Enter your keyword

Monday, January 26, 2015

Mencari Cinta Ya Wadud

By On 9:00:00 AM
Salam munajat, lafaz pencinta Allah:

Ya Allah ya Wadud, hanya kepadaMu daku merintih dan merayu secebis cintaMu yg agung, suci dan abadi, daku hanya memerlukanMu setiap saat setiap ketika, tanpa kurniaanMu daku tidak akan boleh bernafas pun, tidak akan mampu melihat dan mendengar, tidak mampu berbuat baik, tidak mampu sujud kpMu dan tak mampu membuka kelopak matapun.

Ya Allah, sesungguhnya pencintaMu akan berkorban jiwa ragaku, hidup mati untuk membela agamaMu, sentiasa sujud kpMu siang dan malam, setiap saat memujaMu, ya Wadud, cintaMu membuat hati manusia tidak minat lg kp wangringgit, harta dunia dan cinta manusia, segala itu dipegang sebg amanah saja semata2, ada atau tiada semua itu tidak ada apa2 kesan dlm hidupku.

YA ALLAH YA WADUD YA SOMAD YA RAHMAN YA RAHIM, hanya Engkau yg dicintai, diharapkan dan tempat ku bergantung kasih dlm hidup ini...

dari prof Madya Dr. Wan Maseri saya kongsikan  buat semua... hayati  dengan hati terbuka...

Thursday, January 22, 2015

Vila Nabila : Melengkapkan Kajian Rintis Ku

By On 11:33:00 AM
Bismillahirrohmanirrohim

Allhamdulillah hari yang indah penuh barakah

Pagi masih dibisikkan syaitan durjana. Bangun masih melengahkan masa. Bising kat kakak puteri amani suruh cepat sedangkan maknya sendiri juga melengahkan masa... bila agak terlambat terus speed... hehe... Allhamdulillah semua ok... mak dia sahaja yang selalu nak cepat...

Hari Minggu Bersama Vila Nabila



Hari minggu lepas kami sekeluarga berkampung kembali di panggung wayang Jitra Mall untuk filem seram Vila Nabila. Mula masuk gear setelah sebulan lebih bercuti... Jika yang lepas dengan cabaran saya collect data untuk filem Kelibat, syukur sangat untuk filem ni Allah Baari yang maha menyusun menguruskan segalanya memudahkan kerja ku.


Terima kasih Allah Ya Razzaq, Ya Wahhab, Ya Baari' melancarkan segala tugasan ku. Terima kasih jua buat respondan, staf Jitra Mall Cineplex yang sangat sporting sudi menjawab buku soal selidik saya dan juga tak lupa tuk en daddy dan puteri-puteri ku banyak bantu dan sabar dengan karenah mak dia ni...


Hampir Siap
Untuk melengkapkan pilot test sebanyak 30 respondan yang diperlukan. Kini aku dah ada 29 cuma 1 lagi diperlukan... yang ni boleh la ambil en daddy sendiri. Weekend ni suruh dia sendiri yang tengok filem Vila Nabila tu yang jawab soalan soal selidik.

Allahumma Ya syakur, Allhamdulillah....




Wednesday, January 21, 2015

Doa Untuk Tuan Guru Nik Aziz

By On 9:29:00 PM
Bismillahirrohmanirrohim....

Di kala untuk aku memulakan entry ini hati tersangat sedih dari semalam duk fikir tentang kesihatan tuan guru....

Solat hajat ku panjangkan buat tuan guru...

Sebak di hati duk menahan akhirnya terburai jua titisan air mata... terkilan sangat!!! sebagai anak Kelantan asal Kelantan percaya atau tidak aku tidak pernah berjumpa live dengan tuan guru....

Ya Allah terukkan aku.... aku pun tak tahu di mana aku dibesarkan.... langsung tidak didedahkan dengan syarahan tuan guru.... padahal tika itu beliau menteri besar Kelantan.... berjumpa merenung wajahnya langsung tidak pernah....

lagi sebak teramat bila aku fikirkan tentang aku dahulu kala yang menetap dan dibesarkan di Kelantan Darul Naim... kenapa aku tidak pernah berjumpa dengan tuan guru?

Ya Allah teruknya aku! ulama seperti beliau langsung tidak aku endahkan. entah ke mana agama aku tika itu... selepas aku sekolah aku meneruskan pengajian ku di IPTA baharu aku sedar aku anak Kelantan bila aku di hina rakanku benci dengan orang Kelantan seperti ku... bukan kerana apa kerana aku tidak bertudung...

Di akhir pengajianku bila masa aku memegang skrol ijazah, teman kelasku memuji aku "ini baru rakyat serambi Mekah" dengan nada gurauan....

Dan yang aku paling ingat semasa PRU13 yang ada yang menghina tuan guru depan aku... kelu lidah aku rasa nak menangis time tu gak rasa hiba rasa berdosa sangat aku dengar tentang hinaan terhadap beliau.... lama aku duk fikir? kenapa mereka cakap begitu? balik Kedah sampai tak boleh nak tidur seakan macam tak percaya apa yang aku dengar. Aku doa dan terus doa...... masih terngiang kat telinga aku.... Ya Allah..... astagfirullah.......

mereka pun Islam... kenapa? kenapa kata begitu,,, tidak percaya kah kita kepada Allah swt....

besar sungguh ujian mereka yang menjadi pemimpin ni... Rasulullah pun tidak pernah senangkan untuk Islam...

Aku mula sedar dan sedar bila aku di bawa Allah swt ke bumi Sintok. Allah berikan aku sedikit hidayah untuk aku sedar kerana aku dikekelilingan oleh makhluk ciptaannya yang 24 jam zikir dan zikir kepadaNya....

Allhamdulillah....

sedih! pilu tidak pernah dengar tuan guru mengajar, hadiri kuliah beliau.... dapatkah peluang untuk aku bertemu melihat wajahnya???

semoga tuan guru cepat sembuh untuk Islam....


Throwback Disember 2014 : KTMB

By On 8:01:00 PM
Assalamualaikum... 

bersambung kembali episod throwback KTM

episod lepas kat sini


kali pertama dapat tempat duduk class superior. bila aku tanya juru jual kat kaunter apa beza tempat duduk ni dengan ekonomi dan harga pun lebih mahal sikit...

kata jurujualnya tempat duduk class superior ni seatnya boleh laras dan lebih selesa

Namun

.

,


?


ermmmm..... 
tapi nampak gaya tempat duduk kami ni class ekonomi bila dirujuk website KTM.. huhu... sama la

sumber : KTMB
pakcik depan kami pu ada suarakan class superior ni sama jer dengan class ekonomi


superior seat sumber KTMB 


yang kami lagi la 30 hari awal dah beli tiket perjalanan


rasa sikit terkilan


si puter-puteri ni memang suka naik keretapi, bebas, boleh naik turun dan lari-lari


Allhamdulillah, koc kantin dah beroperasi semula. Kami mengalas perut yang lapar walaupun harga di dalam keretapi ni boleh tahan mahal juga


teh o ais dan milo ais ni RM3.50


Makan pula kami order kue teow tom yam RM7 


dan nasi goreng pataya RM7


Antara koc lain yang disediakan oleh KTMB intercity ini ialah koc tidur kelas superior...

sumber : KTM
Koc Duduk MTT kelas superior

Koc Kelas MTT kelas prima

Kabin Kelas Satu Selesa

Koc Acara Sewa Khas

Koc Kelas Satu 2Plus

menarikkan perkhidmatan yang disediakan oleh KTMB antarabandar...

yang lagi best kami naik keretapi dari Arau pukul 7.15 pm bertolak hampir pukul 8.30 pm dah sampai Gurun, memang laju keretapi kali ni setelah siap semua stesen baharu dari Utara ke Kuala Lumpur..
tak meyesal kalau naik tau...

hihihi...

dah emapt kali naik keretapi baru ku tahu boleh tempah tiket online. 

Patut la kami beli tiket sebulan dari tarikh perjalanan koc tidur ni sudah penuh. Tiga cara boleh beli tiket KTM ni:
  • melalui tempahan telefon seawal 30 hari selewat 3 hari perjalanan
  • di kaunter tiket
  • tempahan melaui talian rujuk sini


boleh membuat tempahan di 
Website KTM 

KTMB Call center
Toll free : 1-300-88-5862
Phone : +603 22671200
Email : callcenter@ktmb.com.my
Operation time : 0700-2200

Thursday, January 15, 2015

Throwback Disember 2104: Stesen KTM Arau

By On 11:49:00 AM
Allhamdulillah...

again and again my family and I was journey with KTM

Allhamdulillah
kali pertama menaiki perkhidmatan keretapi di stesen KTM Arau yang baharu siap dibina


cantik dan luas


budak-budak ni pun suka dan selesa


namun, tempat duduk terhad dilantai ler menjadi terbaik


papan tanda yang mudah, semua kemudahan disediakan surau perempuan, lelaki tandas sudah semestinya


suasana yang selesa senang walaupun dengan anak-anak dan keluarga yang ramai


ramai pengguna sedia turun ke platform apabila diumumkan keterapi sudah tiba

Lima Hari ke Sekolah

By On 11:35:00 AM
Allhamdulillah...

pagi yang penuh barakah... si puteri kakak amani bangun seperti biasa untuk ke sekolah. sudah lima hari persekolahan bermula. beruntung lah kau anak. tanpa bencana banjir boleh ke sekolah mendaftar ke tahun satu seperti biasa.

perasaan penuh kegembiraan excited terlebih nak pergi sekolah dengan pakain serba baharu, nak dibandingkan anak-anak mangsa bencana banjir tanpa pakaian baharu sehelai sepinggan, Ya Allah mereka lagi beruntung sebenarnya daripada anakku.

Pengalaman kesususahan anak-anak kecil itu lagi membuatkan mereka matang pada usia mereka cekal tabah mengharungi dugaan berbanding dengan anakku serba lengkap tanpa masalah ini.

apa pun perkara utama untuk kejutkan si puteri bangun, kejutkan dia dengan "solat subuh"... itu yang penting bangun pagi letakkan dalam mindset mereka bangun pagi untuk solat, bukan bangun untuk ke sekolah. Kalau kejutkan mereka bangun untuk ke sekolah kalau hari yang tak sekolah mereka tidak mahu bangun pagi untuk solatkan... the firts thing yang saya belajar untuk kejutkan anak bangun pagi.

erm... masuk hari kelima i kemain seronok la dia ke sekolah. hari pertama dan kedua saya, daddy dan adik tunggu dia kat kantin nak ajar macamana cara nak beli makanan kat kantin. bila dah masuk hari ketiga hingga hari ni, biarkan dia sekolah sendirian. dah pandai beli. saya bagi duit cukup-cukup sahaja RM1.50 untuk sesi pagi dan sesi petang KAFA lagi RM1.50. hari kedua ketiga bagi lebih, entah ke mana hilangnya duit dia.

Makanan kat kantinnya walaupun semua seringgit, tapi bila kami yang beli nasi lemak seringgit + seketul ayam kecik = RM3. haduiih mahalnya. kalau anak-anak juga mahu ayam takkan tiga hinggat juga. mahal tu.... nak dibandingkan makanan kat cafe uum lagi murah dari kantin sekolahnya. buah pula seringgit sikit jer... uum lagi murah ni... kesian anak-anak.

tak nak buat camanakan... hai ketiga persekolahan nak bawa bekal, duit tetap bawa tapi mana hilang entah duitnya. hehehe... cam tu la anak baru nak belajar mengira. beli air katanya. baki tak de. hehe

Tuesday, January 13, 2015

Niat Dan Musibah Banjir

By On 11:41:00 AM
Sesungguhnya hmaba yang hina lagi daif ini tiada yang apa pun kecuali dengan izinnya pinjamkan sedikit Asma' Mu untukku....

Tajuk saya Niat dan Musibah Banjir...

Pertama sebagai hamba Allah yang semua orang mengaku sebagai orang Islam adalah sebagai hamba! tapi tanggungjawab sebagai hamba apa??? ada yang tak tahu tak faham... termasuh diri sendiri yang khilaf ni masih belajar dan belajar... InsyaaAllah kita sama-sama belajar tahu faham dan laksanakan tugas kita sebagai hamba.

Dalam hidup kena ada niat? Niat ni hajat kita, apa kita nak, apa kita harapkan dengan sesuatu?

Jawapan:

Contoh:

  • sebagai pelajar niat saya belajar hanya kerana Allah semata-mata menjadi orang Arifbillah.
  • menuntut ilmu sebagai pengabdian diri kepada Allah dan membebaskan diri dari belenggu kejahilan dan taqlid.
  • menuntut ilmu bagi mencari kebenaran hakiki.
  • menuntut ilmu untuk berbakti kepada umat Islam.
  • menuntut ilmu bagi mengangkat martabat Islam.


sama juga kita sebagai pekerja! (salut dengan Mejar Zaidi Ahmad yang dihkum buang kerja)


  • bekerja hanya kerana Allah semata-mata menjadi orang Arifbillah.
  • bekerja sebagai pengabdian diri kepada Allah dan membebaskan diri dari belenggu kejahilan dan taqlid.
  • bekerja bagi mencari kebenaran hakiki.
  • berkerja untuk berbakti kepada umat Islam.
  • bekerja bagi mengangkat martabat Islam.


Musibah banjir

kalut duk kena banjir. Bukan duk kalaut apa? kalut isi borang tulis nama minta bantuan ihsan.... sampai kena marah kalau tak tulis nama tak dapat bantuan... bodoh la tak minta orang nak bagi... asal tulis nama. Bagi tak bagi lain citer.... yang satu rumah isi rumah pun tulis asing-asing.... haduih... pening gak.... sebab kena marah sebab tak mahu RM 500 kot rezeki Allah... Rezeki allah tu luas, percaya lah tak dapat lima ratus pun, dapat jalan kaki tak sakit badan sihat pun cukup lah.... Kalau pun boleh lima ratus tapi badan duk sakit buat apa kan... rasa orang lain lagi perlu kot....





Sifat Tamak Yang Terhijab

tamaknya kita dengan duit harta dunia ni!!! lupa niat sebenar kita sebagai hamba. solat kita lima waktu. orang tak solat kita hina benci,bukan Islam tu... tapi belum tentu solat lima waktu kita mengjijabkan kita dengan harta dunia. Walaupun RM5 pun kita kejar.

Harapan

Istigfar sentiasa membasahi bibir hamba mu ini dan semua hambaMu di muka bumi. Semoga niat kita adalah kerana Allah bukan duniawi. Mudah-mudahan tidak terhijab diri kita semua menerima Ya Nurr Ya Hadi Mu Ya Allah....







Lumut Banjir Lumut Hati

By On 11:08:00 AM
Bencana banjir yang menimpa pada akhir tahun leas dan awal tahun memberi banyak kesan emosi mental dan psikologi kepada semua. Semua yang berlaku sudah tertulis. Readha dan sabara kunci iman. Apa yang saya tengok dan saya lalui, mungkin dimulut cakap bersyukur apa yang terjadi tapi di hati penuh dengan ketidakanpuasan, merungut, sambil duk menyuci meyental saki sisa lumut tanah berliat lumpur sambil merungut marah.... Ya Allah hijabkan hati hambaMu itu....

Disebalik berlumut itu lah hati kita???

Ya atau tidak.... tepuk dada tanya iman. Sejak kita akil baligh suci bersihkah hati kita?

Sentalkan bersihkan lumut berinci-inci itu seperti mana bersih dan sucikan hati kita yang brelumut berdaki, berkerak.... Zikir Allahhumma Ya Quddus Ya Jalil... itu lah hati ku Ya Allah... yang penuh dengan lumut susah nak cuci dan sental.....

Memang susah untuk terima hakikat apa yang berlaku... Mulut kata readha tapi hati belum tentu sepenuhnya readha! ada jer dalam hati mahu salahkan ini salahkan itu dengan anggap diri sendiri sahaja yang beul. Jika ada terdetik itu, cepat-cepat sebut "astagfirullah" ia lebih baik mendidik hati dengan istigfarmohon ampun.



Didik hati dengan zikir Allahhumma Ya Sabur..... semoga hati lebih sabar dan dapat menerima apa yang berlaku... Sebagaimana Rasulullah saw berpesan satu perkara yang belaku kepada kita yang teruk, perkara pertama yan mula-mula kita tempuhi hendaklah sabar! itu maknanya seorang itu beriman.

"Ada kisah hamba Allah semasa zaman Rasulullah, telah mengalami peristiwa yang sedih. Rasulullah mententeramkan hamba itu. Tapi hamba itu berkata "kau tak rasa apa yang aku rasa".... Rasulullah saw berlalu. Seseorang menegur hamba itu, dan meberitahu itu adalah Rasulullah dia tidak perasan apa yang dia kata pada Rasulullah... Kemudian hamba itu pergi berjumpa Rasulullah untuk minta maaf. Sebagaimana Rasulullah menjawab. Perkara pertama ketika apa yang berlaku adalah dapat menahan nafsu dengan sabar dan itu lah orang yang beriman".

Pesanan ni untuk diri sendiri yang juga lemah dan jahil ni... susah nak sabar... semoga kita tidak terhijab dengan yang baik dan dapat menahan nafsu dengan sabar! Sabar itu kunci iman!

Bersih sucikan jernihkan hati yang berlumut dengan Allahhumma Ya Quddus Ya Jalil.


Popular

Follow by Email