Bila Anak 10 Tahun Panggil Kami Solat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Subnallah....

Kelmarin, kami ke sekolah tahfiz kan. Sebenarnya pelancongan bermakrifat kami diketuai tour guide yang berumur 10 tahun. Anak ni dari Sandakan Sabah baru sahaja seminggu tinggal di sekolah tahfiz ni.... Namun dia belum join kelas, masanya banyak la. Kami sangat terpegun dengannya, walaupun pertama kali kami menemui dan mengenalinya (Melur), dia sangat ramah dan mesra, tunggu sahaja apa kami buat, siap je kami makan terus dia simpan makanan. Dia tunggu je kami duk borak, asyik kami duk sembang tu dia buat air dan bawa minuman sejuk kat kami. Ya Allah pandainya....

Subhannallah...

Dan dia sangat arif tentang persekitaran sekolah tahfiz ni yang berada dalam resort yang sangat luas tu walaupun baharu seminggu cuma! wow...

Allah Ya Qayyum, Ya Karim, Ya Muiz la dia ni! memuliakan tetamu...

Meredah Hutan, Mendaki Bukit
Naik bukit turun bukit, tengok sungai, redah hutan, nasib baik tak kena kejar lembu... hikhik.... makcik-macik (kami semua ni kan) pun semput la, dah basah baju ni, Melur laju je jalan ke depan.... huhu

Bila Azan Berkumandang
Yang syoknya, dah penatkan sampai bilik aka rumah kami berehat la... Al maklum la semua dah pangkat makcik-makcik.... azan berkumandang oleh anak tahfiz.... kami pun bincang nak buat jamak.... erm... ok la buat jamak boleh relex jap..... peluh lagi ni...

sumber di sini

Tetiba Melur datang jenguk kat pintu,

"tak nak solat ke?" 
"haah, solat, ha ok"
"cepat la kami dah tunggu"

hehehe.... makcik-makcik (kami semua) ni pun apa lagi terus ke toilet ambil wudhuk seorang demi seorang....

hahaha... padan muka kami semua.... nak lewat sikit la konon nak jamak. Ye la kepenatan naik bukit, redah hutan, belum hilang lagi! makcik-makcik ni gear satu... urat-urat banyak tersimpul...

Sampai tempat solat atas pangkin tepi sungai bayangkan... "siapa nak jadi iman"..... anak-anak tahfiz perempuan tu terus secara tiba-tiba iqamah dan jadi iman....

Kami terdiam, beriya nak jadi iman, kami acah sahaja.... iman kami anak umur 10 tahun..... selepas solat dengan mereka terus kami beriman tuk jamak....

Subhanallah, sejuk jer ibu-ibu ni rasa sesejuk mata hati bila berada di sana....



2 comments:

  1. Allah..bahagia dpt anak mcm tu..heee

    ReplyDelete
  2. Bila tgk tajuk ebtry kaka ni saya ingat plak adik saya yang paling kecik masa tu umur dia sekitar 5,6 tahun saya tgk mengadap laptop, bila azan dia pon cakap orang bang doh, takmboh mayang ke , ok terdiam .

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.