Enter your keyword

Sunday, March 22, 2015

Jom Sertai Pertandingan Kuiz ASEAN Khas 2015

By On 4:03:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


 Hadiah Yang Ditawarkan

Johan 
Wang tunai RM 2,500.00 
Trofi 
Gajet Komunikasi 
Sijil Penyertaan 
Naib Johan 
Wang tunai RM 1,500.00 
Trofi 
Gajet Komunikasi 
Sijil Penyertaan
Ketiga 
Wang tunai RM 1,000.00 
Trofi 
Gajet Komunikasi 
Sijil Penyertaan
Keempat & Kelima 
Wang tunai RM 750.00 
Trofi 
Netbook SKMM 
Sijil Penyertaan
Saguhati 6-10 
Wang tunai RM 300.00 
Netbook SKMM 
Sijil Penyertaan 

* Sijil Penyertaan diberikan kepada semua peserta di peringkat saringan
















Syarat Penyertaan
  1. Warganegara Malaysia
  2. Penyertaan dibuka kepada semua BELIA warganegara Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun.
  3. Tiada had maksimum jumlah penyertaan bagi setiap negeri.
  4. Pendaftaran mesti dibuat secara atas talian di Laman Web Jabatan Penerangan Malaysia iaituwww.penerangan.gov.my bermula pada 1 Mac 2015 - 31 Mac 2015 secara atas talian sahaja.
  5. Peserta wajib mempunyai emel sendiri.
  6. Semua peserta bertanding atas nama individu.
  7. Peserta adalah digalakkan menjawab soalan menggunakan PC atau laptop. Penggunaan telefon pintar adalah dibenarkan. Walaubagaimanapun, semasa menjawab soalan peserta dinasihatkan supaya tidak menjawab panggilan kerana ia akan menyebabkan talian terputus dan peserta perlu menjawab semula soalan bermula dari nombor 1. Penganjur TIDAK bertanggungjawab jika perkara ini berlaku.
  8. Peserta wajib mematuhi peraturan-peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh urus setia dari semasa ke semasa.
  9. Kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia adalah tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
  10. Keputusan panel Juri adalah MUKTAMAD.

Matlumat lanjut:
http://daftarasean2015.penerangan.gov.my/

Tarikh Tutup: 31 Mac 2015


Tawaran Biasiswa Daripada Yayasan Kuok Berhad

By On 3:55:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Matlumat lanjut:
www.kuokfoundation.com

Tarikh Tutup:
10 April 2015

Wednesday, March 18, 2015

Hari Cuti Yang Tak Cuti

By On 9:31:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Salam sayang dari Dia Ya Rahman Ya Rahim yang maha penngasih dan maha penyayang... hari minggu yang tak menyibukkan... musim cuti sekolah bermula mesti penuh dengan undangan kendri kan... erm... tapi ku tidak langsung...  tak ada kenduri dan belum ada aktiviti holiday bersama keluarga...

tapi sibuk la juga kan... bukan sibuk dengan apa?
sebabnya ada bengkel dua hari Sabtu dan Ahad yang lalu... petang baharu sampai balik rumah... pukul tujuh pagi sudah ku keluar rumah... pergi jogging dulu then masuk bengkel... Allhamdulillah bengkel di ofis ku, boleh ku luangkan masa pagi untuk berjoging....

Kelmarin baru sempat bawa anak-anak jogging bersama pusing trek stadium tiga pusingan seronok la diorang.... nak bawa main pool di kolam renang universiti, pagi tak buka lak.... sian kakak... hari Isnin, aku janji dengan dia kalau dia siapkan kerja sekolah aku akan bawa dia dan adik pergi main pool...

Pagi ini, dia dan adik nak ikut lagi pergi 'berjoging' katanya... aku tak bagi coz kelmarin memang dorang duk ganggu aku kat ofis.... ermmm... sian kakak dan adik.... its ok nanti mama settle kerja apa yang patut mama bawa kakak dan adik jogging sama....

7.40 pagi, sampai di stadium.... mak aiiii ramainya student.... penuh bas politeknik seluruh Malaysia.... diorang duk training bola... aku dapat pusing trek satu raound terus nak balik, hajat di hati nak sampung kat gym....

so tak tak jadi pergi gym pusing taman rusan satu round mak aiiii, kali pertama aku pusing kat jalan raya.... 

Tips 
pernafasan : 
baru duk teringat puan Siti Hajar duk mengajar vokal tu. Perkara utama dia ajar cara pernafasan.... cara bernafas betul kita tak akan semput... Allhamdulillah ilmu Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid bagi melalui cikgu Siti Hajar... makin lama lari makain laju jadinya.... caranya mudah sahaja, bernafas melalui perut... kita biasanya menggunakan dada untuk bernafas, bila anda jogging cuba sedut udara dengan perut dan hembuskan... buat dan buat,,,,, insyaAllah anda tidak akan merasa penat bila jogging....

Subhanallah...

Sekian... 

Friday, March 13, 2015

My New Template dan New Domain

By On 6:52:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah Allah Ya Syakur
dengan kasih sayangnya dapat kembali blogging
ini sahaja platform ku setakat ini... 

Allhamdulillah Allah Ya Syakur
kerana Dia menguruskan blog ini untukku
dan 

terima kasih pada 
telah merekabentuk new template
kerana Dia Allah Ya Mussowir 
penuh dengan kekreatifannya
dan juga telah bersusah payah
menolong ku pasang domain

untuk tempahan boleh hubungi facebook
atau blog

Seruan Menuju Kejayaan : Penyucian Hati Dengan Asmaul Husna

By On 6:26:00 PM


Assalamualaikum... Salam sayang dan kasihNya Ya Rahman Ya Rahim....

Tengah minggu lepas aku telah menghadiri satu usrah. Di situ aku cerita tentang proses penyucian hati... Sangat empress... Aku sendiri pun tak sangka apa yang aku alami.... entry sebelum ni ada aku ceritakan serba sedikit...  Akan ku lanjutkan di sini... demi untuk menuju kejayaan ke mana kita? sudah tentu semua mahu ke syurga Allah kan...


Aku bukan ustazah nak membebel.... cuma untuk membaiki diri mengenal diri, balik pada fitrah, kenal siapa aku sebenarnya? Siapa pencipta aku? aku cuma nak kongsikan apa yang aku alami dalam dua minggu ini.... 

Kesedaran 
Sedar tak sedar kali pertama aku diperkenalkan dengan Asmaul Husna bila aku belek buku aku ada tarikh 4 Mac 2014..... Ya Allah..... dan pada 4 Mac 2015 aku kembali bertaut buat kali keempat kursus bersama Asmaul Husna.... Subhanallah.... setahun! Dalam setahun tu aku masih ditakuk lama... dan dua hari sebelum tu hatti aku berkata dan terdetik untuk membuat pengucian hati.... kali keempat aku ikut kursus baru aku betul-betul faham dan takut.... Semoga Allah Ya Fattah terus membuka hatiku.... 

Hati Ku Yang Berlumut, 
3 Mac pagi aku bangun untuk proses penyucian hati.... Seminggu nonstop aku buat..... result sangat memberansangkan... baru aku sedar segala penyakit hati apa yang kita buat selama ni penyelesaiannya ada pada qiammulai... Yang selama sudah telinga ku asyik diperdengarkan tentang tahajut, tapi godaan nafsu, syaitan dalam hati dan jiwa penuh menyesatkan aku sehingga selama ni aku hidup bertuhankan dunia, syaitan, nafsu dan manusia.... malas dan terus malas untuk bangun qiam... kalau bangun pun itu jika ada masalah baru terkebil-kebil nak mengadu....

Sedih Dengan Diri 
Sedih memang sedih.... teringat sepertimana bah besar yang melanda Kelantan kampung ku juga yang sebelum ini belum pernah banjir,,,,,, korang pun nampak kat tv kan lumpur yang tersangat tebal susah tuk dicuci.... namun, penyuciannya ada dengan mengenal Allah, meraih Makrifatullah.... dengan Ya Allah Ya Quddud Ya Jalil..... lumpur berkerak, berlumut itu la hati ku yang sebenarnya.... sangat sedih dengan diri sendiri...

Makan dan Minum Ku 
Sekarang baru aku terasa bila aku makan dan minum aku dapat bayangkan aku makan dan minum air panas menggelegak seperti besi cair, tembaga cair yang mendidih kepanasan.... itu lah minuman neraka.... Ya Allah butanya hati ku selama ini.... 

bersambung.....



Thursday, March 12, 2015

Proses Kenal Diri

By On 10:12:00 AM
Assalamualaikum....

Yang diagungkan Allah Ya Adzhim, Yang ditinggikan Allah Ya Aliy, Ya Mutaali, Yang dikasihi di sayangi Allah Ya Rahman Ya Rahim, kita hamba yang kerdil, hina, jahil lagi dhaif, tiada daya upaya melainkan upayaNya Ya Wahhab yang maha memberi kurnia kepada kita yang lemah lagi hina....

Situasi 1 : apabila mengaku semua kerja yang dibuat sendiri
Selama ni aku sering mengaku kerja ini aku buat kerja itu pun aku buat! tiada siapa nak tolong aku? aku kaya pun hasil titik peluh ku sendiri... aku pun pun juga hasil daripada usaha belajar ku sebelum ni tak putus asa..... semua aku yang buat sendiri....

Tanpa disedari diri yang hina ni jadi semua, seperti superwoman, superman.... mengaku kejayaan adalah milik sendiri hasil usaha kerja kuat diri sendiri.... betul tak.... kalau itu tanggapan kita! cuba pejamkan mata, tenangkan fikiran.... fikir apa yang anda rasa? sedang bernafas? bernafas itu sebenarnya siapa yang bagi? cuba bukakan pintu hati anda! kalau selama ini anda cuma melihat yang zahir apa yang ada dihadapan anda yang anda selalu agongkan, sekarang bukakan pintu hati anda..... sebut Allahhumma Ya Fattah Ya Nuur Ya Hadi.... 

Buka Pintu Hati
Jawapannya:
Apabila pintu hati anda sudah terbuka anda akan rasa anda bernafas itu adalah kerana Allah Ya Rahman Ya Rahim dengan penuh kasih sayang e,berikan anda oksigen dapat anda bernafas.... Oleh itu adakah kejayaan, kekayaan anda yang miliki hasil daripada titik peluh anda???

Renungkan dengan mata hati ayat ku di atas tadi..... "tiada daya upaya, selain daya Allah"..... bila dah celik mata hati anda, sikit pun apa yang anda buat anda akan faham itu adalah daya upaya Allah subhanawataala.... kita semua adalah insan yang kerdil lagi hina, dhaif lagi jahil tak mampu walaupun untuk membuka kelopak mata sekali pun.... kalau bukan daya upaya Allah....

Renungkan dan Fahami
Apa yang kita kena faham, jangan duk mengaku semua milik kita! memeng di lidah mulut selalu duk kata semua ini Allah bagi pinjam.... tapi cuba test skit bila orang puji cantiknya rumah awak, besarnya kereta awak, pandainya awak buat...... bla bla bala.... mesti terus tersenyum simpul..... hhehehe.... malahan hari ni makan apa yer? post la kat fb..... ada baju baru beli la tunjukla saya beli baju ni murah dan cantik...... hehehe.... (aku juga bergitu sebelum ku kenal diri ini)...

Terus lupa, semua milik Allah semua Allah yang bagi pinjam itu cuma di mulut sahaja.... paling simple kan....

Ayuh sama-sama kita belajar kenal diri.... tapi as a blogger anda mahukan semua tu kan nak suh reader baca aktiviti anda anda.... terpulang! kata guru ku jalan mana anda pilih syurga? neraka?

Jawapan?
Tepuk dada tanya IMAN....

wallahualam....

ps: maaf diri yang hina ini terkasar bahasa dan salah tafsir atas kelemahan diri ku sendiri

Monday, March 9, 2015

Sedekah Dengan Niat

By On 12:12:00 PM
Allhamdulillah....

Dua hari ni, aku mula keluar awal ke ofis n hantar kakak Amani ke sekolah.... masuk ofis p minum dan ke pusat sukan seperti biasa.... Tadi, semasa nak tunggu bayar minum, ada pakcik staf uni ku tegur bila tengok tv arwah Harun Salim Bachik telah meninggal... jawab ku ya! pendek.... terusku tolong bayarkan makan dia... Tak tahu kenapa tergerak jer hati.... pakcik menolak, tapi aku terus berkeras... Rezeki bukanku yang punya, Allah yang punya....

Tips Sedekah
Belajar dari guruku. Bila bersedekah yang penting "NIAT"... niat sedekah tersebut untuk apa, siapa atau kenapa.... insyaAllah semoga setiap apa yang baik datang dariNya.... semoga Allah mempermudahkan jua kerja kita sebagai hamba serta khalifahnya....
Salam Takziah
Buat keluarga Allahyarham Harun Salim Bachik. Allahyarham telah diklasifikasikan mati mengejut apabila jatuh di tandas R&R Semanggol semasa pulang dari Pulau Pinang menghadiri kenduri. Sebutir lagi bintang pudar. Semoga Roh arwah dicucuri rahmatNya... Kepada Dia kita kembali... Dia Ya Muhyii yang menghidupkan dan Dia Ya Mumiit yang mematikan semua makhluk ciptaanNya...

sumber:google

Al Fatihah



Popular

Follow by Email