan Ujian Di Ambil Dengan Rasa Gembira

By On 11:40:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Salam Kasih Sayang Ar Rahman Ar Rahim
Dah lama tak bersua mencoretkan kata bicara

Salam Aidiladha
walaupun hari ni dah hari 15 Zulhijjah

Allhamdulillah
Allah Ya Syakur, kurniakan lagi umur ini
masih bernafaz

aku yakin dengan janji Allah.... terima kasih Ya Rabb, apa jua dugaan yang Kau berikan, tabahkan hati ku, kuatkan hati ku, kerana itu semua adalah penyucian dari dosa-dosa ku... di mana jika kita tolong agama Allah, insyaaAllah Dia akan mempermudahkan urusan kita...

Aku selalu detik dalam hati ini janganlah aku diberi dugaan dari segi wang ringgit kerana aku tak mampu nak mengatasinya. Namun, sekarang dugaan itu yang datang kepada ku. Aku lepaskan genggaman terus berlapang dada.... kerana aku readha Allah Ya Baari' Yang Maha Menyusun segalanya, Dia Ya Alim Ya Hakim,,,, Yang Maha Megetahui lagi Maha Bijaksana.....

Segala dugaan yang diberiNya buat aku melambangkan betapa Dia Sayang dan kasih pada aku yang hina lagi fakir ini....

Subhanallah..... Allahuakhbar.....

Friday, September 18, 2015

Esok Seminar Sihir Melalui Teknik Penghayatan Asmaul Husna

By On 7:19:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Esok Seminar Sihir Melalui Teknik Penghayatan Asmaul Husna
Hotel Tabung Haji Kepala Batas Alor Setar


Beg Dan Kad Kredit Saya dah dijumpai

By On 8:52:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Allhamdulillah...

Salam sayang


Yang Besar itu Allah Ya Kabir Ya Muttakabbir, kita hamba yan rendah lagi hina....

Kelmarin, saya baharu berkesempatan untuk ke maxis centre mengambil simcard baru..... dek nak beli henset baru, polis call bagitau dah jumpa beg ku.... aku agak maybe jumpa wallet sahaja kot....

Sampai di balai polis
dengan berdebar bila sampai di balai polis, polis bagi aku seorang sahaja pergi jumpa sarjan yan bertugas.... bila masuk biliknya dia tunjukkan wallet aku, tp aku dah nampak tali beg carlo rino aku kat bawah tepi meja dia... dia suruh aku tgk apa lagi yang ada... aku cakap handbeg saya.... lepas tu dia ambilkan.... aku check semua barang aku pencil box, buku, beg kuning.... dalam beg kunin macam-macam barang ada satu pun tak de yang hilang... yang hilang cuma henset aku, dan duit ringgit... syiling pun dia tak ambil,,,, pendrive buku, tag crew. semua ada.... casing henset pun dia tinggalkan.... yang paling best..... ada dua resit kad kredit yang dia guna..... resit pertama RM2756 dan resit kedua RM1113.70,,, dengan confident aku cakap kat polis yang RM2756 tu bukan akupunya... cincin dan rantai tangan pun dia tak ambil.... polis tanya ni cincin awak punya.... ya, jawab ku terus aku pakai kat jari.... memang la dia tak ambl sebab cincin n gelang tangan tu zhulian punya... hehehe... aku pun tak pakai gelang tangan tu... cuma selalu pakai cincin tu kerana cincin tu simple...

Allhamdulillah....

Selepas semua selesai aku, balik dalam kereta baru aku check resit kad kredit tu dan terkejut resit pertama RM2756 tu nama aku!.... trus aku cuak, bank xde mention pulak yang ni.... bila tgk masa transaction tu lebih awal dari transaction pertama.... terus minta henset husband aku nak call bank.... husband aku lak tertinggal beg henset kat balai polis... patah balik ambil.... huhuhu

Kad Kredit
Bila call bank, line tak clear, tanya lak soalan yan tak masuk akal orang bank ni,,,, aku dah buat report segala bagai dah hantar repute form kat bank ada ke tanya aku kat mana aku guna kad kredit.... aku cakap, aku tak guna kad kredit tu, kad kredit hilang..... then line tak clear antara kedah dan perlis... sampai rumah baru aku call semula, satu hal bank ni nak call punya susah, banyak sangat kena tembus operator walaupun direct line.... bila check, resit yang RM2756 tu tak sah... Allhamdulillah lega rasa.... tapi yang pening dgn bank ni..... dia kata kes aku masih dalam siasatan.... cz borang yang aku hantar tak lengkap tak tulis nama tempat penggunaan kad kredit tersebut.... aku cakap kat kredit itu hilang, aku tak tahu nama tempat, dan pihak bank lagi arif dapat check dan tahu tempat.... skang ni aku baru saja ambil barang2 aku kat balai polis ada orang jumpa kat masjid, dan dalam beg aku tu ada resit penggunaan kad kredit tu.... kalau aku tak jumpa resit tu, pencuri tu buang mana aku tahu tempat kedai henset mana pencuri tu guna..... lepas tu dia suruh aku send semula repute form dan tulis nama kedai.... aduh... pening..... dah la kita kena charge dan bayyar dulu penggunaan tu...... ambil kes nak elak dari pihak bank nak tanggung jer..... dia pesan kalau kehilangan report cepat2... memang la aku report cepat dalam setengah jam berlaku.... nak report satu persatu bank uuntuk blok ingat 2, 3 minit ke.... nak kena lalui operator bagai, pengesahan bagai.... mesti la take time.... bukan 1 bank..... dah sampai bank kad kredit tak sempat blok, bila call dah ada transaction, salah aku ke.... satu soalan lagi, ada ke tanya aku macamana buat pembayaran kad kredit.... haduiii.... aku cakap itu kad kredit baru, saya belum pernah guna dan belum pernah bayar.... Allah Ya Baari'.... husband aku lak cakap, kenapa kad kredit ni tak ada safety? pihak bank kata memang macam tu encik kalau hilang, memang kena buat report awal.... tak menjawab soalan....

Apa pun aku serah segalanya pada Allah Ya Baari'..... Dia Ya Malik Ya Wakil....

Allhamdulillah... Allah Ya Syakur.....


Wednesday, September 16, 2015

Novel Suami Aku Ustaz Sudeh Diterima

By On 12:44:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamualaikum dan salam kasih sayang Ya Rahman Ya Rahim.... beberapa hari yang menyibukkanku....

Allhamdulillah
Segala puji bagiNya....

Sesungguhnya diri ini rendah hina kerana Dia Ya Aliy, Ya Mutaali, Ya Adzim


Allah Ya Syakur hari Ahad yang lalu 13/9/15, ku telah terima kiriman pos hadiah dari Bunda yang menganjurkan segmen tersebut dan Karyaseni berupa novel Suami Aku Ustaz.... Maaf sangat Bunda lambat update dan tak dapat lagi nak tag kat telegram disebabkan ku belum ada handphone dan no phone pun belum sempat pergi ambil kat maxis centre....

Apa pun InsyaaAllah akan di update kemudian....


Wednesday, September 9, 2015

Beg Kena Curi Kad Kredit Diguna

By On 11:25:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



moral of the story
Aku hilang perlindungan Al Waliy kerana aku juga tidak mengendahkan Al Waliy..... Ampun kan aku Ya Allah kerana aku lost dari Mu yang sentiasa melmindungi.... Sucikan bersihkan jernihkan hati ku dengan berhala dunia Ya Allah Ya Quddus Ya Jalil....

Saturday, September 5, 2015

Seminar Sihir Melalui Teknik Penghayatan Asmaul Husna

By On 11:23:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Allhamdulillah
Seminar ni kali kedua diadakan.
Kali pertama di buat di Johor lebih kurang sebulan yang lepas.
Mendapat sambutan dan permintaan, dianjurkan pula di Utara Semenanjung di Kedah.

Tarikh : 19 September 2014
Vanue : Hotel Tabung Haji (Kepala Batas) Alor Setar
Yuran : RM100 sahaja (makan+minum pagi dan tengahari)
Penyertaan kepada umur 18 tahun ke atas sahaja


Seminar ini sebenarnya bukan untuk sihir khasnya, tapi untuk kita sebagai hamba Allah mengenal Dia Ya Khaliq, Ya Baari' yang menciptakan kita yang menyusunkan hidup kita dan bergantung hidup sepenuhnya kepadaNya.....

Kalau anda di Utara tanah air jom join Seminar ini untuk kenal Dia Ya Khaliq malah kenal diri kita yang abdi dan khalifahnya....

Segala butiran ada dalam poster....




Friday, September 4, 2015

Mengambil Energy Belajar Dari Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid

By On 8:35:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hari Selasa lepas aku ke USM.....


Masa bersunyian di balik rak buku perpustakaan hamzah sendut 1 usm.... Mengambil energy Allah Ya Alim Ya Hakiim Ya Rashid melalui buku - buku kiri kanan transfer terus masuk ke otak ku sederas tsunami... boleh tak gitu.... Bila en daddy tgk aku bawa buku byk terus dia kata mama pinjam buku bukan baca pun..... hahaha.... Di balik rak yg gelap itu satu jalan yg lurus yg telah terbentang terus mendapat nuur Allah Ya Nuur Ya Haadi... itu ada lah benar ilmu Allah ke jalan yg lurus iaitu jln syurga....


Energy Al Matin Dalam Kehidupan

By On 8:30:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Salam Jumaat


Assalamualaikum. Allahumma ya Matin yg maha Teguh. Sesungguhnya Engkaulah yg mencipta alam buana yg teguh ini. Planet2 berputar diatas orbit dgn teguh, gunung ganang diteguhkan olhMu ya matin sebg pasak bumi, bangunan2 dibangunkan dgn teguh olhMu ya matin. Sekiranya Engkau mengambil balik daya keteguhan ini, akan runtuh dan hancurlah segalanya. 


Ya Matin, Engkaulah yg meneguhkan tubuh ini sehingga dpt berdiri teguh diatas bumiMu ini yg Engkau teguhkan. Sekiranya Engkau menarik balik daya keteguhanMu ini, akan lumpuh dan tersungkurlah kami. Sekiranya bumi ini Engkau menarik daya keteguhanMu, akan retaklah bumi ini dan runtuhlah dan tumbanglah segala bangunan dan kehidupan. Ketika Engkau menarik balik daya keteguhan pd langit, akan runtuhlah langit ini dan hancurlah bumi dan isinya.


Allahumma ya matin, teguhkanlah hati ini yg sering tidak yakin kpMu, teguhkanlah hati yg sentiasa ragu dgn kasihsygMu, kebijaksanaanMu, kehebatanMu. Hati yg sering resah gelisah ini apabila menerima ujianMu, teguhkanlah ia ya Allah ya Matin. Ya Matin, Teguhkanlah perjalanan kami menuju kpMu dlm mencari redhaMu, teguhkanlah hati ini dlm memegang prinsip2 yg telah Engkau gariskan dlm Al Quran dan Hadis.
- Dr Wan Maseri

Popular

Follow by Email