Enter your keyword

Monday, August 31, 2015

Book Review : 99 Kecerdasan Berasaskan Asmaul Husna

By On 7:57:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah...


Allah Ya Syakur, terima kasih beri pinjamkan aku buku ini.... Dah lama mencari, ketemu jua..... 99 Kecerdasan Berasaskan Asmaul Husna, mengupas 99 nama Allah dengan terperinci. Jika kebanyakan buku Asmaul Husna banyak menyatakan setiap nama dibaca atau zikir sebanyak itu dan ini akan jadi itu dan ini dengan izin Allah.... fikiran ku yang dangkal lalu mempercayainya.... Namun, bila aku belajar dan belajar aku mula faham bahawa hati yang suci dan bersih mudah dapat apa yang Allah mahu berikan disertakan dengan keyakinan yang tinggi pada Allah swt....

InsyaaAllah buku ini dapat memberi panduan untuk aku dan anda yang mahu mengenal Allah melalui nama-namaNya yang baik.....


Sunday, August 23, 2015

Conference Dunia VS Conference Akhirat

By On 12:08:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Alhamdulillah.... minggu lepas minggu yang sang pax Allah Ya Baari' susunkan.... Bersyukur sangat meninggalkan conference dunia bersama conference akhirat. Walaupun tiada kata Istanbul Aku Datang, namun Allah Ya Baari' mengaturkan urusan ku ke Perlis.

Conference Akhirat
Sebelum Istanbul Aku Datang, hati ku memang berkecamuk berbelah bahagi.... Allhamdulillah, bila berserah pada Allah Dia Ya Baari mengatur segala urusan kita akan yakin dengan Nya. Dua hari di "Program Dari Hati Ke Hati 3.0 : Memperkasa Wanita Dengan Penyelidikan Melalui Teknik Terapi Kecerdasan Spiritual" yang diajurkan oleh Pusat Pengajian Komputer dan Kejuruteraan Komunikasi, Unimap Perlis yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia pada 13 dan 14 Ogos 2015.


Conference ni adalah kali ke 3 selepas kali kedua pada bulan Mei yang lalu dan yang kali pertama pada bulan Oktober tahun lepas. Kedua-dua itu dianjurkan oleh Universiti Utara Malaysia. InsyaaAllah, untuk kali ke 4 akan diajurkan oleh Universiti Teknologi Malaysia, Skudai akan datang.

Qiammualai
Salah satu sebab aku memang hati berbelah bahagi untuk ke Istanbul kerana "Qiam".... Aku belum pernah qiam bersama Prof. Wan.... seminar yang lepas dan jika Prof datang Kedah pun aku tak berkesempat qiammulai dengan Prof. Kali aku mesti grab...... Membawa husband dan anak-anak bersama bermalam di Hotel Seri Malaysia atas tiket crew aku bersyukur sangat Allah Ya Baari' susunkan segalanya untuk ku dan keluarga. Qiammulai yang sangat indah bila dapat rasakan Allah berada dekat dengat kita. Dari 3.30 pagi hingga Subuh dan sampai Dhuha. Sangat hebat energy Allah Ya Aziz Ya Qawiy Ya Matin, sedikit pun tak ada rasa penat dan mengantuk!!!

Reward Untuk Keluarga
Anak-anak seronok dapat holliday sama.... kami jarang bercuti walupun duk tengah fulltime cuti ni setakat ni Allah Ya Baari' belum susunkan untuk erti holiday. Kalau bercuti tu sambil bekerja la namanya.


BAnyak aku belajar dari conference akhirat ni.... walaupun ini kali ketiga aku, tapi aku tahu setiap kali pergi mesti Allah akan bagi ilmu baharu dan baharu...


Budak-budak ni memang seronok ler dapat makan-makan dan mandi pool....


Hari kedua kami dapat check out pukul 7 petang..... Allhamdulillah... habis conference pukul 5 lebih......

Paling Terkesan
Bila qiam dan tayangan video "Siapa Kita"

video

Video ni Allah Ya Baari' menjadikan aku alat untuk mngatur mengeditnya.... sahabat suruh aku tunjukkan video ni pada prof semasa para peserta membentangkan proposal mereka.

Tiba-tiba prof, suruh aku present masa last sesi. Masa tu Allah sahaja yang tahu, betapa takutnya aku! kena present!!!

Prof. kata semua kena tengok video ni.... 

Memang Allah Ya Baari' maha mengatur segalanya....

Last sesi bila tayang video ni ditayangkan aku yang sebak sebenarnya. Sebab sebab itu lah aku! sebak sebab tak sangka akan ditayangkan pada semua peserta pada hari tersebut.

Habis conference, ada peserta datang pada ku bagitahu "akak nangis tau, tengok video tu".... Dia nangis sebab dia sudah dikuliahkan oleh Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid sebelum tu.....





Tuesday, August 11, 2015

Gulai Kuning Ikan Jenahak

By On 9:14:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum... salam sayang....
update resepi

Gulai Kuning Ikan Jenahak



Gulai ni en husband yang masak
Seronoknyer bila penat balik ofis, tengok en husband duk dapur masak
ada ler peluang relex skit,,,, hehe
Ikan jenahak ni jiran belakang rumah yang bagi. terima kasih Ya Razzaq
Sebelum ni aku memang tak kenal ikan ni, kat kelate tak tahu ada ke tak, tapi memang aku tak tahu atau aku ni jarang pergi pasar. entah la..... 

Bahan-bahan
Bawang putih
Bawang merah
Lengkuas
Halia
Kerisik
Serai
Santan
Karot/Bendi/Tomato (terpulang)
Kiub ayam
Minyak masak untuk tumis

Caranya
Korang hiris semua bahan tu, agak-agak la berapa ulas dan berapa banyak..... biasa en husband masak main campak jer, aku main belasah jer... janji siap boleh makan.... hehehe
Tumis dulu, then masuk kerisik, santan, kemudian air.... last sekali masuk sayur yang anda suka..... biasanya en daddy dan aku masak suka buh karot coz anak-anak boleh makan....
Senang jer, masak gulai ni..... 


kena lak make nasi ngan budu ulaman ni perggghhh harus dua kali tambah.... yang panjang-panjang tu ulam petai belalang, pucuk ketereh dan kacang botol atau kelisa....

harus le gomukkkk dak yer.... makan bertambah....
Apa pun nak buat cuka zikir Asmaul Husna Allahumma Ya Khaliq, Ya Baari, Ya Mussowwir kerana DIA yang maha menciptakan sesuatu, menyusunkan kejadian semua makhluknya dan yang maha merekabentuk.

 Harus jadi la masakan u all.... selamat beramal dan berzikir mengingatiNya.

Sunday, August 9, 2015

Cempedak Goreng

By On 4:49:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Buah cempedak dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Saya budak baru belajar
Kalau bijak apakah buah ini?


kekeke.... sudah terang lagi bersuluh
musim sejuk hujan cam gini memang sedap ler makan cempedak goreng ni?


Allhamdulillah terima kasih Ya Razzaq, hantarkan cempedak untuk kami....
Adik dan kakak Amani memang suka sejak musim cempedak ni. Kat sekolahnya pun ada jual cempedak goreng, laju jer aku tengok kakak Amani makan. Suka rupanyer budak ni kat cempedak goreng ni.... Adik Zara pun sama, minggu lepas jiran bagi cempedak goreng cepat jer dia makan. Ok anak-anak hari ni mama belikan cempedak ni, InsyaaAllah kita goreng sesama k... RM3 sekilo kat tempat ku.... dua biji ni kecil dan besar dapat RM10....

Terima kasih Ya Rabb, Ya Syakur....
Kau berikan dan sampaikan jua rezeki ini pada hamba Mu yang lain..... aamiinn...


Kapal tangki MT Jaoquim dipercayai hilang

By On 12:47:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

KUALA LUMPUR: Sebuah kapal tangki membawa minyak, MT Jaoquim, dipercayai hilang di perairan Selangor, awal pagi tadi. Kehilangan kapal tangki terbabit mungkin berkait dengan aktiviti rompakan. 

Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dijadual akan mengadakan sidang media pada jam 11 pagi ini bagi memberikan penjelasan berhubung kapal terbabit. Pada 11 Jun lalu, sebuah kapal tangki yang membawa muatan 6,000 tan petrol termasuk RON95, MT Orkim Harmony, dirampas oleh lanun di perairan Tanjung Sedili, Johor, dalam perjalanan ke Pelabuhan Kuantan dari Melaka.


Kapal dengan 22 anak kapal kemudiannya dibebaskan dan sekumpulan lanun yang didakwa bertanggungjawab ditangkap di perairan Vietnam

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/73450

Jom Kenal Al Mujib Yang Maha Mengabulkan

By On 9:58:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



[Forwarded from Wan Maseri Wan Mohd]

Assalamualaikum. Allahumma Ya Mujib, sesungguhnya Engkau yg maha mengabulkan permintaan, doa dan rintihan hamba2Mu. Tiada suatupun permintaan kami yg Engkau abaikan walaupun banyaknya permintaanMu, arahanMu dan laranganMu yg kami abaikan. Engkau ya Mujib menunggu2 saat2 dipagi hari utk kami menadah tangan dan menyungkurkan diri kpMu memohon segala permintaan bg segala masalah dan cabaran hidup kami. Ya Mujib, Engkau mengabulkan permintaan kami yg baik2 utk akhirat dan dunia kami kerana Engkau Maha Baik ya Barr dan Engkau tidak akan mengabulkan permintaan yg tidak baik bg akhirat utk kami walaupun kami rasakan kebaikan utk dunia kami. Engkau ya Mujib ya Baari' mengabulkan mengikut masa yg Engkau tentukan kerana Engkau ya Alim ya Hakim ya Rashid maha mengetahui apa yg terbaik dan masa yg terbaik utk hamba2Mu. Ya Allah ya Mujib, walaupun Engkau mempekenalkan diriMu Maha Mengabulkan, seringkali kami masih juga mencari2 manusia dan makhluq utk mohon pertolongan kerana tidak yakin dgnMu Ya Allah, kdg2 berputus asa kerana tidak sabar dlm memohon kpMu, kdg2 meminta sesuatu yg tidak baik bg kami kerana kejahilan dan ketidakyakinan kami kpMu Ya Allah. Oleh itu ya Mukmin ya Mujib, masukkan keimanan dan keyakinan dlm jiwa kami bahawa Engkau sentiasa mengabulkan permintaan hambaMu yg merayu merintih kpMu, yg memanggil2Mu dgn Nama2Mu..

Jom Cuci

By On 8:42:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualikum... salam sayang buat semua...

Hari yang energetik.... Ahad hari pertama setiap minggu, bagi kat Kedah.... Rutin ke seperti biasa hantar kakak Amani pergi sekolah then masuk ofis.... ingat nak pergi library tapi keje-keje ku semua kat ofis.... Sekarang ni susah sikit nak keje kat rumah. Adik zara dah besar, bila aku on latop dia mula la nak meriba....

Plan nak pergi Pejabat Pendidikan Perlis, tapi hari ni Ahad, cuti.....


Meja ofis yang comot ni harus dibeli thinner, untuk cucikannya.... sama juga dengan hati kan....

"bagaimana nak cucikan hati"
kalau ikut apa yang ku belajar, kami selalu diumpamakan dengan clorox hati... nak bersihkan hati cukup susahkan.... guna clorox kadang-kadang tak berkesan juga.... bangun tahajut setiap malam mohon ampun, salah satu cara yang cepat berkesan.... tapi susah nak buatkan.... ku pun sama dalam proses.... insyaaAllah sama-sama kita melaksanakannya... tiap hari pun kena suci hati seperti mana kita cuci tangan nak makan, mandi dan sebanaginya..... "zikir, baca al Quran, istifgfar juga boleh cucikan hati kita"

Selamat beramal dengan kasih sayang Ya Rahman Ya Rahim....


Thursday, August 6, 2015

Adik Zara Demam Mengejut

By On 11:51:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Semalam, kami (aku dan en daddy) xleh nak lena sgt, adik Zara demam.... kesian adik Zara lagi la tak leh lena. Tetiba jer ptg kelmarin dia demam. Sebelum tu elok-elok jer duk main.... aku bagi makan ubat 2 kali semalam, tapi dalam pukul 3, 4, pagi still badannya panas sangat. Dia langsung tak nangis, Mungkin tak selesa, dia tak boleh nak tidur gak. 4.30 pagi aku bagi makan ubat lagi, sampai la ke subuh.....

Kami bersiap, mandikan dia.... ok sikit.... hantar kakak ke sekolah then kami ke pusat kesihatan universiti...

Ya Fattah Ya Salam bukakan jalan keluar penyembuhan untuk adik Zara

Aku cakap kat doktor, dia selalu demam mengejut macam ni..... doktor check dia. tak ada apa katanyanya.... mungkin keadaan adik Zara yang kecil, berat dia pun lebih kurang 9kg jer, x cukup vitamin, makan pun bukan banyak macam orang lain.... sebab tu mudah demam... tapi demam sebelum ni tak de la nak melarat.... aku syukur walaupun dia kecik macam tu tapi allhamdulillah, setakat dia dia memang tak ade masalah sangat. Kalau demam macam tu memang biasa tapi ak sangat melarat....

Kekadang terfikir, bila la anakku nak besar macam orang lain. Kalau makan vitamin tu, kejap jer sebotol habis..... bukan boleh ada depan mata aku kena sorok kat dia.... kalau tak setiap jam dia nak makan kalau boleh....

Masuk ofis tidur kat bilik ku.... jumpa kawan2 ofis duk tegur dia, dia diam jer. Semua orang dah tahu dia jenis malu kalau orang tegur.....

Kesian adik....

Liku-liku Perjalanan

By On 11:30:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sayang....

Cerita semalam... hidupku yang berliku....

Selagi hidup memang ini luku hidupkan... tak tahu la orang lain macamana tapi aku yakin hidup setiap manusia ada onak duri dan likuya....


Kelmarin, aku nak start enjin untuk kutipan data ku, terus aku ke sekolah membawa surat daripada universiti, tiba di pejabat sekolah aku dimaklumkan pihak sekolah membenarkan buat kutipan data bila ada surat pengesahan daripada pejabat pendidikan negeri.... tidak seperti sebelum ni, pihak sekolah benarkan aku buat kutipan data.... aku pun rasa senang berurusan dengan hamba Allah yang baik....

Bertanya di mana pejabat pendidikan negeri, aku terus memecut ke sana tanpa lengah di teman anakku kakak Amani yang tak ke ekolah kelmarin.... Sampai di pejabat pendidikan negeri, aku disuruh bawa surat pengesahan daripada kementerian pendidikan di putrajaya, baharu pejabat pendidkan negeri akan terima....

Ya Allah.....
inikah jalannya......
apa pun aku memang tak terkejut sangat, aku tahu jalan hidup ini penuh berliku.
Kuatkan semangat ku Ya Allah.....
bila aku call Putrajaya takada yang angkat, nak tanya macamana aku nak hantar surat dan nak buat surat untuk mohon buat kutipan data, namun telefon tidak diangkat....

Mula rasa down sikit, tabahlah wahai hati!
Jom, kita relex jap..... aku call kawan ku, terus lepak dengan dia discuss masalah study masing-masing.... semoga Allah Ya Baari memudahkan menguruskan pengajian kami semua.

Aamiin...



Tuesday, August 4, 2015

Zikir Melembutkan Hati

By On 10:56:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Ku kongsikan zikir hari ini...

Allahumma Ya Lathif, Ya Malik (40x)

Bicara Hati
Ya Allah Ya Lathif, Yang Maha Lembut, "lembutkan lah hati kami yang keras ini agar gementar hati kami ketika namaMu disebut. Kuasai diri ini daripada terpengaruh dengan sesuatu yang boleh mengeraskan hati kami. Kuasailah nafsu di dalam jiwa kami ini Ya Allah agar ianya sentiasa takut melakukan kemurkaan Mu sepertimana Kau lembutkan besi nabi Daud,"....

Ku selalu baca zikir Ya Latif ketika masak... masa basuh beras, masak nasi, masak gulai dan sebagainya. Kalau boleh apa kita masak, cuba kacau dari arah kanan ke kiri.... kerana bagi aku, kita selalu ikut arah jam dari kiri ke kanan itu mazhab Barat yang sentiasa terpesaong.... mazhab kita dari kanan ke kiri sama seperti umat Islam mengelilingi kaabah, dan juga segala apa galaksi di angkasa mengelilingi matahari bulan, berzikir bertakmid tanpa henti setiap masa dari arah kanan ke kiri....


DIY: Tudung

By On 9:58:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Kelmarin sambil bekerja sempat aku merewang.... perangai student macam aku ni haduiii.... Ya Hafiz Ya Muhaimin minta jaga, lindungilah dari dunia2 ini yang boleh merosakkan....

Apa pun merewang bertempat, bukan sesaja merewang.... aku beli dua kain...

taraaaa.....


(dalam kepala otak ku ni memacam boleh jadi kat kain ni, byk sgt plan dlm otak serabut ni).... yang ni aku plan nak buat tudung..... harga semeter RM9.80, dah siap nanti aku share. Ekonomi gawat harus cari altenatif lain untuk berjimat dan mengembangkan ekonomi keluarga....


Berdakwah Melalui Penghayatan Asmaul Husna

By On 9:17:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamualaikum
Salam sayang buat semua

Tugasan yang diberi kepada ku dan sahabat hari ini berdakwah melalui tajuk-tajuk di bawah, buatkan bicara hati dengan Asmaul Husna...


Ku pilih tajuk no 11 (tidak terasa hebatnya Allah) dan 18 (Takut pada orang dan makhluk lain selain Allah)....

Semoga Allah Ya Baari menyusunkan jari jemari kami semua, dan alirkan ilmunya Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid dipinjamkan untuk kami melangkah berdakwah dengan kalimah Bismillahhirrrohmanrrihimm...

 Allhamdulillah....


Monday, August 3, 2015

Ziarah Rumah Kanak-kanak (part 1)

By On 10:06:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah... salam  sayang  buat  semua....

Pagi tadi Allah  Ya  Baari  susunkan  saya ke rumah  kanak-kanak kelmarin... rupanya  rumah kanak-kanak ni adalah tempat jagaan remaja berumur 13 tahun hingga 18 tahun... Kat Malaysia ni banyak tempat jagaan kanak-kanak dan remaja. Ku berpeluang tempat penjagaan kanak-kanak di Utara semenanjung memandangkan aku bermastatutin di sini....


Ujian Itu Kasih Sayang Allah
Subhanallah, maha suci Allah mereka anak-anak yang dikasihi disayangi Allah swt. Dengan umur belasan tahun, ada juga umur dibangku sekolah rendah telah diberi ujian yang besar kepada mereka...... Apa yang mereka alami, aku percaya bukti kasih sayang, cinta Allah Ar Rahman, Ar Rahim, Al Waddud.... aku tahu buka mereka mahu menjadi seperti itu, dan bukan mereka rela diperjadikan seperti itu tapi "mereka juga ibarat anak-anak syurga walaupun banyak perbuatan buruk yang mereka lakukan".... kerana mengampuan Allah itu sangat luas, walaupun sebanyak mana buih di lautan, luas lagi kemaafan kemapuanan Allah Ya Affu, Ya Ghoffar, Ya Tawwab. Mungkin kerana mereka tidak diberikan kasih sayang yang secukupnya daripada pihak ibu bapa atau tidak diberi pelajaran agama secukupnya.....


Anak-anak Adalah Anugerah Yang Tidak Harus Diabaikan
Kalau aku ditempat mereka dengan umurku semacam itu, belum tentu aku akan dapat menghadapinya..... Kasih sayang Allah yang luas tiada ada tolak bandingnya. Mereka diberi kasih sayang Allah melalui ujian sebegini! Kerosakan akhlak dan sebagainya. Mana mungkin kita insan sempurna di dunia. Anak harus dijaga, dididik, agama sangat perlu untuk membimbing anak-anak kita, mengajar mereka mana yang salah mana yang betul. Kelekaan manusia melaksanakan tanggungjawab untuk mendidik mereka akan juga disoal di akhirat kelak. Harus diingat apa tujuan hidup kita di dunia!!!



Bukti Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Waddud
Aku yakin mereka akan menjadi manusia yang berguna bila dewasa kelak. Pengalaman akan mendewasakan mereka. Pengalaman juga akan mendidik mereka ke jalan yang benar. Pengalaman yang mereka alami tidaka ada pada remaja lain. Mereka mahu dikasihi disayangi, mereka menagih simpati kasih sayang. Walaupun hati mereka beku,  aku tahu dan pasti hati mereka sangat perlukan perhatian kasih dan sayang. Namun, mereka tidak nampak dan tidak dapat rasa, kasih sayang Allah Ya Rahman, Ya Rahim terhadap mereka yang sangat banyak dan luas kerana mereka tidak kenal siapa Allah!!! Kalau tidak mana mungkin mereka diberi pakaian cantik-cantik, diberi makan minum sebanyak 6 kali sehari daripada Allah Ya Razzaq. 
Hebat sungguh kasih sayang Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Waddud pada mereka semua. 
Penerimaan Masyarakat
Hati mereka beku, beku dengan cemuhan, beku dengan ejekan, beku dengan hinaan masayarakat. Di sebalik hati yang beku dan mengeras itu membuatkan adakalanya mereka semakin agresif dan liar. Hanya itu yang dapat diekspresi kan melalui tingkah laku mereka. Setiap hati-hati yang membeku itu, dapat dilihat ada tangisan di dalam, walaupun pada pandangan zahirnya tidak nampak, pandangan batinnya dapat di rasa. Berilah peluang mereka untuk berubah, kasih dan sayangkan mereka, Cubalah terima mereka dengan seadanya. Jangan lah hina, cemuh mereka wahai masyarakat! Berbuatan kalian terhadap mereka akan menambahkan lagi kesulitan dan akan merosakkan lagi akhlak mereka. Mereka cuma mahu diterima seadanya dan tidak dibezakan. 

"Datang lagi yer"
Kata-kata itu memberi semangat untuk kami semua terus ke sana dengan satu harapan, satu tekat, satu azam, satu jiwa, satu hati, membawa mereka mengenal Allah yang satu....

Allhamdulillah....

Saturday, August 1, 2015

Kisah Disebalik Trailer Jwanita

By On 9:41:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Kisah Adik Zara Bila Aku Tengok Trailer ini
Semalam, teruja nak tengok trailer filem yang dah lama ku  tunggu. Aku terus tekan youtube tontonnya dengan asyik. Sementara, kakak Amani dan adik Zara duk asyik juga tengok handset. Tiba-tiba adik Zara terus lari menerpa aku dengan ketakutan. Aku angkat dan peluknya terus baca ayat kursi dan 3 kul.... dan zikir Asmaul Husna "Allahumman Ya Hafiz, Ya Muhaimin".....cbila reda sikit aku tanya adik kenapa? Dia cakap "hantu".... Ya Allah!.... tak tahu la betul atau tidak! Ni kali kedua berlaku. Kali pertama masa bkat kampung balik beraya hari tu, kat rumah mak ayah ku.... haduhai.... semoga Allah melindungi keluarga ku tutupkan hijab anak-anak ku....


Sinopsis Filem Jwanita:
Filem ini mengisahkan seorang gadis bernama Jwanita lakonan Maya Karin yang mengalami masalah mental yang serius akibat kisah silamnya yang sering didera secara mental dan fizikal oleh ibu dan bapa angkatnya yang mengamalkan ilmu hitam.
Sinar harapan mula muncul dalam hidupnya selepas Jwanita bertemu dengan Farhan lakonan Bront Paralea yang bekerja sebagai doktor yang merawatnya selepas dia membunuh kedua ibu bapa angkatnya.
Namun, segalanya musnah apabila Farhan yang dicintainya merupakan tunang kepada adik kandungnya sendiri iaitu Julaika yang ternyata lebih bernasib baik darinya. Selepas menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan dan Julaika, Jwanita muncul semula.
Jwanita kembali dengan perwatakannya yang jauh berbeza, namun dengan azam dan dendam durjana.

Pengarah : Osman Ali
Pelakon : Maya Karin, Bront Palare, Christina Suzanne, Marsha Milan,
Terbitan : Nuansa Sdn Bhd dan Ehsan Production Sdn Bhd.

KPI Dunia VS KPI Akhirat

By On 7:05:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualikum.... 

Salam sayang buat semua readers....

Hari ni saya dapat panggilan dengan tawaran dunia.... kata saya "saya tak mahu tawaran tersebut, dan saya nak cancel".... katanya rekod saya baik, kalau saya cancel, akan datang belum tentu dapat tawaran tersebut!....

ermmmm...... dunia oooo dunia......

Saya selalu mohon supaya jangan lah saya dialpakan dengan dunia....
saya tak kisah saya tak dapat dunia, saya lagi takut kerana akhirat saya belum tentu saya dapat..... sesungguhnya saya hambaNya yang lemah lagi tidak berdaya, jangan la butakan hati saya dengan dunia yang tidak sampai ke mana pun....

Dengan nada yang sebelumnya saya berkeras tak mahu, seterusnya bertukar lembut, saya akan bincangkan kemudian.....  PR sesama makhluk juga mahu dijaga....

KPI Dunia VS KPI Akhirat
Mereka ada KPI dunia yang harus dicapai!!!
saya faham dan arif!!!
Sudah tentu tidak mahu pelanggang lari.....
Mereka mungkin berharap supaya setiap pelanggang tidak melepasankan peluang keemasan tersebut! Kejar dan mahu kejar KPI dunia.... Disogokkan dengan kemewahan dunia! Shooping dan sebagainya.... Sebagai wanita, perempuan, memang sesuatu yang melemahkan.... saya senyum, dari minggu lepas lagi saya senyum bila disogokkan dengan shooping dan sebagainya..... hehehe..... Kalau ku bangkang dan saya cakap saya tak suka shopping, mahu tak percaya, giler ke apa perempuan tak suka shopping.... 

Ini juga salah satu KPI dunia, nafsu nak makan itu dan ini, tapi ikan ini Allah Ya Razzaq datangkan dari jiran belakang rumah ku.... Terima kasih,,,, murahkan rezekinya, Allah Ya Fattah Ya Razzaq

Shooping itu adakah termasuk dalam KPI akhirat! Sudah tentu tidak..... Yang pandai menjawab dan cuba menjawa...... duit ada apa lagi mahu lepaskan peluang..... shopping la lagi hidup, hidup cuma sekali...... Itu bagi ku masa belajar, remaja dulu.... betul! Sekarang bila dah kerja berkerluarga, no more shopping, dan sejak mula ku kenal Asmaul Husna Allah.... rasa something wrong..... husband aku selalu merungut dengan aku bila ajak pergi shopping nak have fun, muka aku selalu masam, muncung jer..... fikiran langsung tak fokus.... Betul la tu...... satunya memang tak ada budget...... satunya aku dah rasa mula takut nak shopping kerana iman aku masih lemah dan lemah selemahnya.....

Kadang-kala, diri ku yang alpa juga lemah dengan KPI akhirat yang tidak selalu achieve.... duk hanya ingat nak achieve KPI dunia sehingga lupa KPI akhirat... Dak gitu.... 

Apa itu KPI Akhirat?
Yang ni tepuk dada tanya iman! Iman ku sendiri masih lemah dan banyak kena bimbing..... 

Konklusi
Tak apa aku lepaskan dunia! 
Janji aku tidak alpa!
Kerana ku tahu, Iman ku lemah!

"Ya Allah, Ya Hafiz Ya Muhaimin, lindungilah aku, pagarilah dan jagalah aku dari hawa nafsu, bisikan syaitan dan berhala dunia"

Popular

Follow by Email