Potensi Kita Dengan Asmaul Husna

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Saya nak sambung pasal usrah hari Selasa baru ni.... sori la yer dalam menulis kadang-kadang bahasa saya tak menentu. Ada masa saya guna ganti nama "aku", dan rasanya banyak guna "aku".... Menaip tak fikir apa yang kelur di benak fikir ku, saya lontar jer la semua.... Ini berkaitan tentang" Potensi Manusia"....

Potensi Manusia

Abdi Ar Razzaq
Allah swt menganugerahkan kita macam-macam potensi.... Sebenarnya nama Allah (Asmaul Husna) itu, adalah menjadi dominant dalam setiap diri hambaNya.... Contohnya anda seorang peniaga yang berjaya, rezeki yang berlimpah ruah... Itu bermaksud nama Allah Ya Razzaq sangat dominan dengan diri anda.... Oleh itu, sebaagai hamba Ya Razzaq salurlah rezeki anda kepada perkara yang sebenar.....

 Abdul Rahman Bin Auf
Sepertimana Abdul Rahman Bin Auf sahabat Rasulullah saw yang mempunyai harta melimpah-limpah, dan semua harta kekayaannya ladang, kuda, unta diberikan untuk perjuangan Islam. Kemudian Allah swt menambah lagi berganda-ganda hartanya..... Sehinggakan dia benci dengan hartanya melimpah.... Dia menangis, dia khuatir di akhirat kelak dia akan disisihkan oleh sahabat nabi kerana di dunia dia mempunyai kekayaan. Apabila Rasulullah saw wafat, dia menangis, katanya Rasulullah saw dan kelurga tidak pernah kenyang dengan roti dan gandum....

sumber google

Ya Allah, kita kat dunia ni, telebih kenyang kan.... Rasulullah hidup selang seli 3 hari tak makan ikat perut dengan batu..... kita? tiap hari makan..... malah berlebih-lebih lagi.....

Rentetan kisah Abdul Rahman bin Auf, Allah berinya melimpah ruah kekayaan, namun bila hati seorang hamba itu suci, kekayaan itu tiada nilanya. Malah dia takut dan benci dengan kekayaan itu.... Agak kita agaknya macam mana jika Allah berikah kekayaan sebegitu jika hati tidak di sucikan??? mesti mudah terpengaruh dengan dunia.... mesti dunia lekat di hati..... kami sellau diajar buang dunia di hati letak di genggaman...... rumah, kereta, minggang mangkuk, barang kemas, pakain hebat, harta, benda, anak, suami/isteri, emak-ayah itu dunia, letak di genggaman,,, hanya Allah di hati....

Kalau Allah nak ambil semua itu dari kita, lepaskan sahaja tentu sikit pun tak rasa kesal...... itu semua itu ada di hati, ia akan merasa kesal, resah, menyesal, putus asa, kecewa dan sebagainya...... Saya sudah mengalaminya berapa bulan yang lalu..... Allah akan uji hambaNya jika ia kata ia beriman......


Abdi Al Musowwir
Jika akan abdi kepada Al Musowwir Yang Maha Kreatif/Merekabentuk seperti pereka fesyen dan sebagainya. Guna kan kreativiti tersebut pada keindahan Islam.... Fesyen sebagaimana yang ditentukan oleh Islam.... Wanita sekarang banyak dengan fesyen muslimah, tapi janganlah berlebihan.... Bila saya mula kenal Allah melalui nam-namanya, saya mula membuang baju-baju manik-manik, kerawang dalam hidup saya.... Bila nak pakai ada satu detikan rasa, tak payah pakai, dan mula rasa segan nak pakai.... Ada lagi beberapa pasang baju raya saya yang dulu-dulu..... kalau siapa nak boleh saja saya berikan..... dah banyak saya sedekahkan.....

Oleh itu ciba check diri anda dominant dengan nama Allah yang mana satu??? dan jadikan potensi anda itu menuju ke jalan yang benar Ya Haq..... sucikan hati cuba buang sikit demi sedikit dunia dalam hati.... InsyaaAllah tenang......


bersambung....




No comments:

Post a Comment

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED