Motivasi Untuk Diri Ku Yang Hina

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Semalam, lepas tengok bola, saya concentrate dengan kerja-kerja editing.... Bila nak cari-cari gambar tuk masukkan dalam montaj tu, fikiran saya terus terlintas nak buka telegram destop, mana tau ada sahabat yang share gambar aktiviti yang terkini...

sumber google

Sejak smartphone saya hilang hanya telegram destop yang saya ada.... Itu pun jarang sekali dibuka dan tak tahu apa aktiviti kumpulan....

Bila buka telegram tu saya tengok ramai crew yang left group, kenapa? Saya scroll dan baca mesej dari admin.... Ya Allah.... terkejut! terkesan! admin akan tutup group....

Katanya:
Salaam. Group ini akan ditutup. Semua crew digugurkan. Mulai skrg, Crew annur3i adlh hanya yg boleh amal 99x40 waktu tahajud setiap hari selama sekurang2nya sebulan konsisten dan penyucian hati setiap kali lepas solat fardu. Hati perlu bersih drpd penyakit kebencian, dengki, kepentingan diri, kemasyhuran, mengadu domba, penyakit cinta dunia, memfitnah, hina menghina, merasa diri hebat org lain hina. Hanya utk yg mewakaf diri kpd Allah tdk kira masa dn penyucian hati. Inilah tujuan asal annur3i ditubuhkan. Annur3i membawa nama2 Allah yg sgt mulia dn agung. Crewnya juga akan dilantik oleh Allah ya Baari'. Tk.
 Subhanallah.... bila baca mesej ni hati saya sangat tersentuh dan terkesan sangat! Terus memberi saya semangat motivasi diri yang baru pada hari ni, bertahajut, mengadu domba hanya pada Al Khaliq bukan pada makhluk.... Bawa lah saya ke jalan yang diredhai Mu.... Kemas rumah, mop lantai.... masak untuk anak dan suami, baru pergi ke perpustakaan.... Hebatnya Allah manage (Allah Ya Baari') saya boleh lakukan semua kerja di pagi-pagi hari....
Sambil kemas mop, ini lah hati saya kalau tak suci dan bersih setiap hari mula berdebu akan kotor dan berkarat.... Allahumma Ya Quddus Ya Jalil suci dan bersihkan hati hambaMu yang hina ini daripad sisa dunia, makhluk, nafus, syaitan.... 
Terima kasih Ya Rabb, tegur kami melalui sahabat yang baik....


Previous
Next Post »

4 Give your inspiration

Click here for Give your inspiration
PeRdU cINta
admin
December 13, 2015 at 11:14 AM ×

Alhamdulillah seperti mana rezeki hadir dalam pelbagai bentuk...begitu juga tegurankan kak..kadang tidak diduga..

Reply
avatar
December 13, 2015 at 3:17 PM ×

salam kak bila baca ni terasa zaapppp ! deep , terima kasih kak

Reply
avatar
December 13, 2015 at 8:10 PM ×

motivasi diri utk akak jugak ni sheila yg selalu lupa dan lalai subhanallahh

Reply
avatar
Sarah lalala
admin
December 13, 2015 at 8:53 PM ×

thanks share kak :)

Reply
avatar

Give your inspiration here and thank you. ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment