Siapa Pemandu Jalan Kita? Ustaz? Cikgu? Ibubapa? Rakan? Masyarakat?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Perkongsian dari guru saya: Sama-sama kita hayati dan fahami!


Assalamualaikum. Mari kita merenung satu ayat Quran berkaitan Petunjuk Hidayah Allah yg terdpt dlm surah Al Qashash ayat 56:

"sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kp orang yg kamu kasihi, tetapi hanya Allah sajalah yg memberi petunjuk kp org yg dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui org2 yg mau menerima petunjuk"

Pengajaran dari ayat ini ialah kita manusia tidak dapat menunjuk jalan kebenaran kp seseorg hatta suami, anak, adik beradik, ibubapa dll. Allah membuka jalan hidayah kp org yg mahu dan sudi menerima petunjuk Allah, dan Allah juga mengetahui org yg tak mahu menerima. Oleh itu, janganlah merasa dgn daya kita membimbing blh memberi hidayah kp seseorg, tidak blh sama sekali. Manusia akan kecewa sekiranya cuba membimbing seseorg dgn dayanya sendiri tanpa menyerah kp Allah Ya Haadi Ya Haq yg Maha membimbing ke jln kebenaran. Begitu juga ramai ibubapa menyerahkan kp guru2/ustaz2 utk membimbing anak2 mereka, tetapi tidak berdoa kp Ya Haadi Ya Haq, pasti akan kecewa. Begitu juga isteri yg mengharap bimbingan suami, sahabat2 mengharapkan bimbingan dari sahabat pasti akan kecewa. Oleh itu bacalah bicarahati ini utk menyerahkan kp Allah Ya Haadi Ya Haq utk membimbing kita dan org2 sekeliling kita:

Allahumma Ya Haadi Ya Haq, daku tidak mampu utk membimbing diriku sendiri, daku menyerahkan jiwa ragaku untuk Engkau bimbingku diatas jln kebenaran, juga anak2ku, suami/isteriku, ibubapaku, adik beradikku, sanak saudaraku, jiran2, masyarakat dan pemimpin2ku. Hanya dgn hidayah dan bimbinganMu, kami semua dpt berjln diatas jln yg lurus, tanpa bimbinganMu, kami semua akan terjerumus dlm kesesatan. Ya Allah ya Hafiz ya Muhaimin, lindungi kami dari menjadi org yg berpaling dari hidayahMu ketika Engkau dtgkan kp kami, jadikan kami semua org yg tunduk kpMu ya Qohhar ketika Engkau dtg memimpin kami dgn hidayah dan bimbinganMu.."


3 comments:

  1. aminnn...
    teringat lak lagu nasyid kumpln raihan dulu... iman xdpt diwarisi... sama2 lah kita prbaiki diri... inshaAllah..

    ReplyDelete
  2. Asalam semuanya berperanan memandu kita..namun dengan izin Allah ibubapa akan mencorakkan anak itu terlebih dahulu sejak dalam kandungan..

    ReplyDelete
  3. yang baik boleh dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan ..

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.