Pelancongan Bermakrifat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah...
sumber : di sini

Hari ini seharian saya di Sik, di sekolah Tahfiz. Banyak yang saya belajar di sana.... Tempatnya sangat cantik seindah namanya.

Bila saja jejak kaki di sana suasana yang sangat tenang rasa rasakan, indahnya ciptaan Allah swt, satu rasa yang sangat damai, jiwa tenang, tanpa rasa sikit pun kerdil ciptaan al Khaliq, aman sangat, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ia seindah penghuni di sini.... Mungkin penghuninya semua cintakan Allah dengan rasa yang tulus dan mulus tanpa sikit pun ada dunia. Dengan kecintaan dan hati yang suci dan bersih sahaja yang tinggal di sini dan yang penting anak-anak dan penghuni di sini mengenal siapa Allah Ya Khaliq.

Saya tiada gambarnya, tak mampu saya nak tunjukkan gambar suasana keindahan Ya Badi', Ya Khaliq, Ya Baari'.... Boleh rujuk gambarnya di facebook Tahfiz

Pelancongan Bermakrifat
Saya dan sahabat menjelajah suasana tahfiz ini, menaiki bukit meredah hutan, dengan bermakrifat, mengenal Allah Al Khaliq melalui alam semulajadi ciptaanNya yang penuh keindahan membuatkan kami tersungkur kehebatan Allah Ya Khaliq, Ya Baari', Ya Mussowwir.... deruan sungai yang mengalir menadakan suci dan bersihnya air yang sentiasa mengalir itu dengan zikir kepada Allah, Namun, kita tak mampu mendengar apa yang dizikirkan air sungai itu.... Sama jua dengan hati ini, jika hati terhenti dengan mengingati Allah dan mengalunkan zikir maka terhentikan hati ini dari disucikan.... kotor, dan debu mula menghinggapi hati ini.... kerana syaitan selalu akan menyesatkan kita. Maaf saya katakan ini! Sambil berjalan sambil buat bicara hati!

Doa saya semoga Allah Ya Baari' menyusun aturkan kejayaan tahfiz ini untuk abdinya yang sejati dan khalifahNya di bumi....



1 comment:

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.