Malaysia Book Expo

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia!


Sukacita dimaklumkan Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan menganjurkan Expo Buku Malaysia pada 25–29 November 2015, Persidangan Buku Antarabangsa (International Book Conference) pada 25–27 November 2015, Majlis Anugerah Buku Negara pada 25–27 November 2015  dan Pameran Warisan Laksamana Hang Tuah pada 25–29 November 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.


Program ini bukan sahaja menjadi medan jualan buku, malah menjadi tempat perhimpunan para penulis, pengarang, penerbit, pencetak, aktivis industri buku dan juga peminat-peminat buku seluruh negara serta wakil-wakil penerbit buku antarabangsa. Temui UUM Press di Expo Buku Malaysia gerai Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)  No. 1-14 Legar Putra, PWTC.






3 comments:

Powered by Blogger.