Siti Nadiah Pilihan Nik Michael (Master Chef Pertama)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


KUALA LUMPUR: Malam tadi sekitar jam 9, chef selebriti Nik Michael Imran sah bergelar suami kepada Siti Nadiah Shahril. Pasangan suami isteri sebaya berusia 26 tahun ini bernikah di kediaman keluarga Nadiah di Mines, Sri Kembangan. 


Turut kelihatan pada majlis itu beberapa orang teman artis seperti Sazzy Falak dan Yasmin Hani. Pasangan ini dinikahkan bapa Nadiah dan diraikan sekitar 200 orang tetamu. Majlis persandingan akan diadakan hujung minggu ini. Bagaimanapun media tidak diundang ke majlis nikah dan persandingan pasangan itu. Ketika dihubungi, Nik memberitahu dia dan isterinya dalam perjalanan ke Langkawi, Kedah untuk berbulan madu.






"Memang saya tak jemput media kerana majlis yang diadakan malam tadi bersifat intim, peribadi dan sangat kecil. Teman Chef saya pun ada yang tak dapat diundang. Saya ada juga menjemput rakan media tetapi atas kapasiti kawan dan bukannya bekerja. Terima kasih kepada yang mendoakan kebahagiaan kami," katanya yang bertunang November tahun lalu. 

Menurut Nik Michael, dia mengenali isterinya sejak 2005. "Dia sebenarnya cinta pertama saya di sekolah menengah dulu. Biasalah adat bercinta, ada pasang surutnya. Tak sangka cinta kami bertaut kembali selepas sekian lama. Hakikatnya dia wanita yang sangat memahami diri saya," katanya yang pernah menjadi juri program hiburan masakan, Kan Cheong Kitchen di 8TV. Nik juga pemilik restoran Picknik yang beroperasi di Publika, Solaris Dutamas.

Selanjutnya di : bharian




2 comments:

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED