Menyambung Perjuangan Rasulullah saw Banyak Duri dan Ranjau

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allah dah kata jalan syurga itu sangat berliku, sepertima jalan para Nabi para Syuhadah. Sesuatu Ilmu yang benar dibawa dikata terpesong dan ajaran sesat! Rasululah saw dan para nabi dan rasul sebelum baginda telah merasai semua itu.... apa lagi dengan kita cuma abdi yang hina mahu menyambung perjuangan Ar Rasul.... duri, ranjau, fitnah, orang gila, bodoh, jahil, ajaran sesat semua dilemparkan harus ditelan dengan penuh ketakwaan dan kesabaran....

Saya membawa isu ini bila terbaca entry Eirza, yang semalam baharu saya dan sahabat bincangkan... Hanya titisan air mata menyaksikan segalanya untuk menuntut kekuatan dan keteguhan iman dari Allah Ya Aziz, Ya Qawiy, Ya Matin dengan lemparan segala macam fitnah bila mengangkat ama sebagai satu cara hidup, bila mahu meninggalkan dunia dari hati mengagungkan Allah segala macam dilemparkan, orang gila, bodoh, bangang. Segenap penjuru dibaling fitnah.

Siapa yang memfitnah?
Orang Islam itu sendiri ada juga berpangkat alim, yang ada dunia, pangkat, nama, jawatan di hati. Semua serba tak kena, semua salah. Mereka sahaja yang betul!

Saya sudah merasainya dari orang yang terdekat saya! Sebab itu semalam, saya dah buat pengakuan di hadapan anak-anak saya Kakak Amani dan Adik Zara.... Saya letakkan tapak tangan saya di atas kepala saya dan saya bagitahu mereka "mama serahkan kakak, adik pada Allah Ya Waliy, Ya Wakli, Ya Baari'!" Biarlah Allah yang menyusun mengatur segalanya kehidupan adik dan kakak untuk menjadi abdi Allah yang sejati dan khalifah di muka bumi ini!.... 



Gilakah Aku
Orang tengok, orang baca entry ini mesti kata saya gila... Anak kau kenapa nak serah pada Allah. Jaga lah baik-baik. Memang saya gila, kerana saya cuma abdi dan hidup sebagai abdi hanya pada Allah Ya Ahad... sebab itu juga Bilal bin Rabah sebut "Allah Ya Ahad" hidup untuk Allah yang satu, bukan untuk anak-anak, dan makhluk lain.
Mungkin anda belum memahami maksud ini, insyaaAllah jika anda betul-betul mengenal Allah Al Khaliq, kenapa anda dilahirkan di dunia?, apa tugas anda di dunia? dan ke mana akhirnya anda akan pergi? anda akan memahami maksud sebenarnya. 
Saya buat itu kerana saya tak nak terbelenggu anak saya hebat, pandai, bijak saya yang bagi dia pendidikan yang terbaik. Anak saya orang baik, kerana sayalah asuh mereka dengan agama. 

Tugas di dunia hanya satu! Saya sedap dan sedar... Mohon Ya Allah, suci dan bersihkan hati saya Ya Allah Ya Quddus, Ya Jalil.... untuk saya meneruskan perjuang ini....



2 comments:

  1. Allahu...sememangnya kita serahkan semuanya pada Allah..itu salah satu permulaan untuk kita belajar untuk redha...

    ReplyDelete
  2. Salam kak, saya nampak kekuatan akak sebagai seorang ibu dan hamba Allah dlm entry ni

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED