Enter your keyword

Saturday, February 28, 2015

Mat Sentol Masihkah Ada Yang Ingat

By On 12:36:00 PM
Bila tangan ini memicit remote tv terus ke saluran 103, filem Mat Sentul baru berkumandang. Teringat Mat Sentul bila ada filemnya ditayangkan??? citernya, lawaknya, lakonannya, tapi kenapa Mat Sentul tidak di pertengahkan. Dunia perfileman Melayu sudah ketandusan vateran. Sudah ramai vateran seniman seniwati perfileman Melayu telah meninggalkan kita menemui Ilahi. Tanpa sedar Mat Sentul masih lagi sihat namun menyepikan diri.

Tiadakah pihak persatuan seniman untuk mencari beliau? bila dah jadi kes seperti Tan Sri Jins Samsuddin baru duk kalut p melawat terjah rumah masuk paper.... erm.... masa beliau (Mat Sentul) ni masih sihat la pihak persatuan melawat dia tanya khabar, pujuk dia. Bukan apa dia juga salah seorang seniman yang mewarnai dunia perfileman Melayu. Kenapa aku duk kalu ni? kerana aku tengok, baca situasi artis vateran lain bila dah mereka sakit bahu terhegeh pihak persatuan pergi melawat.

November 2013, ada telah pergi menyertai satu persidangan, dalam persidangan tersebut aku dapat berkongsi cerita dari seorang junior yang membuat kajian tentang filem Mat Sentul. Dia telah pergi berjumpa dengan Mat Sentul tapi hanya di kedai makan. Mat Sentul tidak membenarkan junior itu menemuramahnya di rumah. Katanya agak sedih, terasa dengan industri yang tidak mengendahkannya. 

Mungkin kita selalu duk digemburkan dengan cerita allahyarham Tan Sri P. ramlee, allahyarham Pak Ajis, dan yang lain lebih popular darinya, menyebabkan dia terasa terpinggir dan menjauhkan diri daripada orang industri. Malangnya aku telah kehilangan nombor contact junior tersebut. Katanya kalau aku ingin untuk berjumpa Mat Sentul, boleh dia aturkan.

BERSAMBUNG,,,,,,,,

Me

By On 12:45:00 AM
Allhamdulillah... 

As a full time student
Menguruskan dua anak yang semakin membesar dengan tugasku sebagai pelajar sepenuh masa sedikit kelam kabut. Memandang masa hadapan yang belum tentu arahnya terpaksa kuatkan jua tugas yang dipertanggungjawabkan. Masa di pejabat hanya setengah hari, kata-kata semangat dari suami, supervisor, keluarga, senior serta teman seperjuangan, ku letakkan dalam kepala. Harapan menggunung daripada orang sekeliling....


Stress
Memang ada! setiap hari pun stress.... tanggungjawab di bahu amat berat. Menggalas segalanya. Namun kekuatan yang dipinjamkan oleh Ya Aziz, Ya Qawiy, Ya Matin ku menadah tanda syukur. Siapa kita? tanpa Ar Rahman Ar Rahim yang sangat mengasihi dan menyayangi kita! Dia sentiasa bersama ku! Hanya aku yang sering meninggalkanNya....


Mohon Kesabaran
Apa jua yang dialami mohon banyak kesabaran dariNya. Banyak-banyak sabar dalam menghadapi semuanya. Sabar dalam keluarga! Sabar kerana apa yang dipelajari susah untuk mendap di kepala ku! Sabar dengan nafsu! 


Nafsu
MALAS!!!! satu perkataan yang sangat sinonim dalam diri..... mohon jauhkan ia dalam diri ni, Kekuatan spiritual, jasmani, rohani amat diperlukan untuk mengatasi segala nafsu buruk, syaitan dan sebagainya....


Harapan
Semoga apa yang dilakukan dapat memberi kebaikan untuk agama bangsa masyarakat dan negara. Harapan juga untuk menjadi hambanya yang bertaqwa... keluarga adalah semangat ku!!!




Friday, February 27, 2015

Produk Kesihatan : Pure-Q Active Untuk Kecergasan Rohani Jasmani Anda dan Keluarga

By On 8:51:00 PM
Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum salam sayang semua sahabat

(entry tertangguh)

Rahsia anak-anak cemerlang dengan ikhtiar dan berserah kepada Allah Al Alim, Al Hakim, Al Rashid,
Dah lama ku tunggu produk ni, dek kesibukan, telupa untuk mengambilnya. Allhamdulillah dengan izin Allah sahabat mengingati ku tentang gula-gula minda (pure-Q Kids Advance) ini. Last training dan diperkenalkan dengan pure-Q Kids Advance pada bulan September tahun lalu, November baru saya dapat pure-Q Kids Advance.


twin pax


harga RM60


macam ni rupanya... macam agar-agar jelly

Kelebihan

  • Dari tak pandai mengeja sudah pandai membaca
  • Dari malas belajar menjadi rajin
  • Mudah faham (pick-up) dan fokus dalam pembelajaran di sekolah
  • Mudah bangun pagi untuk persiapan ke sekolah
  • Anak akan menjadi lebih berdisiplin kerana mudah mendengar kata
  • Anak yang berperangai panas baran dan keras hati mudah dilembutkan
  • Mudah menerima nasihat dan ajaran kerana AURA POSITIF dari Pur Q telah diresapkan




































Cara Makan pure-Q Kids Advance
zikir : Ya Allah Ya Quddus, Ya Jalil (3x) suci dan bersihkan hati ini daripada kelodak hawa nafsu, bisikan syaitan dan berhala dunia. Kemudia sambung dengan Ya Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid, engkau yang maha berilmu, bijaksana dan cerdas hambaMu merayu sedikit ilmu makrifat Mu agar menjadi hambaMu yang abadi dan khalifah Mu di dunia ini. Jangan lupa Selawat ke atas Nabi. 
Kalau dibaca  doa di atas memang panjang, tapi sangat mengalukan membacanya semoga Allah Ya Wahhab yang maha mengurniakan memberi pertolongan kepada kita... jika anak-anak masih kecil cuba ajar atau bacakan pada mereka.

Kandungan

  • Zaffaron dan garam bukit serta bahan asas yang halal (digalakkan mengambil pada awal pagi selepas sarapan)

Testimoni

Allhamdulillah.... dalam sebulan dua ni, sudah ada perbuahan pada Kakak Amani, saya tengok dia dah mula lancar mengaji Iqrak 3.... erm... ada perkembangan.... boleh diteruskan.... 

Apa Kata Pengguna Lain



Yakini kebolehan anak-anak anda, bantu mereka menjadi CEMERLANG dengan usaha dan IKHTIAR bersama Pur Q!!  Dalam 3 - 7 hari segala KELODAK NEGATIF dalam tubuh akan diCUCI dan digantikan dengan AURA POSITIF. Memang BERKESAN!!! Tak RUGI kalau cuba!!!


Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2015 Zon 2, Pulau Pinang

By On 7:27:00 PM
Kepada anda yang berada di Utara
yang mencari tempat menyambung pengajian jom ke 
Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2015


tarikh : 28 Feb - 3 Mac 2015
Vanue : Perkarangan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM
Bertam, Kuala Batas
Jam : 9.00 pagi - 6.00 petang 

Gelagat Anak

By On 3:10:00 PM
Ragam anak kecil ni macam-macam kan... kalau tak berparut lebam-lebam tak sah. Itu tandanya anak kita sihat...

erm,,, bila bercakap pasal anak sihat ni, sekarang musim demam ramai anak-anak yang demam dengan cuaca panas melanda. Apa pun take care of your children...

ada saja kesan biru dan bengkak dan bengkak di dahi
Kelmarin, aku pergi ambil kakak cepat, dia tak keluar lagi! tunggu dalam kereta dulu.... bila park, nampak anak-anak duk main berkumpul ramai-ramai dalam 7, 8 orang.... tanyaku "ini budak sekolah menengah ke? sekolah menengah kat sini ada sesi petang ke? en somi jawab "semua pagi" siapa dorang ni? kalau sekolah rendah belum keluar jambaru pukul 12.50.... mereka keluar pukul 1.15 petang... Bila diamati, ooooiccc..... student pendidikan khas.... patut la dorang keluar awal.... tapi yang menjadi tarikan ku, mereka rupanya sedang bergaduh.... baling beg, sepak menyepak, kejar yang lemah.... kesian pulak aku tengok... macam-macam gelagat anak-anak kita....

Apa pun semoga mereka semua dan anak-anak kita semua dirahmati, dilindungi, dan menjadi hamba yang soleh.... InsyaAllah....


Thursday, February 26, 2015

Tingkatkan Stamina Ibu Bekerja

By On 10:50:00 AM
Allhamdulillah....

Pagi ni hari kedua ku pergi excersice, walking dan joging sikit-sikit... hehe... ikut kemampuanku.... memandangkan diri nidah montel teramat, berat dah lama tak timbang, rasa memang penat bila buat kerja sikit. Tandanya diriku dah mula mengembang..... Balik kampung hari tu, mak dan ayah ku selalu p walking pagi-pagi kat dataran Kota Bharu.... apa kata aku mulakan juga dengan walking dan exercise.... kat ofis ada pusat sukan, alatan exercise tak payahk duk p gym bagai yang kena bayar itu... kemudahan dah ada jom guna.... hehehe.... kelmarin aku walking keliling tiga pusingan stadium UUM bersama adik Zara.... hari ni Allhamdulillah dapat 5 pusingan.... jadi ler.... daripada tak buat exercise langsung. 20 minit pun dah cukup keluar peluh bakar kalori.... erm... tapi jangan duk ikut nafsu cover makan lak yer.... haha. (Pesanan tuk diri sendiri yang kuat makan)


Hope boleh bertahan aktiviti membakar lemak ni. Kasut husband yang aku rembat, sport shoe aku dah rosak, nampak sangat dah lama tak pakai tak guna sport shoe. 

Kesan
Dah berkesan k!..... tak caya??? Kelmarin first day aku exercise, balik rumah maintain xde sakit apa yang sebelum ni aku selalu duk sakit urat bagai. Bagus tuk ibu, mom bekerja tingkatkan stamina anda. Tubuh rasa ringan jer. Takkan sekali baru buat dah ada kesan kan? memang betul! aku tak ambil apa-apa supliment buat masa ni.... Allhamdulillah.... 

Jumpa Abby Abady Kat KB Mall

By On 10:36:00 AM
Balik Kampung Cuti Tahun Baru Cina
Minggu ni dah ramai yang sudah kembali bekerja seperti biasa kan selepas bercuti tahun baru cina. Aku juga tak ketinggalan jua balik kampung. Pada mulaya tak nak balik, memandangkan bulan 3 ada lagi cuti sekolah seminggu. Kemudian bila aku n en husband biasa duk breakfast kat cafe ofis, jumpa kawan en husband yang bagitahu kami sekolah kakak Amani dah mula cuti hari Rabu dan buka semula pada hari Selasa. Bila tanya kakak Amani dia tak tahu. Dia cakap "cikgu kata selamat hari cuti"... hahaha.... maksudnya selamat bercuti la tu. Dalam duk lengah jer macam biasa we did the decision tuk balik kampung. Rabu tengahari kami bertolak balik Kelate..... yeaahhhh.... allhamdulillah safely drive kul 8.00 malam sampai....

Ronda-Ronda Kota Bharu
Seperti biasa rutin kami bila ada masa terluang pergi ronda Kota Bharu KB Mall and Tesco. Al maklum la balik time cuti ni jamm banyak dan banyak juga kenduri. Family sebelah mertua pun busy dengan kenduri, family belah ku pun busy dengan kenduri.... Apa lagi kami ambik kesempatan lawat KB Mall ler.... sebelum tu p breakfast dulu.... Sabtu pagi tu kaami memang plan nak breakfast kat Kopitian Kita. Bila sampai sana, Ya Allah full, jamm.... kena tunggu tempat duduk ni.... aku dah kecur tengok roti titab kat meja-meja tu... huhu.... tapi tak de rezeki nak makan kat situ kan.... terlalu padat! kami decide tuk makan kat tepat lain. Nak keluar dari kedai tu selisi bahu dengan dua girls ni, muka ala-ala artis, tapi aku tak cam siapa... sekali imbaskan... tapi aku perasan juga ler perempuan naik range rover hitam plat W. 

Destinasi sarapan pagi kami, Kak Wood nasi belauk.. Kalau balik kami selalu makan nasi belauk Kak Wood (JJ), tapi hari tu JJ tutup, kami pergi la Kak Wood sebelah jalan. Kedai nasi belauk Kak Wood ni banyak cawangan, yang asalnya di belakang KBMC, tapi bila rasa nasi belauk cawangan JJ lagi memikat hati....


Petang
KB Mall
Ni kali pertama pergi KB Mall selepas banjir.... erm.... ada tarian singa. Seronok la kakak Amani tengok. Sebelum ni dia bukan biasa sangat tengok tarian singa. Kedai dan butik yang berkenan di hati kami masuk just window shopping. Beli barang hanya yang perlu di Popular Book, AJ butik dan FOS... tapi rasanya kat AJ tu second penting kot... huhu.... cos tengok tudung bawal AJ RM7 dan RM10 beli jer la.... 

Jumpa Abby Abady
Kami masuk Reject Shop, memula aku dah perasa lelaki yang belakangku tengok pada si perempuan tapi buat tak tahu jer. Bila aku duk belek baju, aku nampak si wanita tu pun duk pilik dan belek seluar dengan si lelaki tu.... hehehe... encik husband tengur aku Abby Abady.... a'aa.... siapa lelaki dengan Abby tu?? seriously macam tak kena je dengan Abby... biarkan la hal dorang hope Abby bahagia....

Malam
Kami keluar makan, memandangkan mak ayahku kenyang p makan kenduri n tak masak kat rumah, senang citer jom makan kat luar. Malam tu kami pilih makan coti canai gear box Miria, Batu Dua Jalan Kuala Krai... encik husband duk gelak kat aku makan banyak. Roti canai telur sampai 3.... 




Aktiviti kat Kampung
Macam biasa bila balik kampung ada saja aktivitinya..... encik daddy dengan futsalnya.... dan bila ramai yang berkumpul, bbq la jadinya.... allhadulillah.... nak jumpa kawan-kawan memang tak sempat, nak spend time lama dengan family pun tak sempat.... harap maklum.... balik berapa hari berulang alik rumahku n rumah mertua, sori yer kawan-kawan tak sempat nak contact....

Balik Kedah
Allhamdulillah, hari Isnin pagi kami bertolak balik Kedah. Jalan Baling Grik pun dah linang tiada halangan.... Pukul 5 petang kami sampai rumah. Terima kasih Ya Rabb melindungi perjalanan kami!

Wednesday, February 25, 2015

MH370 dibawa ke Antartika?

By On 11:23:00 PM

[DIKEMASKINI] BUKTI baharu mengenai kehilangan MH370 akan didedahkan dalam sebuah dokumentari siasatan tentang misteri kehilangan pesawat malang berkenaan.

Pendedahan itu akan disiarkan dalam dokumentari National Geographic bertajuk “Malaysia 370: What Happened?” yang akan bersiaran pada 8 Mac ini.


Dalam dokumentari tersebut, pakar-pakar penerbangan dilaporkan akan membentangkan teori bagaimana MH370 dengan sengaja dilencongkan oleh seseorang yang berada di dalam kokpit ke Antartika.

Laporan juga akan mendedahkan maklumat data satelit yang menunjukkan pesawat berkenaan telah terbang selama berjam-jam selepas terputus hubungan dengan menara kawalan.

Memetik laporan Mirror.uk, mereka percaya, pesawat berkenaan telah melakukan tiga lencongan selepas terputus hubungan dan bergerak menuju ke arah Antartika.

Salah seorang pakar penerbangan, Malcolm Brenner berkata, kehilangan pesawat ini telah menarik perhatian dunia dan tidak pernah menyaksikan kejadian seumpama ini sepanjang kerjaya 40 tahunnya dalam penerbangan.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang itu dilaporkan hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 tengah malam, 8 Mac tahun lepas.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Martin Dolan yang mengetuai misi pencarian pesawat ini berharap dan menjangka akan ada penemuan terbaru menjelang bulan Mei.

"Seperti yang saya sering katakan, kami tidak ada kepastian tentang apa-apa, cuma ada keyakinan bahawa ia akan ditemui suatu hari nanti.

"Ia adalah perkara yang agak kompleks sekarang dan kita menjangka untuk mempunyai maklumat terkini tetapi kami tidak meletakkan harapan untuk mengesan bangkai pesawat", katanya.

Sumber : sinarharian

Tuesday, February 17, 2015

Hulur tangan alunkan doa ringankan beban

By On 7:28:00 PM
Mata yang memandang berat rasanya
namun bahu yang memikul lagi beratkan

jom sama-sama kita warkan
dan bantulah adil Rael


 Nama anak : Rael Uqael bin Mohd Rosli
No akuan:162384962744
Nama Pemilik Akaun : Noraini Jaafar (MBB) - ibu
Kos perubatan:300k
Penyakit anak akk:billiary atreasia. End stage of liver disease




Penceritaan Dalam Filem vs Penceritaan Dalam Al-Quran

By On 10:15:00 AM

Aku suka kata-kata ni....
hidup kita adalah kisah kita....

Dalam Al Quran, banyak cerita yang boleh kita ambil pedoman, pengajaran, pembelajaran semua tertulis dalamnya...

Satu perkara yang aku belajar tentang cerita, kisah hidup dan sebagainya, last Desember when I've attended the conference in my area (Film), aku banyak berkongsi tentang cerita, kisah dalam filem di Malaysia (Filem Melayu) bersama orang-orang filem baik dari education side and industry side... Ya Allah so many input output aku dapat...

Allhamdulillah...

Seorang kawan ni dia kaji tentang kisah cerita dalam Al Quran, dalam kajiannya filem Melayu tidak menyampaikan cerita seperti kisah dalam Al Quran.... Penyampaian tidak sampai kepada audien. Kalau dalam Al Quran kita maklum dengan cerita Nabi Ibrahim dan siti Hajar..... bagaimana mereka berpisah dan bagaimana mereka bertemu kembali... sangat menarik untuk kita mengetahiunya dari awal hingga penamat cerita....
Dalam Al-Quran penceritaannya mesti ada satu arah yang khusus jika dalam teknik penulisan di Indonesia ia dipanggil dengan gelaran "benang merah" itu adalah point utama penceritaan... (betulkan jika salah)
Apa-apa berlaku pada watak pun atau plot cerita ia tidak akan lari daripada point utama iaitu benang merah tadi.... 
Sebagai contoh dalam kisah dalam kisah Nabi Ibrahim dan Siti Hajar tadi, mereka berpisah dan point utama di dalam cerita tersebut ialah "bertemu kembali". Bagaimana mereka hendak bertemu kembali.... Untuk mereka bertemu kembali, banyak sub plot dan sub plot contohnya seperti Siti Hajar mencari air untuk anaknya Nabi Ismail, dan semasa mecari air Siti Hajar berlari anak, dan rintangan yang di laluinya.... Segala usaha yang dilakukan untuk dia servive sebab utama hanya satu untuk betemu dengan suaminya.....
Kelemahan Filem Melayu Sekarang
Filem Melayu sekarang banyak bercampur aduk dari segi ceritanya.... menyebabkan audien boring tengok sekali dan mula jemu.... kadang-kala langsung nak mau tengok.... mungkin kelemahan daripada penceritaan tidak seperti penceritaan dalam Al-Quran.... tanpa benang merah, cerita itu bercelaru..... banyak cerita dalam cerita, adakala tergantung dan tidak fokus pada tema utama.... 
Kalau tengok filem Hindustan filem Omputih, boleh tunggu sampai dua tinga jam.... Sudah tentu nak tahu apa akan terjadi, apa akan terjadi selepas ni.... and macamana ending kan.... that is resepinya.... tapi kalau cerita seram di Malaysia ia lebih fokus pada cerita tersebut "benang merah" tadi.... audien mesti nak tahu kenapa, apa, bagaimana, cerita itu.... 
Apa yang dimaksudkan dengan "bercampur aduk yang aku bold dalam rangkap di atas"???
Maksudnya : Jika satu filem tu temanya cinta. Cinta itu kepada siapa? Cinta sepasang kekasih? Cinta dengan Allah? Cinta anak ibu, anak ayah? Kisah cerita tu memang pasal cinta. Akan tetapi dalam melayari bahtera percintaan sepasang kekasih tu misalnya, ada dugaan-dugaan yang biasa sangat dalam cerita Melayu daram, filem ni.... Dalam bercinta tu pulak, wujudlah macam-macam watak kadang-kala tak tahu dari mana datangnya atau munculnya watak yang biasanya watak antoganis mahu pun sampingan yang kadang-kala mencelarukan perjalanan cerita tersebut. Di sini benang merah tadi telah hilang fokusnya.
Aku bagi contoh : aku tengok filem Don dan DonII... hahaha.... secara jujur tak ada la minat sangat filem Hindustan.... dan tengok bukan kerana Shah Rukh Khan. Walaupun dah berapa kali aku tengok filem tu tetap aku tunggu gak sampai habis nak tahu next and next what happen??? betul tak.... dan bagaimana peleraian cerita tersebut.... sama la kalau tengok filem omputih, mesti nak tunggu juga sampai habis nak tahu, nak tahu, nak tahu the ending erita tersebut kan.... itu adalah teknik penceritaan dalam Al Quran yang kadang-kala terlepas pandang.... 



Filem P. Ramlee ada teknik tersebut, sampai bila-bila tengok filem P. Ramlee pun tak jemu kan.... 

Contoh lain:
Cerita ni temanya pasal cinta, perjalanan percintaan sepasang kekasih ni tak tentu arah. MEmula aku tengok duk fikir apa tema cerita ni? Dari awal cerita duk berkisar pasal setinggan, penduduk fight supaya pemaju tidak merobohkan rumah mereka. Bila penduduk dan pemaju setuju dengan satu perjanjian terus hilang pasal setinggan tadi, then masuk kepada isu lain... Di sini yang aku cakap bercampur aduk tadi.... Dari segi watak dalam cerita memang berserabut... Entah kadang-kadang tak tahu dari mana muncul watak tersebut dan ada juga watak macam chipsmore... 
Kesimpulan 
Filem Melayu masih lemah segi penceritaan plot dan sub plot serta watak dan perwatakan. Bagi aku isu pengarah bagus ke tak bagus itu lain cerita. Aku percaya kat Malaysia ni pengarah dan krew penerbitan semua bagus. Cuma yang kurang dari segi skrip yang baik. 

Sangat menarik kajian tersebut. Semoga sahabat berjaya dalam pengajian... Aamiinnn....



Reverse Score Item Dalam SPSS

By On 9:16:00 AM
Bismillahirrohmanirrohim....

Assalamualaikum, salam blogging buat semua sahabat....

Hari ni, seperti biasa masuk ofis..... semak semula data spss saya....... sebab sebelum ni bila check reliability, resultnya - (negatif)..... Alamakkkk!!! belum pernah terjadi macam ni! bila tanya my sv mungkin ada reverse coded.... ooooo.... I c.... memang ada reverse coded. Saya terus buat reverse semsa key in data.... Bila discuss my my friend kena key in dulu yang asal then baru buat reverse save as dalam file baharu.... o.... cam tu rupanya.... al maklum la budak baru belajarkan..... tapi  the experience so interesting..... learning journey happening.... Sebelum ni persepsi spss susahhhh otak.... ooohhhh nooooo!!!!



Reverse Score atau Negatif Score
Ni item dalam soal selidik ku, yang dibulat merah itu adalah reverse score.... reverse score ni bila item tu ditulis dengan negatif. Sebagai contoh :
Musibah orang lain tidak banyak mengganggu saya. (1 = sangat tidak setuju)
Ayat yang betulnya adalah (ayat yang tidak diterbalikkan atau reverse) :
Saya perihatin dengan musibah orang lain. (5 = sangat setuju)
Bagai respondan yang jujur menjawab soalan berbentuk negatif sudah tentu mereka menjawab 1 = sangat tidak setuju, dan 5 = sangat setuju

Penyelesaian Dalam Penggunaan Spss
Aturan biasa anda memasukkan : 1=sangat tidak setuju, 2=tidak setuju, 3=tidak pasti, 4=setuju, 5=sangat setuju
bila reverse code :  5=sangat tidak setuju, 4=tidak setuju, 3=tidak pasti, 2=setuju, 1=sangat setuju

Elakkan Item / soalan berbentuk seperti di bawah :
  • yang mengaibkan atau membebankan atau juga memudaratkan 
  • item yang mendedahkan sampel kepada risiko ancaman seperti dalam pekerjaan atau rumahtangga 
  • item yang mempunyai dua beban atau dipanggil (double-barrel) seperti :
    • adakah anda merasa benci dan kasihan terhadap watak utama.
  • soalan yang panjang lebar dengan memasukkan penjelasan apa yang hendak ditanya
So, hari ni saya buat checking semula data..... then check reliabilitynya memang tinggi! Allhamdulillah....

Sunday, February 15, 2015

Spss Aku Harus Mencintai

By On 12:06:00 PM
Bismilahirrohmanirrohim

Assalamualaikum.... salam blogging semua.... Ahad yang indah, aku masuk ofis seperti biasa la.... hari bekerja di Kedahkan.... ditemani anak dan suami walaupun dorang tu dek berdengkur kat bilik ofis ni.... hahaha.... 

Berbalaik pada tajuk, aku dah ada semangat kembali untuk mencintai spss ni... kalau sebelum ni aku nak guna nak key in pun tak tahu kat entry ni... Allhamdulillah bila dah selesai kes hilang ingatan aku kat sini.... aku dah boleh mula semula next next next step for my research... 


Spss ni memang aku takut nak guna software ni. 


Bukan takut apa mata aku juling tengok nombor, bila dah juling terus masuk ke kepala, otak mentafsirkan, neuron-neuron otak aku berserabut membuatkan aku pening.... memang otak kiri aku fail bab nombor ni.... 

Doug Hall mengatakan, dominasi kerja otak orang mempengaruhi kepribadian :

Si otak kanan : humoris, simple, menyenangkan, boros, lebih percaya intuisi, berantakan-kacau, ede = ekspresi diri, lebih memilih perasaan sebagai solusi masalah, suka bertualang, bermimpi besar, tukang sorak, “pelanggar aturan”, bebas, spontan.

Si otak kiri : serius, rumit, membosankan, hemat, lebih percayai fakta, rapi-terorganisir, ide = profitabilitas, lebih memilih keilmuan, hati-hati, berpengetahuan umum, pendukung diam, pembuat aturan, konservatif, mudah ditebak. 

Dalam mengatasi dan menstabilkan semula otak kiri dan kanan tu, perkara utama adalah keyakinan diri untuk mencuba. Sebelum ni dalam research danlatihan ilmiah aku gunakan analisis isi kandungan bermain dengan simbolism dalam filem.... bila aku masuk ke tahap baharu ni aku decide nak kaji tentang audien yang menonton filem... oleh itu aku putuskan untuk gunakan survey method dalam kuantitatif. Allhamdulillah rasa takut dengan nombor dapat aku atasi sedikit demi sedikit.... so apa lagi kita masuk tahap seterunya "fall in love" hahaha...

good luck tuk u all gak bagi menuetralkan otak kanan dan kiri anda,,,,

Saturday, February 14, 2015

Cabaran PhD

By On 12:46:00 PM
Assalamualaikum... salam blogging....

erm...Sabtu hari mengemas rumah bersama anak-anak.... mood masak memang malas.... siang malam duk pikir mengaji-mengaji.... 

Khamis!!! bila aku melangkah keluar ofis, baru aku teringat pasal questionnaires yang bemasalah itu..... hampir seminggu gak ler duk pening kepala mikirnya....

Ya Allah Ya Syakur.... Allhamdulillah....

Macam rasanya bila mengajikan siang malam duk pikir saja... berjalan, makan tidur, mandi,,, hahaha... mesti kepala ni asyik duk mikirkannya.... betul kata senior aku. Kalau tak ikir boleh jer tidur lena tiap malam, tu bukan phd la....

Bila aku ingat balik conceptual framework aku.... memang aku delate variable tu coz aku replace variable baharu.... memang aku delate!!!! memang aku delat!!!!

Cabaran PhD
huh.... lega rasanya.... memang cam ni la kan.... lupa bila stress pikir timetime sama.... target bulan 7 aku nak submit.... collect data belum ni... bulan 7 tu raya... malas nak pikir.... orang tak tahu camanakan kita belajar ni.... kang kalau tak balik kampung raya something wrong pulak..... mesti pelikkan mak ayah.... kenapa tak balik kampung???


  • salah satu cabaran PhD ni itu la,,,, kalau buat kat local ni banyak sangat cuti! kenduri la.... macam-macam.... kalau abroad lain la xde alasan nak balik kampung.... 


  • satu hal lagi orang ingat buat PhD ni bagi 3 tahun boleh siap dalam 3 tahun ke??? dorang ingat PhD ni macam buat degree master er.... degree master boleh la ikut time.... PhD ni lain macam studynya... semua bergantung pada diri sendiri..... yang penting orang keliling mesti paham terutama keluarga!!! bak kata cousin aku, rasa nak bawa jer mak ayah masa ceramah nak sambung PhD biar family semua faham keadaan yang nak mengaji ni macamana! Masalah duit itu memang la utamakan... dorang ingat duit yang diberi tu cukup ker??? macama aku itu la gaji itu la nak guna mengaji itu la nak tanggung family, loan bagai, nak p conferences, yuran conference beribu. Itu mau dua tiga bulan gaji nak kena simpan!,,,, macam-macam kan semua bergantung pada yang satu tu.... tapi aku malas nak pikir pasal masalah duit ni,,,, kerana aku yakin Allah tu sentiasa tolong aku walaupun aku dalam kesempitan makan pun ala2 cukup jer.... tak penting yang penting anak aku ada makanan nak makan walaupun nasi ngan kicap jer.... bukannya orang tahukan... yang orang tahu bila kita tunjuk kita makan besar... hahaaa... yang makan kecil tu takkan nak tunjuk.... realiti memang itu la....

Tips PhD

  • Satu tips aku nak bagi masa buat PhD ni rajinkan bersedekah! walaupun sedikit seringgit hulurkan selalu tiap bulan... insyaAllah walaupun sempit macamana pun Allah akan bantu! 
  • Yakinlah pada Allah Ya Razzaq, Dia yang maha mengurniakan rezeki kepada kita! 
  • solat yang pentingkan... dekatkan diri denganNya.... itu yang utama!!! tahajut, sunat taubat, sunat dhuha, sunat hajat... InsyaAllah Allah Ya Baari' menguruskan perjalanan hidup kita pengajian kita dengan lancar....

Terima kasih ya Rabb... 


Aku belanja kata TGNA PhD sangat memerlukan hati yang suci bersih.... sentiasa maaf dan memaafkan... apa yang silap dan salahku , mohon sabat, kaum keluarga ku maafkan kerana aku yang jahil dan hina lagi lemah ini sentiasa melakukan kesilapan..... rahmatilah kaum keluarga ku serta guru-guru ku, sahabat semua....

Allhamdulillah....




Friday, February 13, 2015

Perginya seorang murabbi

By On 5:56:00 PM
Assalamualaikum,,, salam Jumaat yang sangat hiba.... kerana kembalinya seorang tokoh agama, pendidik, murabbi, tokoh politik, seorang bapa, atuk Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz... Kesedihan bumi Kelantan dan semua yang menyangi beliau tidak dapat disangkal sejak berita ketiadaan beliau 9.45 semalam. Tanggal 12 Februari 2014 hari sedih bagi semua yang kasih dan sayang padanya. 


Dia al Mumit, yang mematikan berkuasa segalanya ke atas kehiduapan hambaNya, kerana Dia ar Rahmah ar Rahim yang maha pengasih dan penyayang terhadap hambaNya... 

Semoga beliau ditempatkan bersama hambaMu yang soleh. 

Walaupun tak sempat untuk melawat arwah harap doa ku diterima olehNya... 

Thursday, February 12, 2015

Down down and down.....

By On 11:53:00 AM
Mood aku memnag down seminggu ni... Last Friday p jumpa my sv's di USM... after discussion rasa lega teramat can prosit next step for my study...


But, Saturday I was notice my mistake in my pilot test questionnaires Villa Nabilla yang sebelum ni filem Kelibat... Ya Allah.... Ya Rahman Ya Rahim, Yan Qowiy, Ya Matin....

and Sunday I've emailed my sv's mention that problem.... since now they don't reply my email..... aku rasa mereka memang suh aku servive sendiri... this is phd process... sendiri! sendiri! sendiri!!!!

Ya Allah mohon kekuatan dari Mu... nak kena collect data lagi for the pilot test study 30 respondan... Aku dah banyak juga berhabis tuk pilot study ni... and again and again nak kena buat sekali lagi... memang aku down and down sangat....

My friends give moral support... its ok Sheila ni baru pilot study.... kalau yang betul lagi terukkkk,,,,, I know that!!!!
penguat hidup ku pengajian ku
it's ok Sheila you can do it... save money.... spend and spend... do it.... doa tawalkal... insyaAllah... Alah Ya Wahhab sentiasa ada disamping mu untuk menolong....



Biodata Hero Teman Lelaki Upahan

By On 11:44:00 AM
Assalamualaikum... salam blogging...

Jom kenali pelakon utama hero drama bersiri slot Akasia "teman lelaki upahan" adaptasi dari novel karya seni.



Biodata
Nama sebenar : Ungku Ismail Bin Ungku Abdul Aziz
Nama Panggilan : Ungku Ismail
Tarikh lahir : 26 Disember 1986
Tinggi : 185 cm
Berat : 80 kg
Pendidikan : Ijazah Kejuteraan Mekanikal, University of Strathclyde, Glasgow Scotland U.K.
Karektor : Suka memerhati dan suka berfikir
Kerjaya : Pengarah, pelakon dan penulis skrip
Drama : Teman LElaki Upahan, Terlanjur Mencintaimu, Apabila Kau Tersenyum, Sutum 2, Saka, Jentayu, Kashaf Imani, Cici dan Roy, Cinta si Bunga Tembam, Antara Garisan, SyurgaMu Ramadhan

Instagram : @ungkuismailaziz
twitter : @UngkuIsmailAziz
facebook : Ungku Ismail Aziz


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/



Nira Nipah Kuala Sanglang

By On 11:28:00 AM
Assalamualaikum... salam sayang

Edisi jejalan kali ni ke Kuala Sanglang Perlis. Bila dengar pasal nira nipah ni, memang duk terbayang macam nira kelapa ke?


Belum pernah aku inum nira nipah. Duk terbayang gak macam mana tempatnya. Dengar kata duk dalam ladang. Imaginasi aku macam dalam ladang kelapa sawit la...


Allhamdulillah, Allah al Baari' susun kami sekeluarga sampai juga ke kedai nira nipah Kipli Kuala Sanglang...., dari jauh masuk lorong di tepi kiri kanan sawah padi nampak kebun nipah....



Bila sampai hampir dengan kedainya...... Fuhhhh..... giler padat tempat parkingnya. Takkan kot nak p minum semata nira sampai cam ni???

Jawapannya memang yer la!!!

Sedap tak??? manis tak??? fuhhh... memang manis giler.... kalau minum sekali pasti nak lagi. Kepada yang suka la kan. Ada juga yang tak suka nira ni.... tak boleh nak minum pun ada.... al maklum la, local drink kan.... tapi rasanya lain sikit la dengan nira kelapa! sebab nira nipah ni dia ada bau nipah tu... tapi memang sedap sesangat bagi tekak orang kampung cam aku ni... hahaha


Satu jug ni RM6 sahaja tapi ni jug kecik jer tau. Gelas pun gelas kecik budak sekolah rendah... hehe...


Kakak Putri pun suka gak pekena nira nipah ni.... Buah nipah ni boleh makan tau, dengan jujurnya aku belum pernah makan buah nipah ni.


Kawasan  memang cantik giler disebalik kerimbunan keredupan pokok-pokok nipah, Ya Allah Ya Musowwir Kau yang sangat kreatif merekabentuk kedai dalam taman ini...


Di dalam rimbunan pokok nipah ni pelbagai pangkin tempat duduk pengunjung yang ingin menjamu selera dan menikmati kemanisan nira nipah.

Bersambung part 2.....





Popular

Follow by Email