Jom Kenal Allah Al Khaliq (Yang Maha Pencipta)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Jom Kenal Allah Al Khaliq (Yang Maha Pencipta)

Ya Allah Ya Khaliq ketika kami tiada di dunia ini, Kau jadikan kami dengan semudah Kun Faa Yaa Kun

Ketika kami berenang-renang di dalam rahim ibu kami, Engkau Ya Nuur Ya Basith Ya Waasi' Ya Razzaq memberikan kami cahaya, meluaskan melapangkan dan memberikan makanan kepada kami.


Ketika kami kesunyian di dalam rahim, Engkau Ya Ya Rahman Ya Rahim memberikan kasih sayang menghiburkan kami.

Sejak itu setelah kami dimasukkan roh semasa di alam rahim kami telah berjanji tujuan kami dijadikan oleh Engkau Ya Khaliq untuk menjadi abdi Mu/hamba Mu/ khadam Mu serta khalifah di muka bumi. Sepertimana dalam surah Al A'raf ayat 172 : "Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman), "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab, "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di Hari Kiamat kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)."


Berikan kami didikan sewajarnya Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid apa yang Engkau ajarkan kepada Rasul dan Nabi Mu supaya kami sedar kenapa kami dijadikan oleh Mu Ya Khaliq.

Engkau Ya Khaliq "tuan" kami! Bukan kami 'tuan' di dunia. Biar kami sedar kami khadam/hamba/abdi Mu. Jika Engkau Ya Razzaq beri kami makan, kami makan, jika Engkau beri kami pakai kami pakai. Bukan kami yang menentukan apa kami nak makan dan nak pakai kerana Engkau Ya Khaliq "tuan" kami! Kami abdi.

Bagaimana hidup abdi yang sebenar jangan dilalai dan dibutakan hati kami! kerana dunia adalah persinggahan sementara, biar kami sedar sifat abdi sebenarnya abdi hanya untuk mengabdikan diri kepada tuannya. Tidak sedikit pun merungut kepada tuannya. Tidak marah sedikit pun kepada tuannya atas apa yang tuannya tentukan kepada kami.

Ya Allah Ya Affu, Ya Ghoffar Ya Tawwab, maafkan kami, ampunkan kami, terimalah taubat kami kerana kami lupa kenapa kami diciptakan di dunia ini. Kami tidak paham tugas kami di dunia ini. Kami tidak pernah disematkan dipahatkan dipakukan dalam hati kami untuk memahami di mana rumah kami sebenarnya. Yang selama ini kami sentiasa mencari dan mengejar rumah dunia. Kami lupa rumah akhirat itu kekal abadi kerana di hati kami semua dunia. 

Membuatkan kami bergembira, bersenang linang, berkejar-kejar mengumpul segala hal dunia yang bukannya milik kami. Kami tak tahu tugas kami didunia ini sebenarnya untuk menolong orang susah, fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal yang langsung kami tidak dijar di ini tugas hakiki.  

Anggapan kami kalau kami ada duit baharu kami dapat melakukan kerja itu! Sedangkan Engkau Ya Khaliq Yang Menciptakan kami semua untuk melakukan tugas akhirat! 

Dari: hamba yang hina!



1 comment:

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.