Sunnah Rasulullah s.a.w ketika bangun tidur

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah....

Ku nak kongsikan bacaan dalam buku "Amalan 24 jam dalam Kehidupan Rasulullah s.a.w" terbitan PTS, penulis Zulkarnain Dollah.


Sunnah Rasulullah s.a.w ketika bangun tidur
1. Baginda menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan tangan. 

"Iman An-Nabawi dan Iman Ibnu Hajar merekodkan sunat menyapu kesa-kesan yang terlekat pada muka dengan menggunakan tangan apabila bangun daripada tidur. Ini berdasarkan pada hadith Rasulullah s.a.w:"

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bangun tidur kemudian duduk sambil mengusap bekas tidur dari wajahnya dengan tangannya.” (HR. Muslim)

2. Membaca doa bangun tidur, iaitu :
Alhamdulillaahilladzii ahyaanaa ba’damaa amaatanaa wa ilaihinnusyuur.
“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah Dia mematikan (menidurkan) kami, dan kepada-Nya kami dibangkitkan.” (HR. Al-Bukhari)

3. Bersugi
"Raslullah s.a.w bangun dari tidur. Baginda menggosok giginya menggunakan siwak (kayu sugi)". 

Antara kebaikan bersugi adalah mengembalikan kesegaran dan kecerdasan tubuh badan, serta dapat menghilangkan bau mulu yang tidak menyenangkan.




1 comment:

Powered by Blogger.