Enter your keyword

Thursday, May 28, 2015

Jom Kenal Al Ghoffar Yang Maha Pengampun

By On 10:57:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Selasa, dua hari lepas Allah bawa ku ke usrah... Allhamdulillah...
tak tahu nak habaq (kecek utagha sikit) hehehe...
yang aku tahu tenang sangat bersama keluarga usrah...

Hari tu, aku belajar tentang nama Allah Al Ghoffar (Yang Maha Pengampun)


Intipati usrah asmaul husna 26/5
Menghayati sifat Allah Al Ghoffar

Yang Maha  Pengampun.  Sifat Nya yang sentiasa mengampuni  dosa hamba Nya  sebanyak mana dosa tersebut wlupun sebanyak  buih di lautan  Dia Ya Ghoffar tetap mengampuni hamba Nya kerana Dia Ya Rahman Ya  Rahim  sayang dan  kasih kepada hamba Nya.

Dalam Al Quran sifat Al Ghoffar  ini di- mapping bersama dengan sifat Al Aziz yang Maha Perkasa. Dalam mengurniakan pengampunan kpd hamba Nya Dia Ya Ghoffar  menunjukkan  keperkasaan yang kuat kerana dosa hambaNya sangat banyak dan bermacam - macam. Hamba yg menzahirkan fitrah Al Ghaffar sentiasa memberi maaf kpd manusia sekeliling dn sentiasa memohon maaf kpd manusia sekeliling dan dikurniakan daya kekuatan dr Ya Aziz kerana untuk memaafkan atau memohon maaf, memerlukan jiwa yg perkasa dari Ya Aziz. Dia Ya Ghoffar  sentiasa memberi peluang kepada hamba Nya yang bertaubat.

Dalam konteks kehidupan kita sebagai hamba hendak lah menghayati  sifat Al Ghoffar  Al Aziz ini untuk menjadikan kita hamba yang sejati serta khalifahNya. Menghayati dn menzahirkan fitrah Al Ghoffar Al Aziz akan membuatkan kita mudah untuk memaafkan orang yang memberikan kita sampah untuk kita membalas  Emas kepadanya (seperti yg disarankan Allah di dlm surah al Furqon: 70).

Secara tdk  langsung  kita akan mengahadapi dugaan dan rintangan dunia dengan redha dan sangat tenang jiwa dengan kemaafan  tersebut. Seperti  mana dalam surah Adz Dzaariyat  ayat 15-18, hamba Nya yang bertaqwa seperti berada di taman syurga yang mengalirnya mata air.

Proses untuk mencapai jiwa yang  tenang, (surah Al Fajr ayat 27-30: penghargaan Allah kp hambanya yg sempurna iman yg mempunyai jiwa yang tenang) sebagai hamba yang sejati dan khalifah ini mestilah hamba Nya melalui proses  tidur yang sedikit di malam hari, memohon keampunan di waktu pagi sbelum fajar,   seperti dalam surah Adz  Dzaariyat  ayat 15-18.

Sebagai kesimpulan Intipati  usrah, bahawa taubat itu  adalah kekuasaan.

Zikirlah ya ghaffar ya 'Aziz 40x utk memohon kpd Allah jiwa yg benar2 bertaubat serta jiwa yg sentiasa memaafkan dn memohon maaf sesama manusia.


Iman Versus Technology original Produk Akhir Ku

By On 5:02:00 PM


Video ni last aku shooting dengan student ku pada tahun2011...
Idea asal daripada husband aku, sembang masa nak tidur... huhu
ku tambah dan buat skrip...
Tercetusnya, disebabkan aku merasa ketidakpuasan hatiku
dengan hasil kerja pelajarku....
Aku menyuruh mereka mencari idea baharu dan buat sekali lagi,
setelah mendapat idea,
then sama-sama present,
aku juga turut present
dan aku bagi pelajar buat pemilihan idea yang mereka setuju untuk dijadikan video.

Last ada dua idea yang mereka pilih
idea suami ku bagi katagori PSA (public service announcement)
dan satu lagi idea pelajar ku bagi iklan komersial.
Kami shooting bersama.
Aku monitor mereka dari pre produksi dan produksi.
Bagi post aku bagi mereka yang edit.
That's the final product yang mereka hasilkan.
Produk terakhir juga bagi ku sebelum melepaskan tugas seorang pendidik...

Disebalik tabir


 Terima kasih ustaz sudi berlakon dalam video ni. Miss producer yang sangat powerful...





Kakak Amani masih kecil. Aku terpaksa bawa dia shooting bersama.


Bila korang tengok video ni masa zaman Blackberry baru keluar. Sekarang ni memang dah overdue zaman Blackberry ni...

Untuk semua pelajar ku, doa ku sentiasa ku alunkan untuk kalian berjaya dunia akhirat. Tidak berjaya di universiti bukan bermakna anda tidak berjaya di luar sana. Ku yakin Allah akan mengatur hidup kalian dengan sebaiknya...

Love u all....

Kitab Hikam

By On 1:03:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum... salam sayang...
Dua hari ini, saya merasakan diri saya turun dan naik. Dek kerana itu,
pagi tadi selepas hantar kakak ke sekolah, pergi breakfast terserempak kawan ofis makan bersama, sembang bersama,,,,,
then, masuk ofis, mendirikan solat sunat,
aku fikir dan fikir kenapa turun dan naik ini terjadi...
come back to Allah amat penting
kerana jawapannya Dia yang memberi

menyambung kerja penulisanku
dalam penulisan aku lagi terfikir,
ada perkara yang perlu ku buat tapi belum aku laksanakan
kerana itu dan ini

Aku terus buang itu dan ini
menggapai alat mbagi melaksanakannya

"Kitab Hikam"
oleh Imam Ibnu Athaillah
kitab ni adalah kitab tasawuf

sumber : google

aku buka dan baca satu ayat!
terus aku tertunduk, rasa rebah
terus aku menangis....
istigfar....
Ya Allah ini rupanya Kau mahu tunjuk untukku...
apa yang ada dalam ayat tu
adalah apa yang aku sedang buat dalam penyelidikan ku
yang selama ini aku lost!

Jawapannya
sebab itu aku naik dan turun...

Subhanallah,
guruku ada berpesan buat penyucian diri
dan baca kitab hikam...
Sampai hari ini aku aku bukanya...
setelah sekian lama...

Subhanallah...
terima kasih kawan-kawan yang mengajarkanku jua....
dan aku
akan terus membacanya....

Saturday, May 23, 2015

FIRST INTERNATIONAL CONFERENCE ON THE APPLICATION OF ASMAUL HUSNA IN INNOVATION (ICAH 2015)

By On 8:40:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Salam sayang...

Sharing good info


Persidangan Antarabangsa Penerapan Asmaul Husna dalam Inovasi yang pertama kali di adakan.
Tempat : Universiti Malaya
Tarikh : 9-11 November 2015



LIST OF PAPER TO BE PRESENTED AT THE ICAH 2015
List of papers to be presented in international conference:
1.
Spiritual Intelligence based on AsmaulHusna
2.
The application of AsmaulHusna in Holistic Education
3.
The application of AsmaulHusna to reduce stress among Old people
4.
The application of AsmaulHusna to increase the effect of drug addiction treatment
5.
The application of AsmaulHusna in Parenting
6.
The application of AsmaulHusna in working
7.
The application of AsmaulHusna in modern medication
8.
The application of AsmaulHusna in health management
9.
The application of AsmaulHusna in relationship management
10.
The application of AsmaulHusna in Business
11.
The application of AsmaulHusna in research
12.
The application of AsmaulHusna in counseling
13.
The application of AsmaulHusna in knowledge management
14.
The application of AsmaulHusna in information & communication technology
15.
The applicaton of AsmaulHusna in software engineering
16.
The application of AsmaulHusna in managing orphan
17.
The application of AsmaulHusna in tourism
18.
The application of AsmaulHusna in marriage
19.
The application of AsmaulHusna in stress management
20.
The application of AsmaulHusna in cancer treatment
21.
The application of AsmaulHusna in virus infection
22.
The application of AsmaulHusna in financial management
23.
The application of AsmaulHusna in discipline control
24.
The application of AsmaulHusna in high and low blood pressure
25.
The application of AsmaulHusna in neighborhood relationship
26.
The application of AsmaulHusna in neighborhood safety
27.
The application of AsmaulHusna in writing
28.
The application of AsmaulHusna in furniture design
29.
The application of AsmaulHusna in industrial design
30.
The application of AsmaulHusna in social problem
31.
The application of AsmaulHusna in Law of Attraction
32.
The application of AsmaulHusna in Law of creation
33.
The application of AsmaulHusna in power of mind
34.
The application of AsmaulHusna in reducing accident
35.
The application of AsmaulHusna in security and police division
36.
The application of AsmaulHusna in combating corruption
37.
The application of AsmaulHusna in leadership
38.
The application of AsmaulHusna in Adolescence management
39.
The application of AsmaulHusna in government management
40.
The application of AsmaulHusna in Hostel Management

Jika anda pelajar mahupun sudah bekerja berminat untuk menulis kertas kerja jom sertai persidangan julung kali ini. Sangat banyak ilmu yang ada akan dapati nanti selain mengenal Allah secara tidak langsung anda akan kenal diri anda sendiri... InsyaaAllah... 












Tuesday, May 19, 2015

Berbunga Cinta

By On 6:24:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Subhanallah... 
memang terkejut dan gembira pun ada....
aku yang memang careless ni!! walaupun tiap hari aku duk buka and baca emeil, ada juga emeil yang aku miss.... itu ler emeil yang penting tersangat...


Dalam dua minggu ni aku dah serah diri pada Ya Baari' yang menyusun atur hidup ku. Aku redha dengan apa yang Dia tentukan.... al kisah aku ada aplly untuk ke persidangan luar negara. Memandangkan ada dokumen aku yang tak lengkap, aku anggap mungkin mereka tak terima dan aku dah mula tawalkal dan terima segala apa yang di tentukan. Aku pun dah rasa syukur Allhamdulillah, aku dah cuba untuk apply... mungkin tak ada rezeki kat situ... Mungkin kat tempat lain... 



Baru kejap, bila aku nak delate satu demi satu emeil aku, dan tetiba ternampak dan terus buka emeil tu.... Ya Allah, rupanya mereka reply emeilku... Ya, Allah... terima kasih Allah Ya Baari'... aku terus reply emeil tengok jam lum kul 5... harap mereka baca dan masih buka emeil... coz tinggal 10 minit nak kul 5... Kul 5 mereka balik keje... Then, mereka reply suh aku lengkapkan dan hantar.... hati dah mula berbunga macam di lamun cinta.... kikiki...



Apa pun semua Allah yang tentukan aku buat yang termampu.... Minggu lepas aku belajar nama Allah Al Baari' aku mula percaya Al Baari yang susun aturkan hidupku aku serah kepadanya... Kita sedia maklum Allah dah tuliskan hidup kita di arasy... Allah nak kita usaha dan doa... jika Allah dah tentukan itu buat kita, dia akan gerakkan hati, jasmani, fizikal kita untuk kita dapatkan perkara tersebut. 


Al Baari' maksudnya : Yang Maha Merancang dan mengatur. Merancang dan mengatur kejadian alam, manusia, merancang kehidupan manusia dan seluruh makhluk di dunia ini. Manusia sering gagal melihat perancangan Allah dan peraturan Allah yang menyebabkan dia merosakkan perancangan Allah dengan perancangannya yang dipenuhi nafsu dan bisikan syaitan sehingga merosakkan alam dan kehidupan.

Seseorang yang menghayati Al Baari' 
  • akan melahirkan hamba yang menyerah diri mengikut agenda Allah
  • melahirkan kehidupan yang tenang dan bahagia tanpa kecewa dan derita


Kelebihan Perancangan Al Baari' VS Perancangan Manusia
segala yang diagendakan oleh Allah Ya Baari' penuh dengan kesempurnaan, ketaatan dan kebaikan. Sebaliknya, agenda manusia sering dipenuhi dengan kepentingan diri dan nafsu.

Menghayati Al Baari' juga akan melahirkan manusia yang berperancangan, tidak terburu-buru dan tergesa-gesa. Sentiasa merancang untuk kebaikan dan perubahan ke arah kebaikan dan kecermerlangan, tidak putus asa dan tidak mudah kecewa.... 

akan bersambung....


Monday, May 18, 2015

Harta Dunia Akhirat

By On 8:17:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Antara berita hari ini yang terkesan di hatiku


Sejuk hati mak ayah mereka, "HARTA DUNIA AKHIRAT", 10 orang anak En Abdul Latif adalah penghafal Al Quran. 


Kat rumah mereka tak tv x sibuk macam aku ni kan... kalau tak tv kat rumah ku mesti resah gelisah en daddy... haha.... aku dah tak her an sikit bab citer tv sejak kenal dengan asmaul husna  ni...


Rumah mereka sentiasa dialukan dengan alunan mengaji Al Quran... kalau rumah aku ler, tiap hari duk buka tv, duk dengar alunan tv jerrr...


Subhanallah....
Semoga aku jua dapat mendidik anak-anak ku sebegini....
InsyaAllah

Sunday, May 17, 2015

Dah Pandai Lap 360 Darjah

By On 10:16:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Malam ni, dia dah pandai gatih basikal 360 darjah... siap lap lagi.... hehehe...
Lawak la puteri sorang ni Zara Adelia....


geram tul aku, action kemain leh bawa 360 darjah... 


Kusut Musut Dunia Fatamorgana Yang Di Agungkan

By On 4:24:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah... minggu lepas aku dah dapat result extent study dah diluluskan selama 1 semester lagi sehingga bulan Mac 2016 untuk extension kali pertama. Kalau diikutkan aku dapat apply untuk extent 2 semester..... Selepas 2 semester kalau aku belum habis study, aku terpaksa lapor diri dan tidak boleh extent lagi. Namun, diberi kelonggaran selama 2 tahun bagi menyiapkan tesis dan grade tanpa kelas dan pengajaran. Itu kalau tiada apa-apa perubahan dari pihak universiti.... 

Ya Allah, permudahkan pengajianku ini.... sekarang aku di semester 5 kalau ikut kalendar USM dan aku di tahap data collection.... Namun, di pihak UUM aku di semester 6..... kerana aku daftar lewat di USM, manakala tarikh pengajianku sudah bermula bagi kalendar UUM..... tak tahu la u all paham ke tak.... 

Duk tengok kalendar dalam berapa bulan ni..... sangat rushing dan padat.... bukan padat apa??? padat dengan cuti raya segala bagai!!! nak balik raya la, duit raya la, baju raya, biskut raya,,,,,,, pening aku jadinya..... nak jer aku tak balik kampung ni..... kesian pulak orang tua...... melenting pulak kang.... bukan diorang nak paham kita tengah sambung mengaji ni masalah financial sangat critical. 

Data collection aku sangat memerlukan duit yang banyak...... ada sapa nak sponsor tak.... huhuhu.... Nak kena p conference segala bagai,,,,,,,, semua perlukan budget!!!!...... Ya Allah...... kepada Mu aku berserah,,,,, susun aturklah perjalanan hidup ku ini.... 

Masalah perayaan, kenduri kendara ni satu hal lagi, memang menyemakkan kepala bila tengah sambung mengaji ni.... maaf terpaksa ku luahkan.... sebab ia semua memerlukan perbelanjaan dan terpaksa menleburkan hati, walaupun terseksa sangat untuk berkorban menggunakan budget study balik kampung.... hanya mereka yang sambung belajar dan berada di situasi ini sahaja yang paham akan masalah ini.... malas nak pikir benda-benda macam ni tapi terpaksa fikir dan terluahkan.... Ya Allah kuatkan semangat aku..... diaorang ingat sambung belajar ni, dengan sponsor cukup ke budget??? 

Allhamdulillah,,,, sekarang aku ada energi Allah Asamul Husna, yang sangat membuatkan aku sabar dalam menempuh segala bagai dugaan ini.... Nak dibandingkan dengan aku dahulu, memang haru biru,,,,,,,, dunia! dunia! dunia!..... manusia dikekelilingku semua keduniaan...... Mulut kata Allah Allah Allah, tapi bila aku susah, keji dan hina aku dapat! Perit sesangat!!!! sekarang aku dah butakan hati, jiwa raga ku daripada dunia yang fatamorgana ini.... dunia suka banding-membanding.... aku tak perlu lagi semua itu.... 

Aku sangat tenang dengan energi Asmaul Husna..... terima kasih Ya Rabb.... I love you so much.... pulau lah aku dunia!!! kerana aku sudah bersedia dipulaukan..... mencari cinta Allah lagi tenang untukku sekarang..... 

Wokeyyyy.... sekian..... 

ps: perasaan yang sangat geram dengan dunia fatamorgana ini..... 

Dateline

By On 12:16:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Memang ada dateline study ni.... tapi mood malas ada lagi terperap dalam diri.... Ya Allah Ya Quddus Ya Jalil, suci dan bersihkan hati, jiwa, roh hambaMu yang dhaif lagi lemah ini....


Bila duk tengok dateline macam-macam:
  1. jurnal
  2. kertas kerja persidangan
  3. data collection
  4. tesis

Fuhhhhh.... Aku sendiri pun takut jadinya dengan dateline ni.... Allah Ya Aziz Ya Qawiy Ya Matin berikan kekuatan pada hambaMu yang dhaif lagi lemah ini....


Aurat Wanita dan Keberkatan Mencari Rezeki

By On 11:34:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Aku nak cakap pasal ni aku sendiri pun banyak yang kena belajar dan masih belajar dengan Nya..... pasal aurat ni dah banyak kali aku dengar ustaz dan ustazah cakap
"wanita pergi kerja tidak tutup aurat sebetulnya, contoh baju ketat, kebaya, tangan tak cover dsb..... tidak berkat rezekinya"
maafkan aku kalau apa yang aku katakan salah tapi dua minggu lepas aku ada attent ceramah "pekerjaan sebagai ibadah" sekali lagi aku dengar uastzah cakap. Sebelum ni aku dah dengar beberapa kali, aku tak ambil kisah....

Minggu lepas seperti biasa port aku kat library dan aku bersembang dengan rakan library foreign student dari Iraq.... perbualan bermula dengan study kami kemudian menjurus pada isu sosial... katanya kalau kat negerinya, wanita hanya dibenarkan pakai jubah, abaya, baju labuh, bertutup, lengan kena cover..... kat sini dia tengok wanita pakai tudung tapi baju lengan pendek tak cover tangan, dan segala macam katanya....

aku nak respon macam mana yer?

Kemudian, aku kata betul cara pemakaian yang dia kata itu lah cara pemakaian mengikut Islam.... (u all nilai sendiri selanjutnya)

Berbalik pada cara pakaian kita golongan wanita tidak ikut syariat tidak berkat rezeki yang kita terima, aku mula rasa takut. 

Apa u all rasa, atau mungkin tak rasa apa-apa, atau juga fikiran kita banyak unsur liberal dan apa yang kita lakukan tidak salah kita rasakan....

Maaf sekali lagi kerana aku tahu ia sensitif....

Tips tundukkan nafsu

By On 9:07:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Salam hujang minggu. Saya kongsikan doa yang di sampaikan oleh keluarga asmaul husna untuk semua terutama bagi menundukkan  nafsu kita yang selalu bertuhankan nafsu.


Allahumma Ya Qohhar, Ya Qohhar, ya Qohhar, sesungguhnya Engkau Maha menundukkan, Engkaulah yg menundukkan matahari kpMu dan memancarkan cahayaMu ke bumi, Engkau menundukkan planet2 sehingga ia beredar diatas orbitnya dgn patuh sekali, bulan dan matahari silih berganti menjlnkan tugasnya mlm dan siang tanpa terlambat sesaatpun,

Engkau ya Qohhar menundukkan para malaikatMu, ada yg sujud kpMu selama2nya, Engkau ya Qohhar juga mampu menundukkan manusia utk rukuk dan sujud kpMu, Engkau menundukkan ego, kesombongan, ketakburan manusia, sesungguhnya tiada sesuatupun yg tak boleh ditundukkan olehMu ya Qohhar.

YA qohhar, tundukkan nafsu makanku yg seringkali berlebih2an, nafsu tidurku yg seringkali melebihi had, nafsu membeli belah yg seringkali membazir, nafsu berborak yg seringkali tersasar, nafsu bermewah yg seringkali mendtgkan kemarahanMu. Tundukkan diri ini kpMu di pagi hari kerana mungkin esok daku terbaring dlm keranda tanpa boleh rukuk dan sujud lagi kepadaMu..
As

Jom Pekena Wonda Coffee Dulu

By On 2:24:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dah lama aku tak minum kopi atau nescafe di malam hari. Kalau masa belajar degree and master dulu kopi dan nescafe peneman aku di malam hari. Begitu juga masa bekerja dalam production dulu kala, buat editing di malam hari sampai ke pagi kopi peneman setia ku. Memang tidak dinafikan penggiat seni memang sukakan kopi kerana waktu kerja yang tidak menentu dan terpaksa berjaga. Masa shooting dulu, tiap kali makan air utama mesti ada kopi dan nescafe selain air sirap (yang tak sah kalau tak de)... hahaha...


Wonda Kopi 
Wonda Kopi, yang dimiliki oleh Asahi Group Jepun digunakan The New Straits Times (NST) hari Malaysia untuk melancarkan ciri kopi tin dengan apa NST dipanggil "kempen iklan 5D yang pertama."


Wonda kopi ini mempunyai tiga perisa iaitu kopi premium perisa origional, perisa latte dan juga mocha.


Aromanya yang sangat haum akan menggamit anda dan memanggil-manggil anda untuk mencubanya. Apa kata mereka yang mencubanya:


Anda bila lagi? Jom kita cuba kelazatan wonda kopi!!!





Saturday, May 16, 2015

Israk Mikraj Semoga Terkesan Di Hati Kita

By On 10:44:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Salam Israk Mikraj... 

Duk ralit dengan hari guru ja, jangan duk lupa lak israk mikraj bulan Rejab ni...

Israk
adalah perjalanan malam hari Nabi Muhammad saw dari Masjidil Haram Mekkah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis. 

Mikraj
pula maknanya perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha dan terus mengadap Allah swt untuk menerima fardhu solat selama lima kali sehari semalam umat Muhammad saw. Peristiwa israk dan mikraj ini berlaku pada malam 27 Rejab tahun kenabian, tahun 622 Masihi dalam usia Nabi saw 51 atau 52 tahun.

Sumber: google
Sumber : google

Sumber : google

Sumber " google
Semoga peristiwa israk dan mikraj ini akan terkesan dan kita sebagai umat Islam menghayatinya untuk menjadi ummah Rasulullah SAW.... kesungguhan usaha Rasulullah SAW kerana cintakan kita dan Allah SWT juga cintakan kita semua.... 


Selamat Hari Guru

By On 9:21:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hari ini 16 Mei 2015, hari yang mungkin ditunggu oleh guru-guru diberi penghargaan sebagai pendidik. Di sanjung dipuji namun ada juga sebaliknya. Hari guru di tempat kita sering disambut di peringkat sekolah mahupun di peringkat kebangsaan. Berbangga kita dengan guru-guru jika kita berjaya, tapi bila menyelami secara in depth ada juga yang tidak berjaya, adakah para pendidik dipersalahkan?


Apa pun bagi aku, aku sedar guru ku yang satu iaitu Allah swt. Allah melahirkan aku ke duania ini, untuk aku menghambakan diri kepadaNya.... namun, aku belum lagi menjadi hambaNya yang sejati.... aku mohon Dia mengajarku, mendidik ku untuk aku menjadi hamba Nya yang abadi dan khalifahNya...

Kakak Amani drawing
Dia telah menyeru khadamNya iaitu guru-guru ku sejak kecil mendidik ku hingga la kini akan ku abadikan dan gunakan ilmu tersebut untuk pembangunan ummah... terima kasih Ya Allah dan guru-guru semua....

Allhamdulillah....

Thursday, May 14, 2015

Aku Terima Paksaan dan Hukuman Tersebut

By On 3:25:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah

Banyak kes study  yang Allah berikan pada ku.... yang ni memang  lucu padan dengan muka aku juga.... hahaha aa..... Allah Ya  Jabbar  memaksa  dan Allah  Ya Muntaqim  yang maha menghukum baru sedar diri aku ni.....


By the way ni pasal solat Tahajut. Memang liat nak bangun duk seru nama Allah Ya Aziz Ya Qowiy  Ya Matin  pun aku lena lagi.... then Allah  Ya Jabbar  Ya Muntaqim  terus paksa dan hukum aku supaya aku bangun.... lucu  dan segan lak nak citer apa kisahnya. Kejadian  tu buat aku terus bangun....

Terima  kasih  Ya  Rabb  menjaga ku yang dhaif  lagi lemah ini.....

Dia Ya Sami' Mendengar Rintihan Hati Ku

By On 3:02:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Ni kisah kelmarin,  sekali lagi Allah bagi kes study pada ku... Dari awal pagi aku turun rumah aku memang tak senang hati dengan kes yang di berikan. Aku seru nama Nya dan buat apa yang patut... readha berserah kepadaNya.... Sampai tengahari aku keluar ambil kakak sekolah kemudian dapat berita yang menggembirakan. MasyaAllah... Subhanallah.... Selesai  kes yang di berikan kepada  ku.... Aku tak tahu nak cakap apa... tak ada apa melainkan doa,  syukur.... Allah Ya Sami' yang maha mendengar.... singgah solat terus buat solat sunat syukur... hantar kakak semula kelas petang. Aku sambung masuk library  dan satu lagi berita gembira aku dapat... Allhamdulillah  Ya Allah  Ya  Syakur....

Tuesday, May 12, 2015

Ajaibnya Bila Berpeluang Mengenali Mu

By On 10:21:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah

Subhanallah

Hari ni aku dapat kes study daripada Allah swt. Pagi selepas hantar kakak  ke sekolah  aku terus masuk ofis. Jam belum pukul 8. Aku tgk dah masuk waktu dhuda. Aku singgah ke pusat Islam. Mengadu kepada Dia yang memberikan  aku kes study.

Bila keluar je daripada  Pusat Islam aku rasa lega teramat. Tak tahu  nak bayangkan macamana.... aku singgah breakfast. Dengan breakfast  aku sedar Allah faham dan faham sangat aku.... Dia faham kekangan dan kekurangan aku sekarang ni.

Masuk library aku sempat belek paper then terus naik ke port aku tuk study.... Subhanallah.... sesuatu yang Ajaib berlaku. Dia dengar rintihan aku. Dia berikan aku Nuur yang aku cari selama ni..... selama ni duk cari tak dapat tak nampak tak jumpa.

Tekad aku hanya satu walaupun apa jua akan berlaku kelak pun aku tak tahu, aku tahu ini jalan yang aku pilih. Aku sedar ini adalah jalan yang benar. Aku dah membulat  dengan tekat  ini. 

Monday, May 11, 2015

Masih Pening

By On 10:40:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamualikum....

Memang duk pening dan blurrrrr.... bak kata seorang lecturer ku. Pening dan blur itu perkara biasa yang sememangnya anda memang blur.... hehehe... Joke selamba memang terkesan kat hati nurani....
Joke selamba itu juga banyak pengajarannya... bila dia buat joke, automatik apa yang dia ajar masuk ke kepala ku.... suka sangat dengan cara dia mngajar. Allhamdulillah di samping keselambaannya menagajar dengan bersila di atas meja aku mudah pula paham  apa yang dia nak sampaikan.... Aku dah mula paham macammana nak menulis cara journal ISI dan Scopus.... Terima kasih Ya Rabb...


Kepeningan dalam pengajian satu proses yang neutral, biasa berlaku, kerap berlaku dan sentiasa berlaku pada ku. Jangan bimbang yer Sheila, you have Allah Al Alim Al Hakim Al Rashid, always with you anytime anywhere.... call Him for give you An Nuur Al Hadi Al Haq....


Popular

Follow by Email