KEKUATAN SIFAT BAIK HATI : ALLAHUMMA YA BARR, YA HALIM, YA RAUF

KEKUATAN SIFAT BAIK HATI
(The Power of Kindness)



Kita merasa senang dan selesa dengan orang yang baik hati.  Kita tidak merasa gentar, takut atau resah apabila bersama-sama dengan dia.  Segala sifat yang disukai manusia dihayati oleh orang yang baik hati, seperti sopan santun, pemaaf, pemurah, bertimbang rasa, beramah mesra, kasih sayang, bersimpati dan suka menolong.  Mengapa kita sukakan sifat-sifat sedemikian dan tidak yang sebaliknya?  Tentulah sifat-sifat  baik itu sifat semulajadi manusia, iaitu sifat fitrah.  Oleh kerana manusia telah menurut hawa nafsu dan bisikan syaitan maka sifat-sifat yang buruk telah menepikan sifat-sifat yang semulajadi dan perangai manusia menjadi bercampur-aduk dengan sifat-sifat baik dan buruk.  Pengawalan hawa nafsu amat penting dalam proses pembersihan diri daripada sifat-sifat buruk dan pengawalan ini hendaklah dilakukan melalui pemikiran yang waras dan wajar.  Rasulullah (s.a.w.) bersabda, bemaksud: “Tidak dihitung kaya orang yang banyak harta, tetapi kaya sebenar ialah kaya jiwa.”

1 comment:

  1. Betul tu. Sifat yang baik sentiasa disenangi orang ramai. Moga kita berterusan mempunyai sifat sifat baik

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.